Pengikut

Sabtu, 2 Ogos 2008

BATMAN vs JOKERMAN

(nota ini ditulis pada hari khamis minggu lepas)

Sekarang ni aku tengah mendengar alunan lagu nasyid dari kumpulan Saujana –Suci Sekeping Hati. Ayuh sama-sama kita dengarkan lagu ini sejenak :

“Sekeping Hati di bawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Didepan mata para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah”
…….yang lain tu dengar sendiri la..

(poster ni aku amik kat internet)

Aku baru sampai umah ni..baru balik dari menonton Batman –The Dark Night. Petang tadi, lepas kuar dari CC kat Pantai dalam, Wazir beria-ia mengajak aku menonton wayang. Dia nak tengok sangat2 cerita Batman ni. Aku sebenarnya dah tengok beberapa hari yang lepas. Daripada cerita aku n beberapa orang member lagi, membuatkan si Wazir ni bersemangat nak tengok. Sepatutnya Jam 3 kami ada perjumpaan dengan BOSS tapi terpaksa tunda ke esok hari. Ada masalah teknikal di saat akhir.

Jadi, disebabkan tidak ada aper yang perlu dilakukan, aku bersetuju untuk temankan Wazir menonton. Dalam masa yang sama aku juga nak menonton citer Batman sekali agi. Aku suka Batman n Joker dalam citer tu.

Jadi aku pun pegi ler. Beli tiket untuk jam 5.30 petang, no tempat duduk- F06. Masa dalam panggung aku dok belah kanan Wazir. Dengan kata lain, Wazir dok belah kiri aku. Belah kanan aku ada 4 orang perempuan/ wanita. Student Um kot. Melalui percakapan diaorang aku tau diaorang student. Belah kiri Wazir plak ader sorang amoi. Amoi tu sorang jer. Dia single atau janda tak tau ler. Teringin gak aku nak tegur prempuan sebelah aku, tapi aku ni jenis yang tak tegur perempuan dulu kalau perempuan tu tak tegur. Ye lah, aku ni jenis yang tak mengatal tak tentu pasal walaupun adakalanya kejantanan suruh aku menggatal. Tapi aku ni mat skema yang baik konon (…bukan skima pemarkahan).

Ok, dah ler cakap pasal diri sendiri. Tak semua orang suka cakap pasal diri sendiri. Ader orang suka jaga tepi kain orang. Sebab supaya tepi kain orang yang labuh tu tak meleret atas tanah dan kena najis seperti taik anjing dan najis syaitan.

Citer pasal filem Batman, memang sangat teruja aku menontonnya. Ada beberapa perkara yang membuatkan aku teruja. Nanti aku huraikan secara tersurat dan tersirat. Apa yang aku cakap ni adalah pendapat aku, takder kena mengena yang tak terkena. Hanya yang tekena sahaja terlibat.

Aku pernah terbaca dalam satu review oleh orang surat khabar (lebih indah dari khabar) bahawa siapakah hero dalam cerita Batman, adakah Batman atau Joker. Tapi aku nak tambah satu lagi Harvey Dent (two face). SIAPAKAH HERO?? BATMAN?? JOKER?? HARVEY DENT?? TWO FACE??

(yang ni aku edit n design sendiri ek..tak der kat pasaran x gelap)


Walaupun secara teori poster dan budak sekolah, Batman adalah hero, tapi wujud kemungkinan Batman bukannya hero. Mungkin Joker atau Harvey Dent yang akhirnya jadi 2 face. Joker lebih menguasai cerita. Harvey Dent lebih banyak membawa penjenayah a..k.a mafia ke muka pengadilan.


(yang ni pun aku design sendiri, tapi edit dari gambar kat internet ler..)


