Pengikut

Khamis, 7 Ogos 2008

KONVO SUDAH

Aku sebagai Bapak Malau dalam malauazam.blogspot.com ingin mengucapkan tahniah kepada adik2 dan kawan kawan yang berjaya menjadi seorang graduan pada tahun 2008. Ucapan ini khasnya buat teman2 dari Pusat Kebudayaan Universiti Malaya yang akan melangkah ke alam , alam dan manusia selepas ini. Tak lupa jugak kat member fakulti lain. Alam bina yang sama2 wat teater group KELAKAR kat 1st college.

Antara nama yang saya ingat :
Fiza
Wazir
Atie
Yani
Ina
Ida
Nina
Jamal
Imran
Anwar
Limau
Barbara
AAinaa
Shazana
Mursyi
Kassim
Hasmah
Siti
Nor
Effa
Mahmud
Mustapha
Aiman
Salman
Ultraman
Batman

..dan semua yang konvo tapi saya tak sebut nama. Nama anda tak tertulis sebab saya terlupa. Jangan kecit ati, nanti cepat mati. Apapun tahniah buat korang semua


Oh ya, sebelum terlupa, Batman pun suruh tolong sampaikan salam. Dia kat Gotham, tak sempat nak datang sebab keta rosak. Motor plak pancit.


Selasa, 5 Ogos 2008

TIPS SUNYI DARI MALAU

Manusia tidak terlepas dari merasa kesunyian. Istilah kesunyian biasanya melibatkan keseorangan. Namun tidak semestinya keseorangan, kita akan berasa sunyi, adakalanya, seseorang yang sedang dikelilingi orang ramai juga berasa sunyi. Kenapa hal ini berlaku? Ianya mungkin wujud dari masalah yang melanda kita. Kadangkala sifat kurang yakin dengan diri sendiri juga menjadikan kita sunyi.

Perubahan dalam kehidupan. Jika dulu kita berpasangan, tetapi mungkin kita berpisah, putus hubungan juga menyebabkan kita berasa sunyi. Jika dulu kita mempunyai kawan, kekasih, sahabat atau keluarga yang sering bersama kita. Tetapi sekarang mereka jauh dari kita. Dulu ada tempat untuk bercakap, bersembang, meluahkan masalah, atau mendambakan kasih, namun sekarang kita hilang tempat bergantung. Itu juga dapat menyumbangkan wujudnya perasaaan sunyi.

Contoh terdekat dengan saya, apabila dua orang kawan saya putus cinta. Adat orang bercinta, mestilah selalu bersama (jika pasangan di tempat yang sama). Sentiasa ada saja mesej baru dalam peti mesej telefon. Ada orang yang dapat mendengar masalah pasangan. Ada pasangan untuk menjadi teman menonton wayang. Dan semestinya ada tempat untuk dilempakan perkatan I LOVE U.

Apabila member saya ini putus cinta, sudah mestinya dunia akan merasa gelap seketika. (Dunia dia je la). Hari-hari yang dilalui tidak seperti ketika sedang enak bercinta. Asyik merenung telefon dan mengharapkan ada orang yang menghantar mesej baru. Sebelum tidur ada good nite kiss (mesej la). Tiada teman untuk tengok wayang. Hal-hal sedemikianlah yang menjadikan sesorang merasa sunyi.

Masalah lain juga akan wujud jika seorang yang dalam kesunyian, terus menerus merasa kesunyian. Lagi teruk jika tiada usaha untuk menghilangkan rasa kesunyian. Kadangkala juga boleh membawa mereka yang kesunyian untuk menetap di Hospital bahagia (gila la tu).

Beberapa tips dari saya yang juga pernah merasa sunyi.

1elakkan duduk atau berdiri seorang diri. Carilah teman untuk bergembira. Bila anda sedirian, rasa sunyi pasti akan lebih bercambah. Jadi elakkan lepak seorang diri. Tak pun, anda mencelah je dalam mana-mana geng yang sedang lepak. Buat-buat lah anda mengenali mereka. Bersembanglah ikut suka hati anda.

2jadikan pembakar semangat. Jika anda sunyi disebabakan putus cinta, anda jadikan ia sebagai pembakar semangat. Katakan anda boleh hidup tanpanya. Katakan juga anda akan jumpa jodoh yang lebih baik n lebih cantik. Jangan cakap terlebih2 plak, sebab ianya akan wujud perasaan balas dendam. Anda juga boleh kata YA, AKU BOLEH dan katakan TAK NAK KEPADA ROKOK. Rokok bukannya pembakar semangat tapi pembakar jantung anda dan anda cepat mampos. Lagi ler sunyi kat kubur nanti.

