Pengikut

Isnin, 21 April 2008

JAP LAGI AKAN SAMPAI D KL



Sekarang ni saya sedang kemas barang. sekali sekala saya menaip kat blog ni. Malam ni akan naik bas Jam 10 malam kat simpang nak masuk umah saya. saya sorang je. Sorang je tau....




saya akan sampai di Putra KL lebih kurang 5 atau 6 pagi. Tunggu jam sehingga pukul 6 dan buat keputusan untuk naik LRT atau Teksi untuk ke PJ.




Biasanya saya menalipon kawan saya si Wan atau Faiz untuk datang amik. Tapi kali ni, saya tak nak kacau diaorang. Biar diaorang tidor sehingga time nak g keje. Ke KL malam ni pun saya tak bagitau diaorang. saya nak buat kejutan poyo kat diaorang. Buka gate utama senyap-senyap, buka pintu umah n baring senyap-senyap. bangun balik jam 8 atau 9.




OHHH.. akhirnya sampai KL sekali agi (tp x smpi agi ni...)




saya meninggalkan keje saya kat kg sekarang ni untuk ke Kl. Pengorbanan untuk bidang yang saya minat. saya tinggalakan projek yang sedang rancak berjalan di Kelantan ini. Saya tengok muka abang saya sedih. Sebab saya tinggalkan dia buat keje sorang2. sekarang ni saya keje ngan dia. Bila dia sorang, banyak keje yang terpaksa dilakukan sendiri. susah le sikit. Sori brooo... Lepas ni saya x kan trimer projek lain sehingga projek kiter settle.


OK la. Kepada kengkawan di KL, kita akan berjumpa nanti.

Kepada kengkawan n kuarga d KG, tunggu saya balik 2 Mei nanti.

LOVE U semua...................

Design dari MALAU....

Esok Di KL

Esok iaitu Isnin, 21 April, saya akan ke KL sekali lagi. kali ini, perjalanan akan ke sana sebagai krew untuk persembahan teater Patung Kertas. Persembahan ini yang akan berlangsung dari 25 hingga 30 April, akan dipersembahkan di Panggung MATIC.


Petang tadi saya sudah mengepos kapcai buruk saya untuk dihantar ke Kl. Dihantar melalui Pos KTMB, dengan bayaran RM101.10. Bukan apa, saya tak nak menyusahkan kawan saya di KL (wan n Faiz) untuk menghantar dan menjemput saya. Diaorang lagi banyak hal yang perlu dilakukan. 1 Mei nanti, saya akan mengepos kembali ke kampung. Ini semua saya lakukan demi minat saya kepada teater. Saya rindu kepada teater sebenarnya. Rindu untuk berPRODUKSI.



------------------------------------Semalam---------------------------------------------------


Saya kurang minat ngan Akademi fantasia. Tapi kalau Mawi atau Faizal Af tu saya knal gak ler. Tak knal, nanti orang kata x ikut pkembangan sangat plak. masa dok KL dulu, masa untuk ngadap TV x ader. Lagipun talian Astro kat umah tak sampai (umah saya kat PJ) sebab.... sebab x pasang laaa..


Tapi sekarang ni, saya banyak masa dok kat kg. Bukan banyak masa tengok Tv, tapi banyak masa tak dok di KL. So, dengan kata keramat yang lain, bahawasanya saya sempat la tengok AF. AF 6 musim ni, saya perhatikan takder yang gempak sangat. mungkin saya tak fanatik kot....

tapi saya tertarik untuk tengok sebab kalau siaran AF, saya terpaksa join adik2 saya tengok gak. Diaorang tak tengok cenel lain. Layan je la. Konsert 1 saya tak tengok. Saya terus ke konsert 3. Tak tau nape, saya rasa tertarik ler plak. Pelajar yang saya ingat, Nadia, Riz, Stanley, Saida, Rina, Stacy, Nubhan, Naim, ....yang lain, was-was skit.


KONSERT AF6 MINGGU ke5.- Minggu ni Saida keluar. Alamak, frust ler jugak saya. Saya harap dia tak kuar, tapi saya dapat jangka dia akan kuar. Harapan saje tak jadi...

Saida menurut ramai peminat AF, sepanjang konsert ke5, dia berada pada tahap statik. adakalanya terumbang ambing. tidak banyak perubahan yang dilakukan.



Lagu yang dibawakan oleh Saida pada malam itu, tidak menyengat. bukan lagu, tapi penyampaian yang di bawa oleh Saida. pada saya, pembawaannya, tidak bersungguh2. Saida masih mengekalkan keayuannya semasa menyanyikan lagu tersebut. Dia ada feel, tapi feel tersebut tidak sampai kepada penonton. (Ewahhh..komen macam teater plak). Tak tau nape, saya tak nak saida keluar. Saya sokong secara senyap kat dia. tapi bukan sebab dia kakak CT tau...


Pelajar lain yang saya suka n sokong gak ialah Nadia, Stacy n Riz. Riz berbanding minggu sebelumnya, semalam dia buat satu kelainan. Jauh dari dirinya yang bernama Riz. Bercakap, pasal lagu yang dinyanyikan oleh Riz iaitu dari kumpulan MUSE, saya ader sejarah tentang lagu ni.



Lagu Muse ini pernah mengetuk hati saya. Seorang wanita pernah menghadiahkan saya lirik lagu tersebut yang ditulis di atas kertas kuning, dihiasi dengan gambar kartun jiwang dan disertakan dua dialog tambahan yang menyentuh hati saya. Sehingga sekarang, saya masih menyimpan kertas tersebut. Bersama sekeping surat luahan hati. Dengar cerita dia akan melangsungkan perkahwinan. tahniah. Semoga berbagia. Maaf kalau saya ader buat salah.


DESIGN BY MALAU :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...