Pengikut

Rabu, 1 April 2009

GEJOLAK KYM DI UTUSAN MALAYSIA

Ini adalah berita yang diambil dari surat khabar Utusan Malaysia.
( http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0401&pub=utusan_malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm&arc=hive )


GEJOLAK TARIK MINAT PELAJAR KAMPUS



Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID



RINGKAS tapi sarat dengan mesej. Itulah gambaran yang boleh di berikan apabila menonton teater Gejolak yang dipentaskan di Dewan Bendahara, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Melaka, baru-baru ini.

Berbanding dengan kebanyakan teater yang dipentaskan dengan ruang yang luas, persembahan empat pelakon dalam teater Gejolak berjaya memukau hati kira-kira 400 penonton walaupun diberikan ruang pentas yang amat terhad.

Walaupun ia bukan kali pertama dipentaskan, namun pementasan kali keempat teater selama 30 minit ini berjaya memaku penonton untuk terus berada di tempat duduk sehingga ia tamat.

Gejolak mengisahkan tentang empat orang banduan iaitu Jay, Mas, Les Zar dan Kar El yang dijatuhkan hukuman mati, atas kesalahan yang berbeza tetapi ditempatkan di dalam satu lokap.

Jay, seorang lulusan Universiti Harvard dihukum atas kesalahan 27 kes merogol.

Mas, seorang isteri yang dihukum kerana membunuh orang yang membunuh suaminya.

Watak Les Zar, pula ialah wanita yang anti-lelaki yang telah membunuh ayahnya sendiri.

Manakala Kar El dijatuhi hukuman mati kerana mencuri sebiji telur.

Walaupun dijatuhkan hukuman yang sama, mereka diberi masa selama 15 minit untuk memilih cara bagaimana mereka mahu dihukum mati.

Plot pementasan dimulakan dengan Mas yang dimasukkan ke dalam lokap sel 362 sebuah balai polis, kemudian bermonolog, salahkah dirinya melakukan sesuatu yang bertujuan menegakkan keadilan.

Sedang dia bercakap sendirian, tiba-tiba Jay dimasukkan ke lokap yang sama dan kedua mereka kemudian saling bertanyakan apakah kesalahan yang dilakukan.

Mas mula menceritakan kekesalannya kerana tidak dapat menyelamatkan suaminya. Tetapi Jay yang berperwatakan lelaki psiko tidak berasa bersalah kerana mengatakan semua wanita yang dirogolnya itu adalah secara rela.

Sedang mereka bercerita, Les Zar, seorang wanita yang garang tiba-tiba dimasukkan ke dalam lokap yang sama.

Dia yang anti-lelaki terkejut kerana mendapati Jay berada di dalam lokap perempuan dan pergaduhan mula tercetus apabila Les Zar memperlekehkan kaum lelaki.

Pertikaman lidah antara Jay dan Les Zar yang cuba dihentikan oleh Mas terganggu apabila tiba-tiba Kar El dimasukkan ke dalam sel yang sama.

Kar El yang berperwatakan penakut kemudian disoal oleh ketiga-tiga banduan dan terkejut apabila diberitahu kesalahannya hanya kerana mencuri sebiji telur untuk isterinya yang sedang mengidam.

Perasaan takut mula timbul dalam diri masing-masing apabila diberi pilihan cara bagaimana mereka mahu menerima hukuman mati dalam masa 15 minit.

Pelbagai idea diberikan setiap mereka yang akhirnya Kar El secara spontan telah memilih cara digantung.

Kali ini Gejolak dibarisi pelajar Jabatan Seni Teater Sekolah Teknologi, Media dan Seni, Kolej Yayasan Melaka (KYM), Norhan Fahnie Ahmad Mahmud, Norazida Ibrahim dan Laheera Anastasia Badarolsam dan pensyarah mereka, Mohd. Zamri Mohamad.

Ia dianjurkan sekumpulan 27 pelajar semester empat Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Alor Gajah, Melaka.

Sementara itu, pengarah projek kumpulan itu, Syed Abdul Rahman Syed Baharuddin berkata, kumpulannya memilih untuk menganjurkan teater kerana inginkan kelainan dengan menyampaikan mesej dalam bentuk hiburan.

"Sebelum ini, kami bercadang untuk menganjurkan ceramah tetapi akhirnya kami mengambil keputusan pentaskan teater kerana ia lebih menarik.

"Walaupun tanpa pengalaman, alhamdulillah teater ini mendapat sambutan daripada pelajar," katanya.

Seorang pelajar yang bertanggungjawab mencari penaja, Nabila Iryani Ahmad berkata, dia banyak belajar kemahiran berkomunikasi untuk mendapatkan tajaan.

"Pengalaman paling menarik, kami pernah dihalau oleh beberapa syarikat yang tidak menyenangi kedatangan kami, malah ada juga yang mengherdik.

"Namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk memastikan kejayaan projek ini," katanya.
Dalam pada itu, Koordinator Program, Zaini Sa'at, berkata, beliau amat bangga dengan kemampuan pelajar-pelajarnya itu yang berjaya menganjurkan satu persembahan teater yang menarik meskipun ia merupakan pertama kali diadakan di kampus tersebut.

"Projek ini adalah sebahagian daripada penilaian bagi kursus Penganjuran Acara dan bagi saya, mereka telah melakukannya dengan baik sekali," katanya.

4 ulasan:

kak lenny berkata...

tahniah bro! Sekarang ko dah pasti kau nak duduk kat mana kan???

*wink wink*

malau berkata...

Ya sis..
Trimas banyak2...
Moga jalan kita yang akan kita tempuhi nanti lebih disinari cahaya

wawi berkata...

good luck bro... aku tumpang bangga dengan ko bro... my bro.. pasal aku perangai agak dah tak seperti dulu, maksud aku dah gile2 skgan ni, harap x kisah ek.. one day aku akan bangga kan family kita cam ko jugak..

mizahanafi berkata...

well done abg zmri...
happy 4 you:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...