Pengikut

Jumaat, 15 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU MALAYSIA

Esok tanggal 16 Mei 2009 merupakan sambutan hari guru peringkat Malaysia. Jadi sehubungan dengan sambutan hari guru kali ini, ingin rasanya aku untuk mengucapkan selamat Hari Guru buat semua yang bergelar Guru. Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini adalah " Guru Pembina Negara Bangsa".

Saya yang bernama Zamri @ malau @ Mat Je @ Mat Jam @ Zam @ Azam @ Meri.... Ingin mengucapkan Selamat hari guru kepada :

1- Semua Yang bergelar guru di Malaysia
2- Guru di Sekolah rendah
3- Guru di Sekolah menengah
4- Guru Di sekolah Tadika Laloh
5- Guru yang mengajar Al-quran di kampung Lata Rek.
6- Guru di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, Kelantan
7- Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai, Kelantan
8- Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Laloh Kelantan
9- Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan sultan Yahya Petra 1, Kelantan
10- Guru di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya
11- Guru yang mengajar di latihan teater
12- Guru yang mengajar semasa terlibat dengan penggambaran
13- Guru yang sipi-sipi.
14- Guru yang memberi tunjuk ajar di KYM.

TANPA GURU SIAPALAH AKU..jasamu tidak terbalas..

Lagu Tema hari Guru 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi


IKRAR GURU

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakatDan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Isnin, 11 Mei 2009

Pertandingan Kreatif 3gp Video (KYM)




STMS akan menganjurkan satu program yang berbentuk pendidikan, hiburan dan pembelajaran iaitu Pertandingan Kreatif 3gp Video (PK3V).

PK3V ini dirancang bagi bagi memberi kebebasan kepada para peserta dalam berkarya dan menghasilkan sesuatu yang kreatif mengenai perkara yang berlaku di sekeliling mereka dengan menggunakan kemudahan 3gp pada telefon bimbit.

Caranya mudah. Anda hanya perlu merakam aktiviti atau detik yang anda rasakan menarik menggunakan telefon bimbit anda. Simpan ke dalam bentuk cd, dvd, pendrive atau biarkan dalam handphone anda dan bluetooth dengan kami di pejabat STMS.

Para pemenang bukan dinilai oleh kami tetapi akan dinilai oleh para pengunjung yang berkunjung ke laman web PK3V ini. Video yang paling banyak dibuka (view) sehingga 7 Julai 2009, maka dialah yang akan menjadi pemenang.

Menarikkan?

Ada lagi. Setiap pemenang akan mendapat hadiah. Hadiahnya adalah…

Tema
Pihak penganjur telah menetapkan dua tema pilihan iaitu:

a) A Day in The Life (Sehari Dalam Hidup)
b) My KYM (KYM Ku)


Syarat Penyertaan.

i. Peserta dikehendaki menghantar karya berbentuk video menggunakan format 3gp telefon bimbit sahaja mengikut tema yang ditetapkan.

ii. Durasi antara satu hingga dua minit.

iii. Peserta boleh menghantar lebih daripada satu karya dan setiap satu penyertaan menggunakan satu borang penyertaan.

iv. Karya boleh dihantar dalam bentuk CD, DVD atau pendrive kepada penganjur di pejabat STMS. (En. Mohd Zamri / En. Soh Wuu Shyong/ Pn. Farizan).

v. Tidak menggunakan hakcipta orang lain kerana pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada tuntutan daripada pihak terbabit.

vi. Pihak penganjur boleh menggunakan semua karya yang dihantar untuk sebarang tujuan tanpa meminta kebenaran daripada peserta program KP3V terlebih dahulu.

vii. Video hendaklah sesuai untuk tontonan umum, tiada unsur keganasan, seks, serta tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.

viii. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya didapati melanggar syarat yang ditetapkan.

ix. Tarikh tutup penyertaan pada 7 Julai 2009 (sebelum pukul 1.00 petang).

x. Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga akan dinilai berdasarkan jumlah bintang dan populariti pengunjung laman web PK3V.

xi. Para pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk proses penyampaian hadiah.

Hadiah.
Tempat Pertama = RM100.00 + Sijil
Tempat Kedua = RM75.00 + Sijil
Tempat Ketiga = RM50.00 + Sijil

Sebarang maklumat Lanjut, anda Bolehlah melayari laman web KYM atau protal STMS atau e-mail ke m_zamri@kym.edu.my atau sarimah@kym.edu.my



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...