Pengikut

Khamis, 26 Februari 2009

PEGAWAI KHALWAT - Permulaan Dalam Perjuangan

AURA PRODUCTION, Jabatan Seni Teater, Sekolah Teknologi Media dan Seni, Kolej Yayasan Melaka, mempersembahkan kepada anda sebuah teater Realism Pegawai Khalwat.



Pada asalnya, projek ini dilakukan secara kecil-kecilan sekadar untuk penilaian asas lakon dan asas pengarahan. Namun atas semangat berkobar-kobar di kalangan pelajar dan sokongan warga STMS, teater ini dibuat dan dibuka untuk tatapan umum. Matlamat persembahan ini selain untuk penilaian para pelajar, ianya juga dapat memperkenalkan Seni Teater kepada seluruh warga KYM.

Permintaan dan semangat yang tinggi dari Pelajar jabatan lain amat membanggakan. Ramai yang ingin menyertai produksi ini tanpa memikirkan habuan wang ringgit. Bagi mereka pengalaman adalah penting. Ahli produksi kami bukan sahaja terdiri dari pelajar Jabatan Seni Teater sahaja, malah dari Jabatan Media, Animasi, Pengurusan Perniagaan, dan dari sekolah lain.

Mungkin melalui produksi yang tidak seberapa ini dapat memperkenalkan apa itu teater kepada mereka. Mereka boleh belajar sesuatu dari projek ini. Mungkin juga langkah pertama untuk melangkah ke produksi di luar yang lagi besar dan mencabar.

Selain untuk mengadakan persembahan, pada malam ini para pelajar akan dinilai dalam subjek :

-Asas Seni Lakon

-Asas Seni Pengarahan

-Teknik Pencahayaan/ Teknologi Pencahayaan

- Seni Teaterikal (Solekan)

-Asas Pengurusan Produksi Seni

Miera Bersama Fahmi

Maklumat Persembahan ;

Tajuk : Pegawai Khalwat

Genre : Realism

Arahan : Norazida Ibrahim

Pengurus Pentas : Noor Amira

Penolong Pengurs Pentas : Kamal

Kostum : Fahmi

Tatarias : Norhan Fahmi

Set dan Pentas : Norhan Fahmi Ahmad Mahmud

Audio : Fifi

Tatacahaya : Miera, Fifi,

Pengacara majlis : Ku Yah

Pelakon : Mohd Mustaqim (Pegawai Khalwat), Mohd Firdaus (En. Ridzuan), Shazana Badaruddin ( Khariah), Laheera Anastasia ( Mardiah) Nur 'afif (Khalili), Al-Ain (Pak Kaswan)

Salah Satu Babak Dalam Persembahan

Proses Penghayatan Watak dan Menilai diri sendiri

dari kiri : Laheera (Chici), Kamal, Miera dan Norazida


Isnin, 23 Februari 2009

GEJOLAK versi MELAKA


Tentu di kalangan rakan-rakan pernah mendengar atau menonton teater Gejolak ini kan? Gejolak pernah dipentaskan dibeberapa tempat di sekitar KL. Pementasan pertama diadakan di Kolej Kediaman Dua Belas, Universiti Malaya. Pementasan ini adalah bersempena Festival Seni Universiti Malaya. Dalam pertandingan ini, Gejolak merangkul tempat pertama dan beberapa anugerah.

MAS


Kemuadian Gejolak di pentaskan di Multimedia University (MMU). Kemudian di pentaskan sekali lagi di Stor Teater DBP. Pementasan ini dilakukan oleh mahasiswa Kolej Kediaman Pertama UM.



JAY

KALI INI.... Gejolak akan dipentaskan sekali lagi. Tapi kali ini bukan di KL tapi di Melaka. Pada asalnya Gejolak kali ini saya gunakan untuk projek kelas. Setelah ditapis beberapa skrip oleh pihak atasan KYM, maka Gejolak dipilih. dalam pada kami sedang membuat latihan, kami mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di UiTM kampus Alor Gajah Melaka. Bak kata pepatah seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya dan kami menerima perlawaan dengan tangan terbuka. Selain membuat persembahan di sana, kami juga diberikan bajet yang sememangnya berbaloi untuk pementasan Gejolak ini.


KaR EL


MAKA bermula dari saat itu, saya dan anak murid berhempas pulas untuk membentuk satu team teater Gejolak. Sekarang kami sudah berada pada tahap 50 peratus persiapan dari segi keseluruhan produksi. Namun peratusan untuk bahagian lakonan dan pengarahan masih lagi belum mecapai peratus yang membanggakan.


LeS Zar


INFO PERSEMBAHAN

TAJUK : Persembahan Teater Gejolak

TAG LINE : Pilihan yang tiada pilihan

KARYA : iKHWAN aDI aLAM

ARAHAN : Malauazam Poyo

PELAKON : Norazida Ibrahim (Mas), Mohd Mustaqim Mohd Mustafa (Jay), Norhan Fahmi Ahmad Mahmud (KaR El) dan Laheera Anastasia Badarol Sam (LeS Zar).

TARIKH : 18 MAC 2009

TEMPAT : Dewan Bendahara , Kampus UiTM Cawangan Alor Gajah Melaka.

MASA : 8.30 Malam

MASUK PERCUMA

PENGANJUR BERSAMA : AURA Production, Jabatan Seni Teater, Sekolah Teknologi Media dan Seni, Kolej Yayasan Melaka

dan


Zealous Histronic Krew (DOMT 4A),
Fakulti Pengurusan dan Tekologi Pejabat,
Universiti Teknologi Mara,
Kampus Alor Gajah Melaka.


SINOPSIS

Manusia sering berada dalam keadaan yang diluar kawalan mereka sendiri. Keadaan ini mendesak mereka berhadapan dengan keadaan yang sama sekali tidak dipilih sebagai pilihan. Pilihan yang selalunya menidakkan kewujudan mereka. Tetapi mereka boleh memilih untuk meninggalkan kesan-kesan kewujudan yang mereka pilih.
4 orang banduan di tempatkan dalam satu sel. Sel tersebut merupakan tempat terakhir untuk mereka sebelum di hukum bunuh. Jay, Mas, Les Zar, KaR El adalah 4 banduan yang ditempatkan di pejara tersebut atas kesalahan berbeza. Jay atas kesalahan merogol, Mas pula disebabkan membunuh orang yang bunuh suaminya, Les Zar sebab membunuh ayahnya sendiri manakala Kar El hanya kerana mencuri sebiji telur.
Mereka akan dihukum dengan hukuman yang sama. Sebelum dihukum, mereka diberikan pilihan untuk memilih cara mereka mati.

PELAKON
Jay – Kasar. Seorang perogol bersiri. Masih bujang tapi tidak teruna.
Mas – Seorang Ibu. Membunuh orang yang bunuh suaminya. Berperwatakan lemah lembut.
Les Zar – Kasar dan suka memberontak. Benci kepada semua lelaki. Ayahnya merogolnya dan dia bunuh ayahnya. Dia juga bunuh semua lelaki yang mengancamnya.
Kar El – Penakut. Kelam kabut. Dimasukkan ke situ kerana mencuri hanya sebiji telur untuk diberikan kepada isterinya yang mengidam telur.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...