Pengikut

Jumaat, 10 Ogos 2012

CETAKAN SILK SCREEN : T-SHIRT


Alhamdulillah, kami mengorak selangkah lagi dalam percetakan t-shirt. Jika dahulu menggunakan teknik cetakan heat press ataupun menggunakan teknik tampalan vinyl sticker, tapi kali ini kami sudah mampu untuk membuat cetakan menggunakan silk screen.

Cetakan jenis ini lebih tahan kualiti rekaan berbanding yang sebelumnya. Selain itu, harga juga lebih murah berbanding cetakan jenis lain. Nanti saya akan perturunkan teknik asas untuk mengira harga baju menggunakan teknik silk screen ini. Formula ni hanya kami yang gunakan.Orang lain pun ada buat jugak. Tapi harga lain la.

Silk screen akan menggunakan block sebagai acuan untuk setiap cetakan. Jadi bagi mereka yang ingin menempah dalam kuantiti yang banyak digalakkan untuk membuat cetakan jenis ini. Semakin banyak kuantiti baju ditempah, harga akan semakin murah.

Tapi awas!! Jika kuantiti di bawah kiraan 5, maka harga baju akan menjadi mahal. Ini kerana harga caj block pemidang yang membuatkan harga sebegitu. Untuk setiap cetakan yang mengunakan satu warna, maka satu block pemidang sahaja yang akan digunakan. Tapi kalau melebihi satu warna, maka akan ada pertambahan block.

 

Kebiasaannya caj untuk sebuah pemidang block diambil sekitar RM50 bagi satu-satu block yang bersaiz A4. Tapi untuk tempahan dengan saya, anda hanya perlu membayar kepada saya untuk caj block sebanyak RM35 sahaja. Tetapi kalau saiz berkurangan, maka harga akan berkurang. Bergantung kepada bilangan tempahan dan tolak ansur..huhu.




Setelah beberapa kali melakukan ujian dan eksperimen, akhirnya saya berani untuk membuka tempahan kepada orang ramai. Tetapi tempahan ini juga haruslah melihat bentuk design yang anda inginkan. Saya tidak menjanjikan untuk design yang melebihi 3 warna atau design yang terlalu rumit.Belum mampu lagi setakat ni. Sebelum menerima tempahan, saya akan melihat rekaan/ design terlebih dahulu.






Formula pengiraan untuk anda yang ingin menempah baju jenis silk screen ialah : 

Caj Block RM35 bahagi bilangan baju + RM2 untuk satu warna.

Contoh pengiraan untuk 10 helai baju dengan cetakan satu warna.

RM35 ÷ 10 + RM2 = RM 5.50

Jadi caj untuk setiap cetakan bagi sehelai baju yang tidak termasuk harga baju ialah RM5.50 sahaja.



Jadi bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan, boleh diajukan kepada kami di talian 010-2496174 atau melalui e-mail malau_77@yahoo.com. Sebarang pertanyaan sebelum tempahan juga digalakkan.










9 ulasan:

Razlan Ab Razak berkata...

baguih matje baguih..kawe pong nak jugok baju nanti...

MALAU berkata...

terpaksa bekorje koraih skit untuk kesenangan di maso dopan..huhu..molek2..meh la tempah 100 helai setiap minggu..

MALAU berkata...

terpaksa bekorje koraih skit untuk kesenangan di maso dopan..huhu..molek2..meh la tempah 100 helai setiap minggu..

DilaMilin berkata...

waahh..blh tempah ni..hehe..

MALAU berkata...

dilamilin...boleh ajo..memy buat untuk di tempah pun..huuuhu

Tanpa Nama berkata...

If a nаtural disaster ѕtrikes, are you
prеpaгed for it? If the answer is nο, tаke
а looκ at thіs fгеe guiԁe оn survival аt
http://survive.tοp-infoгmation.net/
Also visit my homepage :: Get Past Weight Loss Plateau Point In Your Diet/Exercise Program - dieting plateau low carb diet

Tanpa Nama berkata...

kalo nak order blok je boleh x bang?
emel fastardus@yahoo.com
012-4493677

MALAU berkata...

untuk blok sahaja kami tak buat. sebab blok yang digunakan ni akan kami guna semula.

Unknown berkata...

Kemah boh....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...