Pengikut

Selasa, 20 Mei 2008

TAWARAN

Sejak saya balik kg ni, rasanya banyak plak dapat tawaran keje atau carma. Masa saya dok KL secara hampir tetap aritu, tak banyak plak. Ada, tapi banyak keje amal. bukan tak nak terima, tapi saya nak hidup macam orang lain gak. sekali sekala bleh la. Ari ni sy dapat satu lagi tawaran baru. Keje wat design buku n susun atur pengisian dalamnya. Tawaran keje secara kontrak selama 3 bulan katanya. Sekarang ni saya ngah pikir nak terima ke tak. Memandangkan keje kat kg ni pun tengah masyuk. Tapi yg design buku tu adalah satu benda yang saya minat. Saya bleh ngadap komputer selama 12 jam tanpa henti kalau bab2 design ni.

sy tak pasti nak terima ke tak. Sebab saya tak yakin dengan kemampuan diri. Buku yang nak dibuat ni adalah bukannya untuk dibaca oleh 2 3 orang, tapi untuk lebih dari seribu orang. Menurut orang yang menawarkan keje ni, dia kata keje simple n senang je. buat design skit, pastu buat pengisisan dalaman buku tersebut. Saya boleh buat, tapi tak pasti dapat penuhi kehendak penerbit tak. Besok saya kena wat keputusan. Sebab kalau saya tak nak, dia nak cari orang lain. Terima ke tak ek?Keje sekarang memang keje guna tenaga, keje tengah panas terik, kadangkala hujan...tapi masyuknya lumayan n berbaloi. Yang design ni plak, keje dalam ofis, ada aircond, gaji plak saya tak deal lagi. tak tau nak letak berapa harga ngan kemampuan saya.

Minggu lepas plak saya dapat tawaran blakon dalam teater yang pernah menjadi musuh pertandingan di FTKL 08' aritu. Teater Tunku Kudin. Group ini berjaya mewakili Kuala Lumpur untuk Festival teater Malaysia. Sebenarnya tawaran ini diperolehi sejak lama dahulu lagi. Sebelum pertandingan FTKL lagi. Tapi pada masa itu, saya tak tertarik dan saya lebih berminat ngan Melati dan Melur. Ada sesuatu yang saya cari di sana. Dan ader sebab tertentu kenapa saya tolak. Hanya saya dan mereka yang tahu saja yang mengetahui akan hal ini. Untuk ke pertandingan ini mereka amat berminat skali lagi ngan saya. tak tau kenapa plak saya dipanggil.

Saya pun sebenarnya rindu nak balakon teater. Sejak tamatnya Melati dan Melur aritu, saya tak balakon lagi. Buat keje blakang tabir je. Bila tengok orang balakon, rasa rindu plak. Ader tawaran, tapi masa yang membataskan saya. Latihan yang panjang n tiada keje sampingan di KL yang membuatkan saya terpaksa tolak. Takkanla saya nak keje kat KG, pastu malam g KL. Mati saya.tapi kali ini, rasa teringin plak nak join. Tapi ader sesuatu yang menghalang saya untuk terus terlibat. Patutkah saya langgar halangan tersebut?

Sebelum tawaran ini, ader satu lagi tawaran lain. Tawaran dan terimaan.. Tak faham? Gini, sebelum saya balik kg selepas show Patung Kertas aritu, saya dapat satu job. buat prop untuk satu show. Keje ni dah kira dapat. dan memang konpom. Diulang beberapa kali oleh orang yang saya percayai bahawa memang ianya dah dalam tangan. Kawan yang bagi job ni plak dapat dari kawan dia yang merupakan kawan kami gak. Jadi, saya memang mudah percaya kat kawan. sebab kawan tak akan tipu kami. Saya tak mintak pun kontrak ke apa ke. Lepas tu, kawan saya menyuruh saya cari 2 orang lagi bagi mencukupi ahli kami. lalu saya mengajak 2 orang lagi kawan untuk join. maklumlah, niat saya nak bagi-bagi rezeki, tak nak amik sorang. Kami pun memulakanlah keje di peringkat permulaan. Research dan survey. Kami ke sekitar KL untuk dapatkan maklumat dan bahan yang akan digunakan. Lepas tu dapat la skit2. Sok lusanya g miting skali lagi. yang kawan kepada kawan kami setuju ngan bahan n maklumat yang kami berikan. Jadi, kami bleh mulakan proses membeli barang, bahan dan menokok tambah barang tersebut mengikut kehendak kawan kepada kawan saya tu. Tapi, kami kena tunggu duit untuk beli barang tersebut. Dia menjanjikan untuk memberikan kami duit untuk beli barang prop. Kami pun tunggu. Tunggulah kami selama beberapa hari sehingga melebihi hari yang ditetapkan untuk memberikan duit bli prop. Saya plak tak tau nak bagitau macam mana kepada 2 orang kawan yang saya ajak sama2 tu. Kesian kat diaorang tunggu job ni tapi tak nampak apa2 lagi. kami tak bleh jalan job ni sebab tak dapat duit. Maka tunggulah. 2 kawan saya tu tanya lagi 'bila nak start, macam mana, jadi ke tak'. Saya tak tau nak jawab apa. sebab saya pun tak tau apa2. saya jadi serba salah. Saya kesian kat 2 kawan ni. Dia rela tolak n tak terima job lain sebab tunggu job ni. Sepatutnya dia orang berada di luar KL. tapi sebab job ni, diaorang datang KL semata-mata job yang diucapkan konpom banyak kali oleh saya n kawan saya.Jadi diaorang tunggu la keje ni. Duduk umah, bangun tido, abiskan duit. nak trimer job lain tak bleh, sebab dah janji ngan job ni.

