Pengikut

Sabtu, 18 April 2009

GEJOLAK DKB KYM


Anda tataplah gambar pementasan Gejolak ini. Persembahan ini didadakan di Dewan Kuliah B, Kolej Yayasan Melaka. Sebarang pertanyaan atau komen, anda bolehlah kemukakan di ruangan komen atau chat. Sekian.

Khamis, 16 April 2009

BILA AKU MASUK STUDIO

Gambar photo ini adalah hak milik En. Malek, Ketua Jabatan Media, Sekolah Teknologi Media dan Seni KYM. Jurufoto juga adalah En. Malek.

Ini adalah studio rakaman suara / audio kepunyaan Sekolah Teknologi Media dan Seni Kolej Yayasan Melaka. Aku menggunakannya untuk rakaman voice over bagi teater kelas aku. Tak sangka KYM mempunyai prasarana yang lengkap sebegini. dan pelajar juga bebas menggunakannya mengikut kekosongan jadual dan keperluan.

Semasa di UM dulu kami (KELAB LAKON ASTAR-KELAKAR) biasanya menggunakan 2 Tone Studio di Wangsa Maju milik abang Bard Muffins (Kumpulan Muffins). Abang Bard baik orangnya. membantu kami dengan kadar yang membanggakan. Dah lama tak jumpa abang Bard. Selain membuat rakaman, kami juga sering menggunakan khidmat beliau untuk compose kan muzik latar. Antara teater yang menggunakan khidmat beliau ialah...Gejolak, Orang Baik, Detik, Arca, Sepasang sayap Bidadari dan projek-projek bukan teater.

Apabila sampai di Melaka ni, aku tak tahu ke mana hala untuk aku tuju apabila ingin membuat muzik latar. Ada...tapi aku tak jumpa orang yang boleh mencapai hasrat kami seperti Abang Bard lakukan. Setakat ni Abang Bard yang mampu memenuhi hasrat kami agar ianya tercapai.

Namun, tak sangka juga di KYM ada studio rakaman, walaupun tak sehebat 2 Tones Studio. Tapi cukup dan lebih dari cukup untuk membuat rakaman suara. Aku harap selepas ini aku berkesempatan untuk membuat rakaman sendiri menggunakan peralatan yang ada. Barulah aku boleh jadi orang seni serba boleh. INSYAALLAH.






Ahad, 12 April 2009

KHABAR DARI KL

Aku di KL. Sekarang sedang menggunakan harta tuan punya daribawahbayu.blogspot.com . Jangan marah yerk Puan. Aku datang ke KL. Bapak aku dari kampung datang ke sini. Sso, aku datang ler jumpa dia. Malam ni aku akan naik bas balik semula ke MELAKA. BAs kul 7.

Aku ambil kesempatan jumpa ngan Ridz J, Joe PDZ dan g umah Kak Lenny. Dah lama tak kumpul2. Terkenang zaman aku buat freelancer kat KL dulu.

Lusa aku ada show gejolak kat KYM. Tapi aku masih lagi berfoya2 di KL. Berfoya-foya? Ya ker. Hish mana ada gitu. Aku datang jumpa bapak aku. Aku nak ambil cd muzik, nak print bahan pameran dan nak uruskan pasal baju.

Ok ler, dah nak gerak g ke Masjid Jamek lak... Jumpa...ehemmm..ehem.. Takder ler.. g tengok barang jap..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...