Pengikut

Jumaat, 22 Mei 2009

SIDANG AKHBAR GEGAR BELIA


Petang tadi, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Kolej Yayasan Melaka telah berlangsungnya sidang akhbar untuk program Gegar Belia. Wakil media yang hadir adalah dari akhbar Berita Harian, Harian Metro, Melaka Hari Ini dan Sinar Harian.


Datuk Saroni Judi sendiri yang mempengerusikan majlis ini. Penerangan tentang projek Gegar Belia ini diperjelaskan kepada media dan hadirin yang hadiri.


Upacara penyerahan replika cek juga diadakan di antara Kementerian Belia dan sukan Malasyia selaku penaja utama dan rakan pengajur dengan Kolej Yayasan Melaka.

Untuk pengetahuan semua, Projek Gegar Belia ini akan diadakan di Melaka Mall pada 30 dan 31 Mei, manakala di Tesco Kota Bharu pula pada 12 dan 13 Jun 2009.


Dalam program ini aku merupakan Pengurus Zon untuk program di Kota Bharu.
Manakala bagi pengurus Zon selatan pula adalah En. Sahban Hj. Md Smail.
Pengarah untuk projek Gegar Belia ini adalah En. Ahmad bin Talib (Bahagian pemasaran) dan dibantu oleh En.Jumari bin Kosrin (Hal Ehwal Pelajar).

Sebarang maklumat yang lagi jelas, anda bolehlah melayari :
Anda boleh mendapatkan maklumat program, borang penyertaan, senarai program, senarai aktiviti dan alamat untuk dihubungi.


Khamis, 21 Mei 2009

GEGAR BELIA 2009


Nak tau lebih lanjut pasal Gegar Belia, sila tekan gambar di atas.



Rabu, 20 Mei 2009

Ada Lagi Rupanya


Bukan orang yang ada. tapi blog Selendang sakti yang aku wat masa study dulu. Blog tu pasal Teater Kanak-kanak Selendang sakti. Pada masa tu kami nak buat tour ke Taman Budaya Perak, UPSI dan Taman Budaya Negeri Sembilan. Teater ini adalah pemenang Festival Teater Makum pada tahun 2005. Pada masa tu aku masih study kat UM.


Pasal ada lagi rupanya tu maksudnya gini..aku bukak e-mail pagi ni. Pastu dapat e-mail dari site meter pasal traffic view blog ni. Aik, aku kata ada lagi rupanya dia. Blog ni aku buat pertama kali sebelum blog malauazam. Belajar-belajar buat. Namun aku hampa apabila entah macam mana, aku terlupa password untuk aku log-in ke blog Selendang Sakti. So, x bleh nak update la.



Bila aku tengok blog ni, teringat semasa zaman kegemilangan kami di UM dulu. Kami datang dari pelbagai tempat dan latar, umur yang berbeza-beza. Ada kakak, abang, mak orang, bini orang, suami orang, adik-adik, tapi kami boleh bersatu dalam produksi ni.


Kepada kawan-kawan yang rindukan kenangan Selendang sakti, jenguklah ke http://selendangsakti.blogspot.com/ . Kawan-kawan yang lain pun bolehlah jenguk untuk mengetahui informasi pasal teater ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...