Joker mungkin orang paling jahat. Mungkin juga Joker adalah orang paling baik. Joker jahat sebab banyak mewujudkan kehancuran, kemusnahan dan ketakutan. Joker baik sebab dia buat semua tu bukan sebab dia nak duit. Dia baik sebab buat ramai pihak terutama Institusi polis dan Datuk Bandar panas punggung. Mengejutkan diaorang dari peraturan dan skima ntah apa.² Joker adalah orang yang berani melawan pihak-pihak yang lebih berkuasa dari dia. Dia mewakili golongan indie, underground atau Fringe (bukan KL Fringe festival). Tapi cara yang dilakukan mungkin salah bagi pihak yang mementingkan peraturan dan skima. Tapi bagi golongan rakyat yang seangkatan dengan Joker, cara ini patut dan harus dilakukan. Ye lah, kalau asyik cara baik tak didengari, maka kena ler berkasar.

Dengan cara yang dilakukan oleh Joker saja dapat menyedarkan golongan polis haprak dan Datuk Bandar yang lebih mahu menjaga kefrofsesionalannya konon. Mungkin suara rakyat sebegini yang didengari oleh pemimpin dalam cerita Batman ini. Atau mungkin boleh digunakan dalam sistem Negara lain di dunia nyata. Jangan,… nanti kena tangkap oleh polis dan yang berhormat. Last-last di cop pembangkang dan ditukar belit fakta kebenaran.

Joker menjadi sedemikian adalah disebabkan oleh factor alam sekitar. Bukan masalah pencemaran udara, tapi masalah pencemaran budaya. Ayah, ibu dan Isteri Joker yang menjadikan joker sebagai manusia joker.

Ayat Joker yang aku ingat : Tiada siapa yang akan peduli kalau satu trak yang penuh dengan tentera akan diletupkan, tapi seluruh pelusuk negara akan gempar kalau SEORANG Datuk Bandar diculik.

Joker cakap kat Batman masa dalam bilik soal siasat : Kau hanya akan dipandang ketika mereka memerlukan bantuan, jika tidak kau akan sentiasa dianggap lelaki yang pelik, sama macam aku..ha ha ha ha.

Joker cakap kat Batman semasa Batman hempas kepala Joker kat meja soal siasat: Jangan mulakan sesuatu dari atas (kepala), ini akan membuatkan suspek atau orang yang disoal siasat akan jadi keliru.

Batman nampak gagah dalam kostumnya sendiri. Tapi jangan tertipu, dalamnya adalah stuntman. Batman juga gagah abapila berada atas tungganganya iaitu kereta dan motor cabuknya. Tapi Batman adalah hero yang bukan hero.




Dalam cerita Batman kali ini, menuntut kita untuk berfikir sejenak tentang beberapa persoalan

1-kenapa orang jahat jadi jahat?

2-Siapa hero di hati rakyat dan siapa hero di mata puhak penguasa (polis dan Datuk Bandar)?

3-Kenapa berlakunya pecah amanah dalam satu team?

4-Kenapa Joker bakar duit setinggi gunung? apakah kepuasan sebenar baginya?

5-beberapa lagi akan wujud persoalan yang korang akan dapat rasa sendiri bila menontonnya.

Untuk review lagi dahsyat dan membuat korang- korang teruja dan hantuk kepala kat kerusi plastik... tekan ini bukan itu. Tekan jangan tak tekan.

Khamis, 31 Julai 2008

Nota FROM metallism.com

MALAU MENYOAL.: Allo metallism, cam ne nk wat web sendiri. berapa yang kena bayar. kalau tak bayar ada tak n macam mana? Ikut ler guano pun. Kalu berbayar, berapa? Kalu tak berbayar lagu mano. Srupo hok mu tu guano.

METALLISM MENJAWAB:

Malau...utk register nama domain lebih kurang RM30 setahun.Untuk hosting kalu dr sempoihosting.com :10-50mb RM0.90/mb,51-100mb RM0.80/mb dan 101-150mb RM0.70/mbItu dr sempoihosting.com .Kalu dr NetKL pulok...RM60 setahun utk 400mb space,Mysql DB 1,Bandwith 7gb dan 1 free domain.RM100 setahun utk 1500mb space,20gb bandwith,Mysql DB 5 dan free domain

Mu leh tgk dlm laman web www.sempoihosting.com dan www.netkl.com kena pilih ikut keperluan space dan kemampuan.Mengikut kajian aku kalu mu nk skadar utk wat blog buleh beli dgn sempoihosting,tapi kalu nk wat mcm2 beli ngan netKL.

