GEGAR YANG MENGGEGARKAN.

Bersua kembali. Salam perpaduan dan salam sayang dari malau.
Seperti yang dijanjikan, kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda tentang Gegar Belia di Kota Bharu. Bagi yang sudah mengetahui, program Gegar Belia ini adalah merupakan program yang julung kali diadakan. Untuk fasa ini, Melaka dan Kelantan menjadi sasaran pilihan kami. Gegar Belia di Kelantan telah diadakan pada 12 dan 13 Jun 2009. Gegar Belia ini berlangsung di perkarangan letak kereta Tesco Kota Bharu Kelantan.

Program yang diadakan selama dua hari ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelbagai pihak. Ramai yang ingin turut serta malah ramai juga yang menawarkan diri untuk membantu. Terima kasih kepada yang membantu.

Gegar Belia merupakan program yang dianjurkan oleh sakretariat Rakan Muda Kolej Yayasan Melaka dengan kerjasama Kementeria Belia dan sukan Malaysia. Program ini juga mendapat bantuan dan tajaan dari beberapa syarikat dan pertubuhan. Telekom Malaysia, Utusan, Melaka hari Ini, Melaka Mall, Tesco, Akhbar Sinar Harian, Bank Islam dan beberapa lagi penaja lain. Ada juga orang perseorangan yang membantu tanpa namnya dihebahkan.


Beberapa program dan pengisian sepanjang program ini berlangsung. Program ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu, sukan dan aktiviti, pameran pendidikan dan usahawan dan persembahan pentas. Bagi kategori sukan dan aktiviti futsal dan 3 on 3 netball menjadi taruhan utama. Aktiviti lain adalah seperti tarik tali terbalik, dart challenge, remote control, congkak, batu seremban, gusti lengan, tenung mata, dan ada la beberapa lagi.
Untuk pameran pula, beberapa IPT yang menyertai Gegar Belia ini. Antaranya Kolej Teknlogi Darul Naim, KIST, SHAHPUTRA, dan KYM sendiri. Selain itu, UTUSAN Malaysia, SUKMA, Persatuan Belia Kelantan, dan IKS Mara turut terlibat.
Salah seorang dari pempamer IKS kami telah menawarkan diri untuk membantu kami. Kak Nor dari syarikat MINDA BAKTI Enterprise telah menawarkan diri untuk membantu kami sebagai DJ dan MC. Kak Nor berjaya meriuhkan suasa sepanjang 2 hari program berlangsung. Pengalaman Kak Nor sebagai motivator dan pengalaman dalam pengajuran projek lain berjaya menghidupkan suasana Gegar Belia. Kak Nor meupakan adik kepada pelawak dan pelakon iaitu ABON.


Program Gegar Belia di Kota Bharu ini telah dirancang sejak bulan Februari 2009 lagi. Program di Kota Bharu ini merupakan pengajuran yang agak mencabar kerana banyak perkara baru yang dipelajari dalam proses penganjuran tersebut. namun itu semua tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan projek ini.
Yang amat membanggakan, kami mendapat kerjasama dari persatuan-persatuan belia Kelantan dan Pejabat Belia seluruh Kelantan terutamanya Pejabat belia Kota Bharu.



Acara-acara lain yangterdapat dalam program ini adalah seperti persembahan silat tari, persembahan silat cekak hanafi, persembahan muzik tradisional, persembahan muzik mak yong, program bersama Malek Noor, dan ada ler beberapa lagi.



Harapan kami, program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan. Demi menjadikan belia terhebat dan jauh dari perkara-perkara negatif, prgram-program sebegini akan membantu. Jangan biarkan belia-belia melepak atau membuang masa atau menajdi samseng dijalanan.
Ini akan merugikan bukan sahaja kepada diri remaja terbabit, malah membawa kerugian kepada negara kita sendiri.
Belia adalah tonggak perjuangan dan penyambung kepada semangat genarasi yang sebelumnya.