3Sibuk-sibukkan diri anda dengan kerja. Dengan melakukan kerja, kita akan cepat lupa kepada masalah putus cinta atau kesunyian. Kalau kat kampung, anda boleh panjat pokok petai. Jangan plak nak berangan Mat Jenin atas pokok tu. Jangan gak nak blagak jadi Tarzan, kerana anda pasti patah kaki sebab jatuh pokok. Kalau anda student, sibukkkan ler mengemas bilk darjah. Nampak ler skit anda rajin. Saham anda pun makin naik. Boleh buat menantu… Takkpun, anda ke rumah jiran sebelah, cakap yang anda nak potong rumput kat rumah dia yang dah panjang tu. Cakap juga yang dia tak perlu bayar. Malah tuan rumah akan diberi sijil oleh anda.

4Tidur.Bila tidur anda akan lupa sementara. Malah anda akan bermimpi jumpa ngan putera atau puteri raja. Jika anda tinggal kat hostel, anda boleh mencuba cara tidur yang lain. Anda boleh tidur di blok yang berlainan jenis dengan anda. Anda masuk dan terus tidur. Buat lah macam bilik anda sendiri. Lepas tu, pasti ada orang akan kejutkan anda, dan mengatakan anda telah tersalah bilik dan menceroboh biliknya. Pastinya akan mewujudkan pertengkaran antara anda dan dia. Anda bertengkar je. Takpe. Suruh dia panggil pengawal atau warden, lagi seronok anda bertengkar. Jadi, bila anda bertengkar, masa anda akan terisi dan anda pasti akan lupakan pasal kesunyian.

5Buat sesuatu yang baru. Anda pasti seronok apabila mencuba sesuatu yang baru. Ataupun anda sendiri yang merancang projek baru. Jika anda tiada idea yang baru, anda boleh mencelah masuk ke dalam mesyuarat projek. Lagi bagus jika anda masuk ke mesyuarat yang membincangkan sesuatu di luar bidang anda. Jika anda pakar dalam seni persembahan, anda masuk lah ke mesyuarat doctor-doktor gigi. Pasti anda teruja. Cuba tanyakan pelbagai persoalan. Dan bagi cadangan yang bernas. Anda sudah semestinya menjadi tumpuan. Silap-silap anda akan dilantik menjadi Dekan. Maka anda pasti banyak kerja lepas tu dan anda gerenti dapat melupakan kesunyian.

6. Positif. Anda kena bersikap positif. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikamahnya. Anda tukarkan perkataan sunyi kepada nyanyi atau lari. Jadi bila orang kata anda sunyi, anda terangkan perkataan yang sebenar. Contohnya kawan anda cakap “Malau, ko sunyi ke?”, anda cuba marahkan dia dan katakan sunyi tu nyanyi atau lari. Jadi yang sebenarnya “Malau, kau nyanyi.” Atau “Malau, ko lari”. Jadi apa nak tunggu lagi, bila dia cakap gitu, anda mulakanlah menyanyi atau berlari. Dengan cara itu, anda dapat release otak anda. Anda juga memberikan hiburan kepada diri sendiri dan orang sekeliling. Apabila puas anda menyanyi atau berlari, anda katalah “Bang Bang Boom”. Pasti orang sekeliling anda seronok sebab masuk tv. Silap-silap diaorang mintak otograph anda. Popular kan?

Dah ler tu, kalau saya bagi banyak2, anda tak sempat nak praktikkan. Lagi plak, kalau dah bagi semua, anda plak malas nak fikir. Malas nak fikir tu ler yang buat anda rasa sunyi. Bila anda berfikir, otak anda ligat, anda tak rasa sunyi.

Tapi ingat. Tak semua nasihat tu baik. Anda sendiri yang tentukan.

FESTIVAL CIPTA LAGU PATIOTIK 2008 (CIPTA ’08)

Petang sebelum ke sana, aku bersama Wazir menjadi pilihan terakhir untuk menemankan Kak Lenny (Marlenny Deenerwan) untuk ke Putrajaya…hihi. Kak Lenny dijemput khas kerana dia terlibat sebagai orang yang bersama-sama penulis lirik yang membimbing diaorang menulis lirik. Kak Lenny sebagai driver, dan kami sebagai bodyguard berhempas pulas mencari pintu masuk ke bangunan Perbadanan Putrajaya. Sampai di Parking, kami sekali lagi berhempas pulas untuk mencari pintu masuk ke auditorium. Jam ketika kami sampai sekitar 7.35 gitu. Majlis dijangka bermula pada jam 8.30. Sampai di sana, kami mencari pintu masuk utama yang pada kebiasannya ada kaunter selamat datang ataupun sekurang-kurangnya penyambut tetamu yang jelita dan comel menyambut dua jejaka seperti kami ni…hihi. Tapi tak der. Mungkin kami terlalu awal. Tapi pintu terbuka. Kat dalam dah ada beberapa orang penonton. Tapi kat pentas, ada geng orkestra DBKL. Kami masuk n duduk.