Bandingkan dr segi harga,space,keperluan,bandwith,suport tools spt mysql,email,php,fantastico,FTP,addon domain,parked domain dan banyak lagi.

aku rasa lebih baik mu daftar dlm metallism.forummotion.com dan buka thread pasal pemilihan hosting dan domain.Nanti aku cerita lebih lnjut mngenainya.Boleh org lain kgsi ngan kita.Topik ni mmg menarik.Aku jg leh citer psl menatang mende mysql DB,fantastico,parked domain,addon domain dll.Kt chat ni akn hlg.

Isnin, 28 Julai 2008

TAK DER FASAL, CARI PASAL, JUMPA FASHA!!

Tak der fasal, cari pasal, jumpa fasha...

Fasha mana?? Bukan Fasha Sandha, tak jumpa saper pun. saje je tulis gitu supaya ada modal untuk mulakan entri kali ini. Pagi ni aku baru sampai dari Mentakab Temerloh pahang. Mentakab tu umah kakak aku. Lepas aku jadi krew yang macam skrew tu, aku pun siggah umah kakak aku. Sampai sana, adik aku yang kat Jerantut call, suruh g habiskan durian n manggis kat umah dia. Kebetulan kakak aku ader kursus, abang ipar aku plak kerja, jadi dia pun menghantar aku bersama anak dia g umah adik aku.
Jadi aku pun duduk ler kat sana. Seronok, makan durian fresh. Tak yah bayar. Makan sampai rasa tak nak makan. Pastu makan manggis plak. Makan manggis tu kat bawah pokok manggi terus. bukan makan bawah khemah yang macam orang jual kat KL tu. Buah bleh dicapai gun tangan je. Pakai jari pun boleeeeeehhhhh...

Kat kg aku kat Kelantan pun sebenarnya banyak gak buah. sekarang ni musim buah. tapi tak sempat nak balik. Laipun duit tak banyak. Aku ni kan miskin...

Pagi ni aku sampai KL. Hantar dua orang kawan aku kat UM sebab nak g amik Jubah Konvo. Bukan main gembira lagi diaorang dapat konvo. Lebih2 lagi kawan lelaki aku tu. Maklumlah, penantian dah berakhir. Aku plak dah lama berakhir, 2006, tapi tak bermula. Keje tetap yang tak bermula. Aku freelancer ler beb!! Freelancer yang dahagakan keje... Sampai bila nak jadi freelancer.??? Orang yang tak, tau pasal freelancer, mereka akan cakap orang tu tak keje. Menganggur. Pak n mak mentua pun tak nak orang macam freelancer ni. Sebab tu kalau kita gi jumpa bakal mak atau pak mentua, yang dia tanya dulu adalah keje apa?? Dan jawapan diaorang paling nak adalah ...err keje pegawai pak cik...emmm jadi cikgu mak cik...

Sekarang ni aku kat cc. Tak yah cakap ar.. tapi dah tercakap. 3 ari dah tak bukak internet. macam2 pembaharuan ada dalam ni. Aku je yang masih berwajah lama, berpakaian lama, bermotor lama dan banyak benda yaang lama. Lama tapi yuran seumur hidup.

Ader orang suruh buat review pasal FTM 2008. Aku pun ader janji kt bawah tu nak buat review. tapi aku tak tau nak cakap ape. Alaaaahhh..korang bukak je blog http://daribawahbayu.blogspot.com/ kat dalam tu ada di review pasal FTM. Kadang2 aper yang aku pikir, sama gak ngan apa yang dia tulis...hiihi. (ayat orang malas pikir).

Dah ler, sambung lain kali plak ler....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...