Kepada belia, jadilah belia yang memberi sumbangan keuntungan bukanya membawa kepada kerugian dan kemusnahan.
Untuk seluruh warga Gegar Belia 2009, ducapkan syabas dan tahniah kerana berjaya mengadakan program sebegini. Tahniah juga kerana berjaya mengumpulkan belia-belia di Melaka dan di Kelantan.,


Terima Kasih dan Penghargaan kepada :
-Majlis Perbandaran Kota Bharu -BRi
-Pejabat Belia Negeri Kelantan
-En Wan Abdul Rahman
-Pengarah Belia Kelantan.
-Majlis Sukan Negeri Kelantan
-Jabatan Pertahan Awam Malaysia
-JPAM Kelantan
-Ibu Pejabat Polis Kelantan
-IPD Kota Bharu
-Balai Polis Kota Bharu
-Penggawa Daerah Kota Bharu
-CIk Akmal, Tesco Kota Bharu
-En. Faizal Tesco Kota Bharu
-Persatuan Belia Sri Kijang
-Persatuan Silat Cekak Hanafi Kota Bharu
-Persatuan Seni Silat tari Kota Bharu
-Radio Malaysia Kelantan
-Uncle Didi RMK
-Persatuan Motorcross Kelantan
-En. Wan Mat Ghazali
-En. Malek Noor
-En. Aziz Kanopi dari AAR Sdn. Bhd.
-Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan
-Akhbar Utusan Malaysia
-Cik Hazelin , Akhbar SInar Harian
-Melaka Hari Ini
-SUKMA
-Kolej Teknologi Darul Naim
-Kolej Islam Sains Terengganu
-Shahputra College
-Majlis Amanah Rakyat, MARA
-TELEKOM Malaysia
-Bank Islam
...dan kepada seluruh indivisu atau kumpulan yang membantu secara langsung dan tidak langsung.










































PEMERHATI P0LITIK KERDIL !!


Asalnya entri untuk kali ini aku nak review pasal Gegar Belia di Kelantan. Namun semasa aku membelek akhbar di akhbar online dan berborak kosong di kedai kopi, tertarik untuk aku berkongsi sesuatu di sini.

Bukan menarik sangat pun. Cuma rasa tanggungjawab kepada kampung halaman aku. Seperti yang sedia maklum, pada 14 Julai nanti akan diadakan pilihanraya kecil di Dun Manek Urai. Ini berlaku kerana kematian penyandang kerusi yang lalu.

Ada beberapa benda yang aku ingin kongsikan berdasarkan pemerhatian aku di Kawasan Manek Urai. Terlebih dahulu aku nak bagitau yang aku di lahirkan di Kg Lata Rek di bawah kawasan Manek Urai gak. Pernah bersekolah di SMK Manek Urai. Selalu pergi ke Manek Urai sebab family aku juga ada di sana. Jadi aku takkan sesat kalau di ajak untuk ke Manek Urai.
Melalui pembacaan, pendengaran, perbualan dan penglihatan, macam-macam yang aku dengar. Ada yang aku setuju dan ada yang bagi aku sengaja di tokok tambah untuk menyedapkan cerita. Aku tak belah mana-mana parti. cuma nak berkongsi secara keseluruhan (general).

Lata Rek memang kawasan kampung. Manek Urai maju ler skit dari Lata Rek. Majoriti penduduk di sini bekerja sendiri atau dengan kata lain menoreh getah. Rata-rata belia di sini juga berhijrah ke luar. Sama ada bekerja atau berkeluarga dengan orang luar, Balik bila ada kelapangan dan bila hari raya. Tidak dinafikan, pada hari raya, rata-rata jalan di seluruh Kelantan akan jamm (sesak) dan meriah. Adakalanya lebih dari kesesakan biasa di KL. Ini fakta, bukan auta.

Semasa aku mengadakan program di Kota Bharu hari tu (Gegar Belia), aku terdengar juruhebah radio memperkatakan tentang kg aku. seronok aku mendengarnya. Popular gak kg aku. Bukan itu sahaja, surat khabar dan macam-macam lagi media memperkatakannya. Bangga la jugak kan.

Beberapa benda yang aku tertarik adalah tentang cerita yang diperkatakan. Kawasan kg aku jadi meriah. Segala tempat tak terang sudah menjadi terang. Malah bukan setakat terang tapi rata dan bersinar. Alhamdulillah. Dari kejauhan aku tumpang gembira dan bangga. satu laghi benda yang menarik, rumah-rumah kosong yang ada di sana sudah penuh. Bukan itu sahaja, malah, bilik-bilik kosong juga sudah penuh. Macam hotel la pulak kan. malah permintaan terlalu tinggi. semasa aku balik hari tu pun, ada gak orang yang bertanya rumah kedai yang ada di depan rumah aku. Nak sewa. Berapa saja sanggup dia bayar.