Kami beralih tiga kali tempat duduk. Mula-mula kerana sebaik kami duduk selesa, terdapat nama di kerusi yang kami duduk. Kami sangka tempat dah ditetapkan. Dengan rasa sedikit segan, kami ke belakang mencari tempat duduk yang tidak ada nama. Nun jauh di belakang. Tidak ada pembantu yang dapat membantu kami mencari tempat. Kami lantak sendiri je.

Sedang kami mecari tempat dan duduk pada kedudukan kedua, kelihatan beberapa orang penari sedang membuat rehearsel dan meletakkan prop. Tapi pada masa tersebut penonton semakin ramai memenuhi ruang tempat duduk. Kawan saya sempat merungut yang diaorang tak der disiplin pentas. Ye lah, sepatutnya tidak berlaku apa-apa latihan di pentas pada masa tu. Sepatutnya prop diletakkan lebih awal. Kami belajar disiplin pentas, sebab tu lah tidak suka dengan cara penari tersebut. Dah ler berlagak gagah, tapi pondan. Penari kena pondan ke??? Hohohoh…

Kami sekali lagi beralih tempat. Kali ni ke depan pulak. Setelah ader sorang mamat yang dalam geng penganjur yang kenal Kak Lenny mengatakan nama kat kerusi tu adalah dari program yang lepas. Program ni penonton bebas (free sitting). Mana ler kami tau… akhirnya kami memilih tempat lagi ke depan supaya lagi dekat dengan pentas. Sepanjang persembahan, aku dan Wazir dikelilingi wanita-wanita ayu, sopan santun dan jelita dari USIM, tau-tau je lar, sudent USIM, semuanya bertudung.

Malam ini, 2 ogos 2008, bertempat di auditorium cempaka sari, putrajaya CIPTA ’08 mencatat sejarah di mana julung kali program sebegini diadakan. Program ini dianjurkan ol;eh mahasiswa/wi USIM (Universiti Sains Islam Malaysia) dan Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan perbadanan putrajaya.

Program ini diadakan sempena sambutan ke 51 Bulan kemerdekaan Malaysia. Lebih menarik apibila menggabungkan kombinasi penulis lirik dari kalangan mahasiswa USIM dan pencipta lagu oleh banduan penjara. Maka dengan itu terhasillah lagu yang dinyanyikan oleh beberapa artis ternama seperti Adibah Noor, Rosma AF, Shahri AF, Nash, Nasier Wahab dan beberapa orang lagi penyanyi.

Setelah berpuluh-puluh lagu disaring sehinggalah hanya 8 buah lagu layak dibawa ke peringkat akhir pada malam ini. Para pelajar Usim dan penghuni penjara telah melalui beberapa sesi latihan dan pengembangan idea yang dibantu dan dibimbing oleh mereka yang tidak asing lagi dalam penulisan lirik dan pencipta lagu iaitu, Habsah hassan, SISO Kopratasa dan Marlenny deen Erwan.

Program ini lagi menarik apabila kelapan-lapan lagu dipersembahkan dengan iringan orkestra Dewan Bandaraya kuala Lumpur (DBKL).

Lirik yang dicipta sangat menarik, sehinggakan penonton dapat merasainya, lebih2 lagi dinyanyikan oleh atis berpengalaman seperti Adibah Nor, Shahri AF atau Rosma AF. Namun sedikit terkilan apabila ada dikalangan artis yang memperlekehkan soal penghafalan lirik terutamanya Nash dan Nasier Wahab. Kelemahan ini jelas terpancar apabila mereka membuat persembahan. Dah ler lirik diletakkan di atas speaker monitor, tetapi tak pandai nak cover. Terang-terangan rhalik dok perhatikan lirik. Bukan nak salahkan diaorang, tapi diaorang memang patut dipersalahkan. Mungkin mereka menganggap acara ini adalah acara biasa. Tapi persepsi diaorang silap. Persembhan ini di luar jangkaan mereka. Jadi, siapa yang memperbodohkan diri sendiri. Lebih jelas lagi apabila ianya akan disiarkan di RTM sedikit masa lagi. Namun demikian, mereka mungkin bernasib baik jika editor dan editing mengaburi mana penonton di TV nanti. Namun mereka tidak dapat menipu penonton yang memenuhi auditorium Cempaka sari.

YANG MENARIK :

-Menggabungkan 2 institusi iaitu USIM dan penjara Malaysia dalam penciptaan lagu.

-Sempena 51 tahun kemerdekaan Negara Malaysia. Program ini dikira program terawal yang dilaksanakan sempena sambutan kemerdekaan ke-51.

-Penyampaian lagu oleh Shahri, Rosma, Adibah Noor dan sabihah menunjukkan kefrofesionalan dan pengalaman mereka.

-Semangat patriotic dan semangat dalam menjayakan program sebegini wajar dibanggakan kerana majority petugas adalah dari kalangan Mahasiswi Usim.

YANG TAK MENARIK :

-Artis lupa lirik sehingga menganggu ‘feel’.

-MC kadangkala syok sendiri. Yang sorang tu, dah nak abis show pun nampak gabra jugak. Tapi kadangkala lawak yang sorang tu menjadi. Adakala gak mengundang rasa ketawa macam Joker dalam Batman. Ha..ha..ha..

-Persembahan Selingan Bahtera Merdeka menarik. Tetapi saya tak suka part penari pondan menari. Nak buat gagah tapi still lembut. Pastu ader yang part koreograph yang semacam tak kena. Terutama part tari solo. Lagu Puisi Pak Lah pun ader penari solo nah apa2.dibiarkan kosong lagi baik.

-Ada artis minta ulang nyanyi dan rakaman sebanyak 3 kali. Tak kesian kat orang yang pikir nak balik awal. Masa show tak buat btul2. Pastu tak nak disiakan masa dia nyanyi time show. Takut buruk dan nak jaga nama konon. Tu yang jadi rakam sekali lagi untuk dia sorang je lepas penonton dah balik. Tapi still tak seberapa gak.

-Susunan aturcara majlis yang perlu dikaji.


LAGU YANG MENANG

Tajuk Lagu :Permata Bangsa
Komposer : Mohd Shahrezat Rajab
Penulis Lirik : Rohaya Malek
Genre : Pop Rock
Penyanyi : Shahri AF

Lirik Permata Bangsa

Telah kita tempuh halangan
Lalu kita jejaki laluan
Demi membina harga diri
Bangkitlah menuju cinta suci

Melangkah kita terus melangkah
Jiwa kita tekad kembara
Kiri kanan ranjau berliku
Namun hati tabah menempuh

Chorus:

Kitalah bintang harapan
Kitalah waris merdeka
Kitalah remaja yang dijulang
Dibangga

Junjung dunia ini
Sanjung jasa pertiwi
Kitalah permata bangsa
Cahaya gemilang bangsa

Bersinarkan terus bersinar
Terus unggul di mata dunia
Sebagai anak perwira bangsa
Banggalah menjadi rakyat Malaysia

Tanah kita tanah merdeka
Kekal daulat selam-lamanya
Kita remaja harapan Negara
Pemimpin alaf baru.

Kemenangan Permata Bangsa ini memang layak. Lebih-lebih lagi dinyanyiakan oleh Shahri dengan penuh perasaan. Shahri sememangnya tidak menghampakan Komposer dan penulis lirik. Itulah baru artis yang kita boleh Respect. Tahniah buat Rohaya Malek atas lirik yang menarik. Tahniah juga kepada Mohd Shahrezat Rejab kerana pencitaan lagu yang sedap didengar sehingga menusuk kalbu.

Namun persembahan lagu yang lain juga tidak menghampakan. Kerja-kerja sebegini tidak harus habis di sini sahaja. Pihak penganjur atau individu yang terbabit harus meneruskan usaha ke arah mengangkat lagu-lagu baru ini. Janganlah sekadar dipersembahkan pada malam itu sahaja.

Walaupun ada kekurangan dan beberapa masalah kepada kelicinan projek pada malam ini, namun usaha mereka sangat terpuji. Orang lain hanya tahu mengkritik, tapi mereka yang memikul (penganjur). Cuba suruh orang yang bercakap tu wat program, belum tentu berjaya seperti malam itu. Saya pun cakap je lebih. Tapi apa yang saya cakap berdasarkan tafsiran seorang penonton. Sekian.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...