Aku dah tukar profession. Tapi yang lama tetap dalam badan aku. Aku sekarang ni cuba nak berbaik-baik ngan tanah. Tengok kawan aku dan bapak aku boleh berjaya, kenapa aku tak mencuba. Kawan aku tu baya aku. So, tenaga dia sama ngan tenaga aku. Apa salahnya kau buat seperti apa yang dia buat, malah lebih dari itu.
Aku ada tanah..bukan tanah aku, tanah family aku. Daripada tanah tu tak dikerjakan, apa salah nya aku cantikkan dia.
Yang aku maksudkan semua tu adalah aku sekarang ni ngah berjinak-jinak untuk bertani. Tanah belakang rumah aku yang seluas hampir 3 ekar telah ditanam dengan lebih dari 12 ribu batang serai. Ulasan lanjut pasal projek ni akan aku ceritakan kemudian bersama foto. Projek serai ini adalah projek keluarga aku yang didalangi oleh bapak dan mak aku. Maklumlah, bapak aku sekarang ni dah pencen. So, dia buat full time dalam bidang ni. Kami adik beradik turun padang membantu. Pernah tu dalam satu masa,12 orang ahli keluarga ku turun serentak untuk tanam serai. Maklumlah sekarang cuti sekolah. Seronok kan.
Sekarang ni aku cuma membantu keluarga. Menjadi tulang belakang yang kuat untuk mereka dalam projek ni. Maklum la, aku jenis yang minat kat keje-keje gini. Stail keje ofis aku kurang minat skit.
Sekarang ni kami dah berjaya tanam lebih dari 12 ribu batang serai. Korang bayangkan lah sendiri macam mana. Jarak setiap satu adalah satu kaki. (Detail nanti ler...)
Satu lagi adalah projek tanam timun. Ini projek abah aku. Sebab tanah dia. Dulu di tanam dengan lebih 100 pokok pisang. Tapi selepas mendapat semangat untuk lebih berjaya, pisang tersebut telah ditebang, dimusanah dan dialihkan untuk memberi laluan kepada tanaman timun.
Keluasan tanah ini dianggarkan 2 ekar lebih. Minggu lepas tanah ini telah digemburkan dan menunggu kepulanganku untuk di jadikan tempat tanaman. Tak sabar rasanya aku nak balik buat kerja tu.
Satu lagi yang memberi inspirasi untuk aku dalam projek ni adalah apabila melihat kejayaan kawan aku. Setelah berhempas pulas, dan mencurahkan sepenuh tenaganya kepada tanah, sekarang ni, dia boleh berbangga dengan pendapatan harian tidak kurang dari RM 300. Sikit ke banyak tu.
Inspirasi satu lagi adalah bapak aku sendiri. Di satu lapangan tanah yang lain, bapak aku telah menanam timun seluas 2 gelanggang sepak takraw. Asalnya untuk suka-suka dan untuk makan sendiri, Tetapi hasil yang diperolehi lebih dari untuk makan. Sambil suka-suka tersebut, bapak aku memperoleh pendapatan tidak kurang dari RM100 sehari.
Jadi sekarang ni, bapak aku bukan lagi tanam untuk suka-suka. Tapi secara besar-besaran. Untuk menjadikan sebagai sumber pendapatan. Projek besar-besaran itu sedang berlangsung sekarang ni. Tunggu masa untuk menanam anak benih. Dalam pada bersemangat itu, ada pula rezeki bapak aku apabila ditawarkan sekeping tanah oleh jiran kampung sebelah untuk ditanam dengan tanaman. Orang yang berhati mulia itu menawarkan untuk satu tempoh sekali hasil. iaitu sehingga pokok tersebut habis mengeluarkan hasil. Tujuan dia adalah supaya tanah itu tidak terbiar dan meberi semangat kepada bapak aku yang tengah bersemangat.
Bagi projek aku sendiri plak, aku tengah mengumpul kekuatan untuk mengadakan projek penternakan ikan di tanah belakang rumah aku yang berhampiran dengan projek serai. Sekarang ni aku dah ada satu kolam yang diusahakan dengan aku menggali menggunakan tenaga aku sendiri. Tapi kali ini aku bercadang untuk membesarkan secara lebih serius.
Sekarang ni aku tunggu masa yang sesuai untuk dilancarkan. memandangkan sekarang adalah musim tengkujuh di Pantai Timur. Jadi, kemungkinan akan dimulakan apada pertengahan Januari. INSYAALLAH kalau semangat aku berterusan begini, ianya akan mendatangkan hasil.
Doakan supaya aku berjaya dan tidak putus semangat ya.........