Banyak kedai yang dibangunkan. Kedai-kedai yang dulu suram kini semakin meriah. Meriah bukan orang setempat, tetapi dengan kehadiran orang luar yang nak berkempen atau media yang datang nak mengulas. Bukan setakat di padang yang terang atau meriah, tetapi yang aku dengar, di kebun getah juga terang dan meriah. Baguslah.

Orang kampung aku mewah sekarang ni. Cakap je nak apa. INSYAALLAH dapat. Dengar kata, jambatan akan diganti, yang rosak akan di perbaiki, yang kecik akan diperbesarkan, sekolah akan diperindahkan, rumah yang uzur akan diperbaiki, atap zin yang bocor akan ditukar baru, lantai rumah yang pecah atau rosak akan ditukar ke mozek dan macam-macam lagi benda-benda ajaib yang agaknya datang dari langit.

Wahhhh!!! rugi rasanya tak dapat berada di kampung pada masa ni. Mungkin aku akan dapat duit poket, dapat subsidi baja untuk kebun sayur aku, mungkin akan dapat tambahan benih anak ikan untuk memperbesarkan kolam aku. mungkin juga motor buruk aku yang tersadai di bawah rumah dapat dihidupkan semula. Bukan itu saja, mungkin bila aku teman mak aku menoreh getah, kami tak lagi sunyi. ramai yang teman bersama. Bila bermain bola di padang akan ada jurugambar dan kamera rakaman macam kat stadium tu. Seronok kan.

Untuk pengetahuan semua, benda yang aku citer kat atas pernah diperoleh semasa pilihanraya yang lepas. Pada masa tu aku banyak menghabiskan masa di kampung. Benda yang aku tulis di atas tu juga yang ada. Cuma pada kali ini lagi dahsyat. Sebab hanya kg aku yang di fokus. Lepas tu ???? Lepas tu apa jadi?????

Sebagai orang kampung Lata Rek, Manek Urai, aku ucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa saja yang membantu. Tak kiralah ianya datang dari bumi atau langit. Sesungguhnya yang ihlas itu akan mendapat balasan dan ganjaran yang selayaknya dari Allah S.W.T.

..

Renungkan :
...
" Pilihanraya ke, YB tu ke, YB ni ke, parti ni ke, parti tu ke...aku tetap toreh getah gak"
" Alah...diorang tu masa ni je semangat, lepas pilihanraya semua hilang"
" Orang bagi semua kita ambil, pangkah belum tentu"
" Hangat-hangat tahi ayam"
" Ayam bertelur sebijik riuh sekampung"
...
Tips dari Malau untuk UMNO dan PAS dan PKR dan BN :
...
- Jangan hangat-hangat tahi ayam.
- Sedekah biar ikhlas..kalau tak ianya berdosa.
- Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.
- Jangan hanya bertumpu kat warga tua di kampung....
- Serangan dari belia yang berhijrah yang akan balik mengundi lagi dahsyat.
- Jangan auta tapi fakta
...
Kepada orang kampungku :
...
* Kalau nak bangunan, kat KL, Selangor, Johor banyak.
* Apa saja orang bagi, kita ambik.
* Carilah pemimpin yang boleh tidur dalam kandang lembu bersama.
* Carilah YBk (yang buat kerja) bukanya YBc (yang banyak cakap)
*
Sapa-sapa yang nak tau info pasal Lata Rek atau Manek Urai, taip je LATA REK dalam kotak search engine Yahoo atau Google.
-
Selamat mencuba.

KERJA TERLAMPAU !!

DULU : Aku bersama group Mekar Budaya bersama-sama buat teater.


Aku tahu kesilapan aku. Cuma aku tak sedar. Aku sedar apabila sesuatu hal itu telah selesai atau tamat. Aku sedar apabila aku kesunyian. Aku juga sedar bila aku tidak ada hal yang perlu diselesaikan.

DULU : Kami buat teater untuk FTKL. Dapat No. 2. Kenangan.

KErja melampau. Ya, aku memang jenis yang taksub pada kerja. Pada pandangan orang lain aku tak tau la pulak. Dari dulu sampai sekarang aku memang suka melakukan apa saja kerja. Walaupun penat, tapi aku suka, aku puas.

DULU: Bila ada kelapangan, aku ikut shooting. Jadi extra atau pelakon lakon semula. Gambar yang ni untuk Rancangan Crime Scene untuk 8TV.


Sekarang aku menjadi pensyarah di Kolej Yayasan Melaka. Aku berada di bawah Jabatan Seni Teater. Tapi aku melakukan kerja-kerja yang jauh dari bidang teater. Aku memang suka buat kerja, lebih-lebih lagi kerja yang melibatkan tenaga. Aku bukan yang jenis suka teori. Bukan yang jenis suka membaca dan menghadap buku sampai lebam. Aku hanya baca buku bila rajin dan bila perlu. Bagi aku setiap apa yang kita lakukan walaupun bukan bidang kita adalah amat berharga. Mungkin ianya tidak penting pada hari ini, namun pasti akan berguna pada masa akan datang.

KINI : Aku dah kerja dengan KYM. Mengajar pelajar supaya tidak kurang ajar.

Kerja aku dulu dan sekarang berbeza. Dulu aku bekerja atas nama freelancer. So, banyak hal yang aku lakukan mengikut mood dan poket aku. Tapi aku buat semua benda juga. Sekarang aku dah jadi hak milik KYM. Sudah kerja tetap. Aku perlu masuk kerja dari jam 8.00 pagi dan balik tidak kurang dari jam 5.00 petang. 5 hari seminggu. Cuti pada hari Sabtu dan Ahad.

Kerja di KYM tidak sama dengan kerja freelancer. Bak dialog dalam filem Budak Kelantan "Kehiduppe jauh bbeza" (Kehidupan jauh berbeza). Banyak perbezaan yang boleh didetailkan.

Aku tidak sebebas kerja freelancer. Bukan bermakusd aku suka bebas. Dulu aku kerja 24 jam sehari. Tapi aku ok.

Kerja yang aku lakukan sekarang banyak yang menyebabkan aku terikat. Bukan maksud aku tidak suka dengan ikatan itu. Cuma aku ingin memberitahu. Setiap pergerakan aku membawa nama KYM. Kerja ikut masa, cuti kena mohon, sakit kena ada surat MC dan macam-macam lagi. Itu normal.

Aku terasa makin jauh dengan kawan-kawan. Makin jauh dengan keluarga. Kadang-kadang aku rindu dengan kehidupan freelancer. Aku rindu nak berkumpul dan berteater bersama kawan-kawan seperti dulu. Banyak benda yang terpaksa aku tinggalkan. Jarak aku di Melaka juga semakin menjauhkan aku. Aku rindu nak berteater dengan Group Mekar. Makan di Kg Baru sambil membincangkan hal teater dan projek akan datang. Mandi di air terjun sambil meningkatkan mutu vokal dan mengeratkan silaturahim sesama ahli, beramai-ramai tengok wayang, lepak di KLCC atau Pasar Seni sambil memerhatikan karektor manusia. Setiap hujung minggu kalau kelapangan, kami akan menonton teater di sekitar KL yang tidak putus-putus dengan persembahan.
Dua hari lepas, kawan aku Remi dan Intan melangsungkan majlis perkahwinan di pihak lelaki. Aku tak dapat pergi. Pada hari yang sama jugak, kawan aku si Izat mengadakan majlis kahwin di KL, aku juga tidak dapat pergi. Beberapa bulan yang lepas, kawan aku Jaa membina masjid, aku juga tidak dapat pergi. Sebelum ini juga aku tidak dapat pergi. sudah beberapa kenalan aku yang berkahwin dan mengadakan majlis aku tidak dapat menyertainya. Aku frust dengan diri sendiri. Bukan sengaja aku tak pergi. Tapi kekangan kerja dan ikatan kerja. Adakala bila aku free, duit pula menghalang diri.
Maafkan aku kawan. Aku dulu dan kini memang berbeza. Bukan berbeza sikap tetapi sekeliling dan kerja. Aku tetap aku. Zamri a.k.a malau.



KINI : Kawan baru ditambah, cabaran semakin bercambah.


KINI : Hidup semakin matang, adakala tertekan.


KINI : AKu merindui kawan-kawan lama.