Sambung Sembang

Pagi tadi, dalam kesibukan orang lain berborak pasal akademik, kami sibuk berborak pasal projek CINTA MERCEDES dan CINTA 100. Ini semua berlaku di kafeteria ala restoran hak milik KYM. Ada pertukaran harus dilakukan. Kali ini pertukaran cerita dan tambahan watak berlaku.

Percintaan antara Halim (bukan nama sebenar) dengan Zakiah ( Bukan nama sebenar ) diganggu oleh pihak ketiga. Ada seorang lelaki cuba untuk mencabar kejantanan Halim. Aiman (bukan nama sebenar) seorang lelaki macho yang pendiam, rupa-rupanya mengadakan hubungan tersembunyi dengan Zakiah. Ini berlaku tanpa diketahui oleh Halim dan saudara mara terdekat.

Maka dari itu, tercetuslah satu pergelutan cinta antara mereka. Zakiah menyukai kedua-duanya. Zakiah suka dengan macho pendiam Aiman. Zakiah juga suka melihat gelak tawa si Halim. Halim tidak mengetahu akan hal ini. Kerana sayang dan cinta, Zakiah dilihat segalanya sempurna. Zakiah pula bukan sengaja untuk menduakan Halim. Namun, pertemuan antara Aiman adalah sesuatu yang diluar jangkaan.

Cinta antara zakiah dan Halim bermula ketika Si Halim melintas jalan untuk ke mesin ATM. Tiba-tiba datang sebuiah kereta tanpa enjin kuat menghala laju ke arah Halim. Sebuah mercedes tanpa bunyi enjin telah mengejutkan Halim. Berterabur barang yang sedang di bawa Halim. Mercedes sempat di break. Hampir-hampir melanggar kepala iaitu kepala lutut Halim. Halim menjerit, disangkanya hayatnya sudah tamat. Rupanya mercedes sempat menggunakan break angin yang diimport dari Jerman. Kereta berhenti mengejut tanpa pemandunya terkejut. Pak Guard yang menjaga ATM di situ sempat berdialog " Fuhh...nasib baik Mercedes, kalaulah Iswara tadi, lunyai budak tu kena langgar". Pak Guard yang sorang lagi disebelahnya gelak kecil sambil berkata " Ada gak Pak Guard yang nak kena pelempang ni. time ni lah dia nak baut lawak bodoh. Orang dok Terkesima ngan kejadian ni, dia plak sempat fikir pasal kalaulah".
Mercedes diberhentikan, pintu dibuka. datang pula angin dari mana ntah. Halim yang duduk bersimpuh di atas jalan memandang ke pintu kereta. Rambutnya sedikit terbang dilanggar angin yang entah dari mana. Kaki pemandu dikeluarkan. Shot dari lantai jalan. Angin makin kuat. Menerbangkan bersama daun-daun pokok yang dicampakkan oleh krew produksi.
Pastu ada la lagi adegan-adegan menyayat hati. Yang tu nanti pengarah buat la ek. Sambung balik ...Pastu pemandu tu keluar. Rupanya perempuan. Itulah Zakiah. Tiba-tiba masuk pulak lagu latar Zakiah nyanyian Hattan. Lagu ni dari pondok pak Guard yang kebetulan radio tengah pasang lagu tu. Zakiah dan Halim terpandang antara satu sama lain. Mata bertemu mata. Jantung berdetup kencang. Kamera panning sehingga pening. Sini mungkin boleh buat ala-ala hero matrik tengah menendang pastu kamera panning. Pakai shot yang sama.
Halim terkedu. Terpegun pun ada. Dalam hati dia mengharapkan Perempuan itu datang membantu mengangkatnya. Zakiah melangkah dua tiga tapak perlahan ke arahnya. Tiba-tiba, ntah dari mana, bahunya Halim di tarik ke atas. Rupa-rupanya Aiman yang tarik dia ke atas....
Cerita ni bersambung nanti...
SELINGAN :
Show Teater Jalan Yang Benar.
Projek Penilaian Kecil untuk pelajar Teknik Asas lakon, Pengurusan, Rekabentuk Pentas dan beberapa subjek lain.

STMS KECOH !!

Suasana pagi ni kecoh sikit. Semua geng STMS jadi kelam kabut. Berasal dari sembang kedai kopi, akhirnya ianya menjadi juta.

Kami di STMS pening. Pagi yang sebelumnya hening bertukar menjadi kelam kabut. Semua berhempas pulas untuk memikirkan projek terbaru. Dua buah telemovie terbaru kena siapkan cepat. Tajuk sudah ada, tapi skrip belum ada. movie pertama bertajuk CINTA MERCEDES manakala movie kedua KERANA 100. Kedua-duanya dilhamkan dari kisah sebenar yang memang berlaku. dan sedang berlaku...

Mana nak cari bajet, mana nak cari talent, mana nak cari team, bila nak buat skrip, bila nak start shooting. Aduuhhhhh...pening dibuatnya...

...citer ni akan bersambung dalam post akan datang. Apa yang akan berlaku lepas ni, sama2 kita tunggu. Saya nak tukar topik lain.

Topik lain.

Semalam aku dah selesaikan satu malam show kat Taman Budaya. Malam ni ada satu lagi. Malam terakhir. Semalam ok dalam tak ok. Kalau diberi peluang, banyak benda yang boleh direpair. Lakonan, teknikal dan pengurusan. Aku tak pernah bekerja dengan penggiat teater di Melaka. Inilah projek pertama aku. melalui projek ini, aku kenal dan tau semangat orang sini. Ada yang ok dan ada yang tak ok. Aku suka dengan semngat ahli kumpulan yang buat show semalam. Setelah latihan beberapa minggu, setelah pelakon bertukar, akhirnya show dapat dipersembahkan.

dalam produksi ini mungkin tidak dititikberatkan dari segi pengurusan. rata-rata lebih diberatkan kepada persembahan di atas pentas. Persediaan lain, masih banyak yang perlu dibaiki. Selain pengurusan, disiplin pentas juga penting. Sama ada kepada pelakon atau tenaga produksi yang lain.

Aku harap show malam ni akan lebih ok berbanding yang semalam. PEtang nanti kami akan repair yang mana patut repair. Terutamanya part terakhir.

Lupa plak nak citer pasal tajuk show. Tajuknya : DEWAN PERSIDANGAN. Skrip yang diolah semula oleh Kak Lenny (Lenny Erwan). Teater ini diarahkan oleh Azrul Razilah. Aaku jadi pengarah lakon untuk teater ini. Selain tu aku jugak memegang watak sebagai Pemilik Itik Angsa.

...alamak kena cau dulu. Sambung nanti

Aduhh...

Salam.

Semakin hari, semakin banyak benda yang harus difikirkan dan dilakukan. Memang dari awal aku dah persiapkan diri untuk menghadapi alam pekerjaan. Sejak sekolah rendah lagi aku dah biasa bekerja dan menjadi kuli suruhan. Bapak aku mengajar aku masuk hutan, kerja dengan orang. Tapi sekarang berlainan sama sekali. Apa yang kita rancang dan PREPARE, tak semestinya semua menjadi. Adakalanya kita kena mengikut arus spontan kehidupan.

Kerja aku makin bertambah. Tugasan banyak yang tertangguh. Orang kata semakin hari semangat semakin tinggi, tapi semangat aku semakin berkurang. Bukan disebabkan diri aku. Tapi disebabkan persekitaran di sini. Di sini aku bebas berkarya. Tapi otak tak bebas bekerja.

Dah lama aku tak update blog ni. yang paling akhir adalah seperti entri di bawah ni. Semasa lima hari puasa. Sepanjang tempoh tersebut, bermacam perkara telah aku lalui.

Hari raya, projek pertengahan pelajar, kelas yang pelajar semakin bertambah, projek KYM, dan projek yang aku tak tau ianya perlu atau tak.

Sekarang aku pening kepala dengan tugasan pemangku ketua jabatan teater. Banyak benda yang aku masih belajar. Aku baru jer nak belajar jadi pengajar. Tapi kena pulak jaga Jabatan Seni Teater. Mulanya aku menolak, tapi disebabkan pensyarah teater tak ramai, maka akulah yang terkena. Sebab aku FULL TIME mengajar teater. Pensyarah lain ada yang mengajar jabatan Media dan Animasi.

31 Oktober nanti KYM akan mengadakan makan malam konvokesyen. AKu dilantik sebagai AJK persembahan. Asalnya aku menolak jawatan tersebut kerana bertindih dengan show teater di Taman Budaya Melaka. tapi aku terpaksa mengalah, sebab ini kerja KYM. Aku kena dahulukan kerja KYM. Nasib baik juga, pihak pengurusan Taman Budaya sanggup menunda persembahan ke tarikh lain iaitu pada 6 dan 7 November. Asalnya aku nak tarik diri, tapi Azrul berkeras nak aku sertai. Aku malu dengan diaorang. Kerana aku, diaorang tunda show.

