Pengikut

Isnin, 6 Februari 2012

CONTOH QUE SHEET

Apa itu que sheet? Bagi yang selalu terlibat dengan kerja-kerja belakang tabir untuk sesebuah persembahan teater atau persembahan pentas, que sheet menjadi panduan untuk tindakan semasa persembahan berlangsung. Que sheet ini akan digerakkan oleh kepala persembahan pada masa itu iaitu pengurus pentas.

Jadi, setiap ahli belakang tabir yang terlibat dalam persembahan ini akan melakukan persediaan berdasarkan que yang telah dibuat oleh pengurus pentas. Que sheet ini juga penting untuk seluruh tenaga produksi bersiap sedia dengan peranan masing-masing tanpa diberitahu berulang kali. Hanya menunggu masa kata 'on' dari pengurus pentas.

Ada banyak bentuk que sheet. Bergantung kepada produksi dan si pembuat itu sendiri. Asalkan isinya difahami oleh orang yang akan menjalankan que itu nanti.

Que sheet ini wujud akibat terdapat beberapa perkara atau tindakan yang harus dilakukan serentak atau selepas itu. Jadi dengan adanya que sheet, dapat membantu setiap ahli yang terlibat supaya bersedia dan tahu peranan yang harus dilakukan.

Di bawah ini adalah contoh que sheet yang simple sebagai panduan anda. Ini ialah que sheet yang saya ubahsuai sendiri untuk majlis makan malam konvo KAYM yang lepas.




Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...