Tupp..tupp..saya balik kg dulu. sebab saya pun dok menuggu saja2 di KL, tidur bangun n jalan2 x tentu arah. Kalau dok kat kg, saya dah bleh kumpul duit ngan keje biasa saya. Pada tarikh tersebut sebenarnya saya sepatutnya di kg. Wat keje ngan abang saya. Tapi saya minta cuti dipanjangkan skit lagi. Last2 saya pun balik. saya harap kawan saya tu akan bagitau bila dah dapat duit. Tapi, selepas 2 3 ari balik kg, saya dapat satu mesej yang amat meruntun jiwa saya. Kita orang tak dapat job tu............................................................... Kawan saya bagitau yang kawannya dah tak memerlukan kami lagi. mungkin dia dah ada prop yang dia nak, ataupun dia bagi job ni kat orang lain. Frust, marah, kecewa n serba salah. Macam mana saya nak bagitau 2 kawan yang saya ajak tu. dulu saya yang beria2 ajak diaorang dan mengatakan konpom. saya kesian kat diaorang sebab tunggu job ni kat KL, last2 projek ni tak jadi. Kalau diaorang terima job lain aritu, dah berbaloi diaorang. dengan berat ati, saya bagitau gak. Dengan penjelasan yang tak terperinci, saya bagitau. saya rasa bersalah yang amat sangat kat diaorang. saya malu dan kecewa. dalam hal ni, saya tak salahkan kawan yang bagi job ni. Sebab job ni kawan saya dapat dari kawannya yang merupakan kawan kami gak. Kes ni senyap gitu je... Tutup buku. tapi hati tak tutup agi. Bukan dendam, tapi peringatan untuk masa depan. Kawan yang utama yang bagi job kepada kawan saya ni tak tau hal kami yang ujung2 ni. Dia bertindak ikut kehendak dia. Ya lah, dia penerbit, kami keje untuk dia. Tapi kesian la kat kami yang tolak job lain sebab nak tolong dia. Sekurang2nya bagi la penjelasan terperinci. Ini tak,.......

Bukan sekali ni je saya dapat job atau tawaran macam haprak ni. Masa nak, beria-ia. tapi dah tak nak, buat bodoh je. Dulu saya pernah gak dapat tawaran balakon drama untuk beberapa scene. lebih dari 10 scene. masa tu saya baru lagi. baru nak himpit2 ngan drama TV. Teruja la sebab dapat job ni. Maklumlah, orang baru. Saya dan sorang lagi kawan, buatlah perancangan dan persediaan untuk g shooting. Date n shooting dah ditetapkan. Kami akan dipanggil nanti untuk bagi skrip dan perbincangan sebelum ke lokasi. PM ni kata, tunggu la, dia akan bagitau. sampailah ke hari nak shooting, kami tak dipanggil pun untuk bagi skrip. Kami terus menunggu. Pada pemikiran kami, mungkin akan dibincangkan terus di lokasi. tapi sehinggalah beberapa minggu lepas date shooting, kami tidak menerima apa2 berita. Mesej tak berbalas, call tak berjawab. Frust. sebab kami dah buat perancangan dan persediaan serta hampir2 untuk menempah chalet dan menolak job lain. Akhirnya..lupakan saja. Beberapa bulan kemudian saya jumpa semula ngan PM tu, saya keluarkan hal ni semula, dia minta maaf, dia kata bukan tak ingat, tapi dia kesian kat kitaorang. dia kata watak kecik, tak berbaloi ngan kitaorang. lagipun shooting d luar KL Kang duit shooting tu abis wat isi minyak je. Kami diam je lah... Tapi rezeki saya, lepas tu dapat job lain. Buat konti untuk drama 26 episod.

Pasal konti ni plak, lepas saya wat Konti untuk drama 26 episod RTM ni, saya dapat plak dua tawaran untuk wat konti gak. Drama episod, tapi saya tolak, Lepas tu saya menyesal plak tolak. Tapi saya tolak time tu sebab terlibat ngan pa ntah dan job kat umah yang tengah banyak.

So, sekarang ni, patut tak saya terima tawaran JOB yang ditawarkan???

2 ulasan:

LENNY ERWAN berkata...

alamak kak lenny dah lambat ek nak bagi pendapat? mesti malau dah buat keputusan kan? apa-apa hal pun buat benda yang you suka malau. Jangan buat benda berdasarkan apa alasan lain selain daripada benda tu you suka. Itu aje kata kuncinya. Pengalaman membuktikan bahawa walaupun benda itu berharga berjuta-juta rupiah tapi kalau kita tak suka maka kita tak akan bahagia melakukannya cewahhh .... bahagia tu penting dalam hidup. Makanan rohani tu ... (bukan rohana) ...

Pasal teater tu, kalau malau nak pergi, pergi leee ... melati tak marah, melur pun tak marah, pengarahnya pun tak marah ... hehehehe ... yang penting HANG SUKA .... kalau tak suka atau ada sikit unsur terpaksa ... maka jangan buat.

hah, pas tu ... apa keputusannya???

malau berkata...

Ntah ler. Tak buat keputusan lagi. Sibuk dok pikir pasal nak exam cikgu pada 24 ni. Soalan pening2. Pusing keliling. Yang teater tu sebab dah lama teringin nak blakon. tu yang rasa nak join. tapi tak tau ler lagi. nanti join teater tu, takder plak duit masuk. cadangnya nak terima Job wat design tu n bila mlm bleh g la latihan kalu nak. tapi yang design tu dah nak start minggu depan. Sy minta tunda ke 1 jun, tapi senyap plak dari diaorang.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...