Pada 3 dan 4 Disember pulak team Teater Melaka iaitu group KYM akan mengadakan persembahan sekali lagi untuk saringan ke Kebangsaan. Aku ingat nak mulakan latihan minggu lepas. Tapi banyak benda yang bertindih. Jadi, aku terpaksa mulakan latihan selepas 7 haribulan. Sebenarnya banyak benda yang aku perlu mantapkan dalam produksi Gejolak dan Denyut. Sebab aku rasa masih belum mencapai taraf geng-geng teater di KL, walaupun sebenarnya geng teater di KL ada yang yang sama dengan Melaka.

Kak Lenny, Kak Isma dan Puan Ros berkali-kali mengajak aku untuk menonton projek akhir pelajar drama di Universiti Malaya. Aku nak sangat pergi. Tapi disebabkan kekangan masa dan tenaga. Terkilan jugak sebab aku tak sempat nak datang menonton persembahan Kak Isma. Soriiii...

Pasal kerja...
Aku akan lebih semangat kerja kalau permohonan aku untuk menambah seorang lagi pensyarah di Jabatan Teater mendaopat kelulusan Datuk CEO. Alasan Datuk sebelum ini adalah kerana pelajar teater tak ramai. Tapi bagi orang yang biasa dengan proses teater, tentu akan menyokong aku. Pengajaran dan pembelajaran subjek teater tidak sama dengan subjek lain. Ini kerana bukanyya 100 % teori. Selain belajar teori, pelajar perlu mempraktikkan apa yaang dipelajarinya. Adakalanya terpaksa mengadakan latihan tambahan.

Aku masuk kerja pukul 8 pagi, adakalanya balik ke rumah jam 12 tengah malam. Sebab ada latihan. Adakalanya 7 hari seminggu aku dihabiskan dengan latihan. Bagi orang yang faham, dia tak akan bertanya banyak. Tapi bagi yang buta teater, banyak benda yang nak dipersoalkan.

Aku bukan nak merungut dengan kerja aku. cuma nak bagitau supaya orang yang tak faham menjadi faham. Ada pensyarah atau kakitangan lain yang minta bayar OT atas kerja lebih masa. Fuuuhhh..kalau aku minta OT jugak, aku hampir menewaskan gaji Pegawai Kebudayaan 41 yang pernah aku ditawarkan dulu di ASWARA. Tapi bukan itu yang aku harapkan. Aku suka dengan kerja aku. Aku suka dengan teater. Aku dah biasa dengan latihan setiap hari selama berbulan-bulan. Cuma sekarang aku harap datuk faham yang aku perlukan seorang lagi pensyarah teater yang tetap supaya Jabatan seni teater menjadi semakin sistematik dan mantap. Supaya aku dapat membahagikan tugas pengurusan dan praktikal. Bukan itu sahaja, ini untuk kebaikan pelajar juga. Aku tak mampu nak jaga semua pelajar jika dibahagikan kepada beberapa kumpulan persembahan. Please Datuk!!!!

Panjang ler plak.

LIMA HARI PUASA

Selamat berbuka sekejap lagi. Kat sini (Melaka) hujan lebat, jadi tidak berpeluang untuk menghabiskan duit di bazar ramadan.

Sejak akhir-akhir ini, jarang benar aku memperbaharui info di blog ini. Nak kata sibuk, sepanjang bulan ramadhan ni, tak la sibuk sangat. Cuma sibuk ngan hal yang tak sepatutnya. Sekarang ni pelajar-pelajar aku cuti pertengahan semester. KElas tak der. Banyak la masa free.

Bila tengok orang lain balik kampung dan dapat berbuka bersama keluarga, aku rasa cemburu pulak. Ye lah, aku nak balik jauh. Lagipun kerja. Kalau aku balik, kena pandu kereta 12 jam. Penat jugak tu. Jadi aku batalkan cemburu aku tu. Berpuasa saja di Melaka bandaraya bersejarah ni. Ini adalah kali pertama aku berpuasa di sini.

Situasinya sama seperti aku berpuasa di KL dulu. Dulu aku bujang dan sekarang masih bujang. Cuma bezanya dulu aku bersama Wan dan Faiz. Kami sama-sama beli makanan di Bazar Pantai Dalam atau Pj Seksyen 17. Kini aku bersama teman serumah aku, Wan gak, tapi Wan Iqmahl. Setakat ni, boleh dikatakan setiap hari kami beli nasi dan kuih di bazar. Biasalah, orang bujang kan.

Minggu depan aku, Wan Iqmahl dan En.Zack akan berpindah ke rumah baru. Sebab rumah yang aku duduki sekarang akan direpair atapnya. Jadi, kami terpaksa keluar. Rumah baru kami nanti adalah di Taman Sentosa dekat Melaka Mall. Rumah tu besar la jugak. Sewa pun tinggi sikit berbanding rumah lama di Bukit Baru.