Bertempat di Gelanggang Futsal 1 Malaysia, pada tanggal tarikh ini telah berlangsungnya KEJOHANAN FUTSAL 1 MALAYSIA PUTRAJAYA 2011. Kejohanan ini melibatkan 64 pasukan dari seluruh pelusuk Malaysia seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, Melaka, Selangor dan lain-lain.
Dari 64 pasukan yang bertanding bagi kategori lelaki, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka Telah menghantar 5 pasukan. Manakala 1 pasukan untuk kategori wanita. Ini merupakan IPT yang menghantar paling banyak penyertaan.
- Aura Production FC
- Barracuda FC KAYM
- Ashiteru FC KAYM
- Ole Tempo FC KAYM
- ICYM
- Awan Nano FC KAYM
Kesemua pasukan yang bertanding berjaya memenangi perlawanan peringkat liga dan dapat melayakkan diri untuk berada di pusingan kedua.
Manakala juara untuk pertandingan ini dimenangi oleh Pasukan dari UiTM Shah Alam. Pasukan ini membawa pulang hadiah wang tunai RM3000 + hamper +medal.
Inilah pasukan Aura Production FC yang kesemuanya mempunyai bakat dan skills tersendiri kecuali pengurus pasukan yang tak pandai menggelecek bola. Berdiri dari kiri - Endy, Malau, Kimie, Hazwan, Pijie. Duduk dari kiri - Lan, Anip, Ijoi.
3 ulasan:
ehhh..sapa ckp pengurus tak pandai gelecek bola..pengurus lagi terer..pakai tangan je...
amboiii..tanpa nama. tu pengurus lain. tapi pengurus ni x gitu. sekadar tengok anak buah main jer..hihi
eleh pengurus ni. taknak naku plak dia..
Catat Ulasan