Bukan Kampungku Lata Rek yang ingin diceritakan. Ini pasal Air Terjun Lata Rek. Tidak jauh dari rumahku. Satu kilometer lebih kurang. Berjalan kaki 15 minit. Bila malam tiba, dapat didengar bunyi air terjun menghempas batu.

.jpg)

Hari Jumaat memang penuh dengan orang mandi manda sehingga sukar untuk parking. Sering dijadikan tapak perkhemahan, pesta rakyat dan sewaktu dengannya.
Memang indah, seperti yang diceritakan semua. Tapi tiada pembangunan. Ada, tapi ala kadar saja. Aku tau kenapa. Tak perlu dipersalahkan kepada mana-mana pihak. Air Terjun Lata Rek telah diwartakan sebagai kawasan percutian yang terdapat dalam peta cuti-cuti Malaysia. Maknanya menarik lah kan??
Kali ini bukan pasal keindahan Lata rek yang ingin diceritakan. Tetapi lebih kepada pemberitahuan, laporan, rasa tanggungjawab dan rasa tidak puas hati. Korang Lihat beberapa keping gambar di bawah ini. Inilah Lata Rek….
.jpg)
Lata Rek memang indah. Masa kecik aku selalu di sini. Boleh dikatakan hari-hari. Kerana ini tempat aku. Paling tidak aku akan melalui kawasan ini untuk ke sekolah. Pernah pecah kepala kerana melakukan lompatan dan pusing badan di dalam air. Sedar-sedar kepala berdarah.
MAAF. Sebelum aku bercakap panjang lebar aku minta maaf kalau tulisan aku nanti mengguriskan hati mana-mana pihak. Ini adalah pasal Tandas Awam lata Rek.
.jpg)
Pembinaan Tandas Awam Lata Rek menggembirakan ramai pihak terutama pengunjung yang datang ke sini. Ini kerana dengan adanya tandas awam ini, dapat memudahkan kaum perempuan terutamanya untuk menukar pakaian dan melepaskan hajat. Gembira dan bersyukur….. Lama kemudian ianya siap. Dengar-dengar cerita bajet mencecah ribuan ringgit. Terima kasih kepada yang menjadikan ianya kenyataan.
Tapi apa yang tak menariknya., selepas tandas awam ini siap, ianya dikunci. K.U.N.C.I. Dikunci beberapa masa yang aku tak pasti. Ramai yang merungut. “buat apa bina toilet kalau nak kunci”. Lepas tu ada yang dengan selamba babinya (kasar ek???) telah memecahkan mangga yang dikuncinya. Lepas tu aku tak tau apa jadi. Sebab aku pun kadang-kadang je ader kat umah.
Hari ni, 4 Jun 2008, aku menjejakkan kaki di dalam tandas awam tersebut buat pertama kali dalam hidupku. Selama ini aku sekadar menonton dari jauh. Ye lah, buat apa nak masuk sana, umah aku kan dekat. Kali ini aku terpanggil. Korang tau sebab apa aku ke sana? Padahal malam ni aku sekali lagi akan berangkat ke KL. Sebab aku dengar banyak sangat rungutan dari orang ramai dan kawan-kawan aku. Kata mereka tandas kotor, bau busuk, tersumbat, ada penyalahgunaan elektrik dan macam-macam benda yang tak elok. Sebagai anak jati kampung Lata Rek, aku tak bleh dok saja. Sesuatu aku harus lakukan. Tapi setakat yang aku mampu je lah. Maklumlah aku ni kerdil je.
Untuk bukti yang lagi menarik, lihat gambar ini.
DALAMAN YANG TAK ENDAH
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Tujuan aku siarkan gambar ini adalah bukan untuk memperkecilkan kampungku sendiri. Tapi ini sebagai satu cara untuk aku bantu masalah kampungku ini. Dengan rasa tanggungjawablah aku lakukan semua ini. Lepas ini aku akan hubungi pihak tertentu supaya menatap warkah dariku ini. Harap-harap tindakan sewajarnya dapat diambil secepat mungkin.
AKU YANG KERDIL.- Majlis Tindakan pelancongan Kelantan
- Majlis Daerah Kuala Krai Selatan
- Yang Berhormat Dun Manek Urai
- Penghulu Mukim
- orang Perseorangan
- Wakil Media Timur terutama Sinar Harian Kuala Krai.
- Mana-mana pihak yang berkenaan
Diharap ada tindakan dari pihak anda. Tindakan sewajarnya adalah perlu untuk kesejahteraan bersama. Jalankan tanggungjawab anda. tak Payah nak tuding jari. Kepercayaan rakyat, kegahan anda juga. Untuk maklumat yang detail dan bukti ngan mata kepala anda, sila turun ke lokasi sendiri. Kenal Lata Rek kan? kalau tak kenal, sila pindah tempat tugasan anda!!!!
Sila ke link dibawah untuk lebih malumat tentang Air Terjun Lata Rek..
www.virtualmalaysia.com/destination/lata%20rek%20(rek%20waterfall).html
old.virtualmalaysia.com/destination/Waterfall-cat.html
travelkelantanguide.wordpress.com/tag/lata-rek/
mandragiri.fotopages.com/?entry=449107
Metallism (Cari kat page Lata Rek)