Pensyarah Penyelaras, Cik Salomi A/P simon memberitahu, penganjuran program itu bertujuan melatih pelajar-pelajar untuk menganjurkan program sebenar dengan pihak luar bukan hanya setakat belajar di dalam bilik kuliah semata-mata.
Menurutnya lagi, penganjuran program seumpama itu memberi pengalaman kepada pelajar melakukan sendiri proses gerak kerja dari awal hinggalah program berakhir termasuk penyediaan kertas kerja, mengadakan temujanji dengan rumah anak yatim, mencari tajaan dan mengatur aktiviti.
Program seumpama itu diharap dapat memberi pendedahan kepada pelajar terhadap situsasi serta poermasalahan sebenar masyarakat disamping menerapkan rasa tanggungjawab dalam diri mereka.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi 40 anak yatim berusia dari 7 hingga 12 tahun. Program dimulakan dengan acara suaikenal pelajar-pelajar terlibat dengan anak-anak yatim sebelum majlis Perasmian oleh Dekan SMART yang turut dihadiri oleh Pengasas Rumah Anak-Anak Yatim Darul Aitam Datuk Haji Idris Bin Talib Al-Hafiz.
Aktiviti diteruskan dengan aktiviti permainan dan melukis dalam kumpulan sebelum persembahan 'puppet' oleh pelajar-pelajar Diploma Teknologi Animasi yang ternyata menarik perhatian dan sekaligus menghiburkan anak-anak yatim.
Majlis penutup telah dirasmikan oleh Pengarah Bahagian IPT Jabatan Ketua Menteri Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen dan seterusnya menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan makanan serta bahan bacaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan