Pengikut

Isnin, 26 Oktober 2009

Aduhh...

Salam.

Semakin hari, semakin banyak benda yang harus difikirkan dan dilakukan. Memang dari awal aku dah persiapkan diri untuk menghadapi alam pekerjaan. Sejak sekolah rendah lagi aku dah biasa bekerja dan menjadi kuli suruhan. Bapak aku mengajar aku masuk hutan, kerja dengan orang. Tapi sekarang berlainan sama sekali. Apa yang kita rancang dan PREPARE, tak semestinya semua menjadi. Adakalanya kita kena mengikut arus spontan kehidupan.

Kerja aku makin bertambah. Tugasan banyak yang tertangguh. Orang kata semakin hari semangat semakin tinggi, tapi semangat aku semakin berkurang. Bukan disebabkan diri aku. Tapi disebabkan persekitaran di sini. Di sini aku bebas berkarya. Tapi otak tak bebas bekerja.

Dah lama aku tak update blog ni. yang paling akhir adalah seperti entri di bawah ni. Semasa lima hari puasa. Sepanjang tempoh tersebut, bermacam perkara telah aku lalui.

Hari raya, projek pertengahan pelajar, kelas yang pelajar semakin bertambah, projek KYM, dan projek yang aku tak tau ianya perlu atau tak.

Sekarang aku pening kepala dengan tugasan pemangku ketua jabatan teater. Banyak benda yang aku masih belajar. Aku baru jer nak belajar jadi pengajar. Tapi kena pulak jaga Jabatan Seni Teater. Mulanya aku menolak, tapi disebabkan pensyarah teater tak ramai, maka akulah yang terkena. Sebab aku FULL TIME mengajar teater. Pensyarah lain ada yang mengajar jabatan Media dan Animasi.

31 Oktober nanti KYM akan mengadakan makan malam konvokesyen. AKu dilantik sebagai AJK persembahan. Asalnya aku menolak jawatan tersebut kerana bertindih dengan show teater di Taman Budaya Melaka. tapi aku terpaksa mengalah, sebab ini kerja KYM. Aku kena dahulukan kerja KYM. Nasib baik juga, pihak pengurusan Taman Budaya sanggup menunda persembahan ke tarikh lain iaitu pada 6 dan 7 November. Asalnya aku nak tarik diri, tapi Azrul berkeras nak aku sertai. Aku malu dengan diaorang. Kerana aku, diaorang tunda show.

Pada 3 dan 4 Disember pulak team Teater Melaka iaitu group KYM akan mengadakan persembahan sekali lagi untuk saringan ke Kebangsaan. Aku ingat nak mulakan latihan minggu lepas. Tapi banyak benda yang bertindih. Jadi, aku terpaksa mulakan latihan selepas 7 haribulan. Sebenarnya banyak benda yang aku perlu mantapkan dalam produksi Gejolak dan Denyut. Sebab aku rasa masih belum mencapai taraf geng-geng teater di KL, walaupun sebenarnya geng teater di KL ada yang yang sama dengan Melaka.

Kak Lenny, Kak Isma dan Puan Ros berkali-kali mengajak aku untuk menonton projek akhir pelajar drama di Universiti Malaya. Aku nak sangat pergi. Tapi disebabkan kekangan masa dan tenaga. Terkilan jugak sebab aku tak sempat nak datang menonton persembahan Kak Isma. Soriiii...

Pasal kerja...
Aku akan lebih semangat kerja kalau permohonan aku untuk menambah seorang lagi pensyarah di Jabatan Teater mendaopat kelulusan Datuk CEO. Alasan Datuk sebelum ini adalah kerana pelajar teater tak ramai. Tapi bagi orang yang biasa dengan proses teater, tentu akan menyokong aku. Pengajaran dan pembelajaran subjek teater tidak sama dengan subjek lain. Ini kerana bukanyya 100 % teori. Selain belajar teori, pelajar perlu mempraktikkan apa yaang dipelajarinya. Adakalanya terpaksa mengadakan latihan tambahan.

Aku masuk kerja pukul 8 pagi, adakalanya balik ke rumah jam 12 tengah malam. Sebab ada latihan. Adakalanya 7 hari seminggu aku dihabiskan dengan latihan. Bagi orang yang faham, dia tak akan bertanya banyak. Tapi bagi yang buta teater, banyak benda yang nak dipersoalkan.

Aku bukan nak merungut dengan kerja aku. cuma nak bagitau supaya orang yang tak faham menjadi faham. Ada pensyarah atau kakitangan lain yang minta bayar OT atas kerja lebih masa. Fuuuhhh..kalau aku minta OT jugak, aku hampir menewaskan gaji Pegawai Kebudayaan 41 yang pernah aku ditawarkan dulu di ASWARA. Tapi bukan itu yang aku harapkan. Aku suka dengan kerja aku. Aku suka dengan teater. Aku dah biasa dengan latihan setiap hari selama berbulan-bulan. Cuma sekarang aku harap datuk faham yang aku perlukan seorang lagi pensyarah teater yang tetap supaya Jabatan seni teater menjadi semakin sistematik dan mantap. Supaya aku dapat membahagikan tugas pengurusan dan praktikal. Bukan itu sahaja, ini untuk kebaikan pelajar juga. Aku tak mampu nak jaga semua pelajar jika dibahagikan kepada beberapa kumpulan persembahan. Please Datuk!!!!

Panjang ler plak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...