Semalam saat melewati beberapa bazar ramadhan, pengunjung dan penjual sudah agak lenggang. Mungkin dah balik ke kampung masing masing. Mungkin juga tengah sibuk mengecat rumah, membeli pakaian raya atau membuat kuih raya. Apapun pesanan untuk diri sendiri dan yang lainnya, berjimat cermatlah kita. Bukan apa, kang nanti pokai pula lepas raya nanti. Maklumlah sesetengah pekerja sama ada kerajaan atau swasta telah diberikan gaji awal. Nak tunggu gaji bulan depan amatlah lama.
Hari ini kalau tiada aral melintang maka aku akan bergerak menuju ke kampung tercinta. Kampung Lata Rek, Kuala Krai Kelantan.Perjalanan balik bersama dua orang lagi adik aku yang sedang belajar kat Melaka ini diharapkan lancar dan sempurna. Harap-harap juga jalan tidak sesak. Tahun ni aku balik melewati jalan KL-Karak-Bentong-Raub-Lipis-Gua Musang. Jika tahun-tahun yang lepas aku melalui jalan Kuantan- Terengganu-KB, tapi tidak untuk tahun ni. Ada sebab untuk aku tidak melalui jalan sana. Lagipun jalan itu agak panjang tempohnya. Lama. Jadi kalau ikut KL dekat sedikit. Kena tol.
Dikesempatan menjelang raya nanti, ingin sekali aku untuk memohon berjuta kemaafan dari semua orang. Mungkin banyak dosa yang telah aku lakukan kepada yang lainnya. Mungkin tak disengajakan, meungkin disengajakan. Biasalah kita ni manusia, sering melakukan kesilapan.
Kepada rakan-rakan sekerja di School of Media Technology and Art (SMART) Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka, maaf atas gurauan yang terlebih. Juga kadangkala kata-kata yang tidak disengajakan. Kadangkala juga terlebih gurauan.Apapaun aku seronok bekerja bersama kalian. Ini juga menjadi penyebab untuk aku terus bermastautin di KAYM dan Melaka. Selamat hari raya kepada En. Sahban selaku dekan, En. Hassan selaku Ketua Jabatan Media, Encik Razlan, Encik Saifolazni, En. AB, Puan Natrah, Puan Sarimah, Puan Farizan, Cik Nurul Haiyu, Cik Zaleha, En.Ady dan pembantu tadbir sementara Kak Liza. semoga keutuhan dalam kerja dan di luar kerja antara kita lebih erat.
Kepada sahabat yang pernah bekerja di sini iaitu bekas Dekan SMART Encik Nawawi dan Encik Abd Malik, juga tidak dilupakan. Kepada dua lagi sahabat yang sedang bertungkus lumus di tempat yang baru iaitu Encik Taka dan encik Ramley, semoga persahabatan kita terus kekal walaupun berbeza bumbung.
Selamat hari raya seterusnya ditujukan bersama lagu Suasana Di Hari Raya yang boleh dilihat dan didengar di Youtube. Ucapan kepada pelajar-pelajar Jabatan Seni Teater yang mengambil Diploma Teknologi Seni Teater sama ada yang sedang belajar dan yang sudah tamat pengajian semoga kalian terus bersemangat. sama seperti semangatnya kalian setiap kali kita mengadakan pementasan teater. Walaupun kita tak ramai dan kerdil, tapi kita adalah keluarga yang besar setiap kali projek diadakan.
Ucapan Selamat Hari Raya yang ini pula ditujukan seperti ucapan di stesen radio. Kepada keluarga yang berada di kampung halaman, tunggu kepulanganku nanti. Kepada ma dan abah, anakmu akan balik beraya bersama. Moga raya kita meriah dan lebih meriah.
Tidak lupa juga ucapan melalui bintang di langit ditujukan kepada bekas-bekas makwe. Moga kalian terus gembira dengan cara kalian sekarang. Mohon maaf segala salah silap sepanjang kita kenal. Bukan rezeki dan jodoh kita untuk hidup bersama. Yang dah ada suami tu jagalah suami baik-baik. jangan tinggikan suara atau melawan cakap suami. Kenangan bersama anda takkan dilupakan sampai bila-bila. Kerana dari situ kita belajar tentang cinta dan tentang kehidupan. Kita juga belajar macam mana untuk menghargai apa yang ada. Juga belajar untuk saling percaya dan mempercayai.
Kepada buah hati sekarang, terima kasih kerana hadir dalam hidupku sekarang. Terimalah diriku ini seadanya. Begitu juga diriku menerima kamu seadanya. sinar kebahagiaan yang lebih gemilang akan menjelma nanti. Yang lepas sama-sama kita jadikan pengajaran untuk kehidupan di masa hadapan.
Tidak lupa juga kawan-kawan teater yang masih lagi utuh dibenakku. Kawan-kawan teater di KL dan juga kawan-kawan yang sama menuntut di UM dulu. Maaf sebab tahun ni tak dapat nak berbuka sama-sama. ada kekangan yang membataskan. Nanti kita jumpa kat majlis raya ya. Selamat hari raya buat Kak Lenny, Abg Nasri, Kak Rai, Wazir, Kak Jaa, Intan, Remy, Nina, Ridz J, Eddy dan yang lainnya yang tidak disebutkan nama. Rakan-rakan dari Mekar Budaya Production KL.
Kepada rakan-rakan teater Melaka juga semoga akan melimpah ruah persembahan teater lepas raya nanti. Jangan teruskan dengan semangat yang rendah. Kita pertingkatkan. Festival Monolog akan kita jalankan lepas raya nanti. Jadi bersedia untuk sama-sama memberi gegaran kepada diri sendiri dan Melaka.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA. MAAF ZAHIR DAN BATIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan