Pengikut

Jumaat, 10 April 2009

Wayang Pacak oleh Kelab Pencinta Filem KYM

Semalam berakhirnya tayangan wayang pacak. Percubaan pertama. Projek pertama Kelab Pencinta Filem Kolej Yayasan Melaka. Kelab ini baru sahaja ditubuhkan pada bulan lepas. Masih lagi dalam proses pembentukan organisasi. Kelab ini merupakan kelab di bawah seliaan ataupun di bawah pemantauan FINAS. Anak angkat ler. Projek semalam diadakan adalah bagi membentuk kerjasama dalam kelab ini. Untuk menguji sejauh mana ianya dapat dilaksanakan.

Santai...namun inilah percubaan yang berjaya buat kami. Aku hanyalah sebagai penasihat kelab. Membantu mana yang patut. Ahli kelab yang terdiri dari student yang banyak buat kerja. Kami di pihak pensyarah hanya membantu mana yang perlu. Kerja kuat Miera sebagai pengerusi kelab dan dibantu oleh ahli yang lain amat membanggakan. Untuk mengadakan projek baru bukannya senang, namun mereka berjaya juga untuk mengadakannya.

Wayang pacak..seperti zaman dahulu, kita akan sama-sama membentangkan tikar dan sama-sama menyaksikan wayang yang dipasang pada hari tayangan. Biasanya ianya dilakukan di padang atau dikawasan lapang. Kita akan berkumpul ramai-ramai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sekampung berhibur sambil menonton. Seronok dan menyeronokkan. dapat berkumpul ramai-ramai dapat mengeratkan silaturahim antara kita.

Wayang pacak KYM anjuran Kelab Pencinta Filem ini dilakukan di atas padang rumput berdekatan pondok pengawal. Terima kasih kepada yang sudi datang walaupun filem yang ditayangkan sudah lapuk atau pernah ditayangkan. Ada yang baring, ada yang bersantai, ada yang bergelak ketawa, ada yang bakar sampah, ada yang mengambil gambar, ada yang bawak bantal busuk dan bermacam-macam lagi gelagak semasa menonton.

Malam pertama tayangan, lebih 25 orang yang datang menonton. Filem KAMI. Filem remaja. Malam kedua filem susuk, ramai yang bercadang nak datang, tapi masalah pertindihan dengan jadual kelas, penutup orientasi dan jauh dari kolej menjadi halangan. Namun kehadiran yang melebihi 26 orang amat membanggakan kami. Mungkin projek wayang pacak dua akan lebih ramai yang hadir. Untuk percubaan pertama kami berjaya. kami berjaya memecahkan kesunyian malam KYM seperti yang dibertitahu oleh CEO baru KYM Datuk Saroni Judi semasa perjumpaan pertama beliau dengan kakitangan sekejap tadi.

Harapan kami, pada masa akan datang ianya akan lebih meriah dan lebih hebat. Mungkin akan dibuka gerai jualan di sini. Dan harapan juga ianya menjadi rutin mingguan atau bulanan di sini.

Rabu, 8 April 2009

WAYANG PACAK (KAMI dan SUSUK)

Mari berhibur sambil bersantai.

Persatuan Pencinta Filem, Kolej Yayasan Melaka akan menganjurkan 'WAYANG PACAK'.

Maklumat tayangan adalah seperti berikut :

Tajuk Filem : KAMI THE MOVIE
Tarikh : 8 April 2009 (Rabu)

Tajuk Filem : SUSUK
Tarikh : 9 April 2009 (Khamis)

Tempat : Perkarangan Tempat Letak Motor Pelajar
( DALAM KYM- Belakang Pondok Pengawal )

Masa : 8.30 malam

Bayaran : RM 1.00 sahaja. (Bukan ahli )

Anda semua dijemput hadir ke tayangan ini.

Pada malam tayangan juga, kami akan membuka pendaftaran kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli Kelab Pencinta Filem KYM ini. Ada banyak program dan kelebihan menanti ahli berdaftar.

Antara program akan datang adalah seperti Wayang Pacak 2 dan 3, Bengkel Lakon TV/ Filem, Lawatan Ke FINAS, dapat menyertai kerja-kerja belakang tabir (penggambaran) dan bermacam lagi program yang berkaitan seni dan filem.

Maklumat lanjut sila hubungi 017-2880724 (MIera), 013-6131065 (Najla).

Perhatian :
Anda digalakkan membawa sendiri alas atau tempat duduk anda berdasarkan keselesaan masing-masing. (Seperti surat khabar, tikar, kain dan sebagainya).



Sinopsis Kami :

KAMI adalah sebuah filem remaja yang mengikuti perjalanan hidup lima sekawan yang bebas dan gembira, sebelum mereka memasuki alam yang baru setelah tamat persekolahan. Lynn merupakan seorang pelajar tingkatan lima yang membahagikan masanya antara pelajaran, membantu ibunya di gerai dan kawan karibnya iaitu Ali, Abu, Sofie dan Adii. Tanpa pengetahuan mereka, Lynn sebenarnya berpindah dari kampung ke bandar untuk melarikan diri dari Boy, seorang pengedar dahah. Sebelum ini Lynn bekerja untuk Boy bagi memperolehi pendapatan sampingan.
Pelakon :
Liyana Jasmay, Syarul Ezani, Nas-T, Juliana Evans, Zayanah Ibrahim
Director :
Effendee Mazlan, Fariza Azlina Isahak
Runtime 100 minutes



Sinopsis Susuk:

Setiap yang gemilang pasti ada harganya. Soraya ialah seorang pelatih jururawat yang mula resah dengan kehidupannya yang rutin. Dia ingin mengejar cita-citanya untuk menjadi bintang. Usahanya menghadapi jalan buntu, hingga dia diperkenalkan kepada amalan susuk yang mungkin dapat meningkatkan serinya. Dia harus membuat keputusan samada terus begini atau melintasi garisan ke alam lain... Sementara itu Suzana ialah seorang diva yang penuh misteri. Dia telah lama mengamalkan ilmu hitam akibat penggunaan susuk keramat yang amat merbahaya. Setiap kali Suzana melanggar pantang, korban manusia diperlukan. Kita ikuti hidup cemas kedua-dua wanita ini hingga tersingkap rahsia sebenar amalan terlarang itu.


Beauty has a price. Soraya is a young trainee nurse who is starting to feel disaffected by her life. A chance introduction to the world of glamour piques her earlier ambition to be a star. She does not succeed at first, but she is told that the forbidden practice of susuk can help. She has to make a choice whether to stay the way she is, or cross the line... Meanwhile, Suzana is a prominent diva with an air of mystery. She has long been a practitioner of the black arts due to her use of the extreme susuk keramat. Every time she violates a taboo, a human life is required. We follow the eventful lives of these two women until we get to the true secret of this dreaded charm.

Pengarah
Amir Muhammad
Naeim Ghalili

Penulis Skrip
Rajesh Nair ...

Pelakon

Ida Nerina ... Suzana, Diana Rafar ... Soraya, Noorkhiriah ... Mastura, Tengku Marina Tengku Ariffin ... Sofea, Adlin Aman Ramlie ... Aleeza Kassim ... Hairie Othman ... Sofia Jane ... Liza Othman ... Jalaludin Hassan ... Jaclyn Victor ... Waheeda ... Yasmin Ahmad ... Sharifah Aleya ...


Anda bolehlah melayari link berikut untuk maklumat lebih lanjut:



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...