Pengikut

Khamis, 22 Mei 2008

Aduuhh..MTeST..

Aduhh, lusa 24 Mei aku n kawan-kawan yang lain akan amik MTeST. Tapi aku tak buat apa2 persediaan lagi. Buku contoh soalan dah beli. Cuma tak sempat nak hayati. Banyak sangat hal atau urusan lain yang perlu dilakukan. Kul 9 pagi start keje, kul 8 malam baru balik. Keje sendiri, biasa la. Tak ikut time ofis. Keje sendiri ni, kalau banyak wat keje, banyak yang masyuk, tapi kalau keje ngan orang, banyak atau skit gaji macam tu gak. Lagi kaya tokey ader la.

Setelah dua tiga kali belek buku MTeST (belek je) aku dapati soalannnya senang, tapi nak bagi jawapan tu yang susahnya. Soalan berbelit-belit. Ada beerapa bahagian atau komponen dalam ujian ini. Komponennya adalah
a) Kuantitatif, b) Bahasa Inggeris, c) Insak, d) Analitikal, e) Verbal.

Semuanya memeningkan. INSAK adalah akronim bagi Inventori Sahsiah Keguruan.

Mengikut nota dalam buku MTeST yang dikeluarkan oleh kumpulan Budiaman Sdn. Bhd. Edisi ketiga, INSAK mencakupi soalan yang berhubungan dengan Sikap yang perlu ada pada seorang guru iaitu amanah, taat setia, ikhlas, dedikasi, disiplin, kepekaan, kepimpinan, motivasi, kreatif, inovatof, kawalan emosi, bertanggungjawab dan kematangan fikiran. Selain itu ia berhubung dengan bidang perguruan, psikologi pendidikan, falsafah pendidikan, peranan kementerian Pelajaran Malaysia dan banyak lagi.

Contoh soalan :

1. Saya akan membincangkan soalan peperiksaan sebenar dengan pelajar saya sebelum peperiksaan bagi memastikan kejayaan pelajar.
A. Wajar B. Tidak Wajar

2. Semasa ada mengajar mata pelajaran Sejarah, seoarang pelajar anda telah menyoal dan anda tidak dapat menjawab soalan pelajar anda. Apakah tindakan anda.
a) Saya akan menegur tindakan pelajar tersebut yang selalu dengan sengaja suka bertanya soalan.
b)Saya akan meminta maaf kerana tidak dapat menjawab dan berjanji untuk menjelaskannya dalam kelas yang berikut.

3. Cenderung menyebelahi pihak yang mendapat suara majority.
A. Setuju B. Tidak setuju

Bahagian INSAK mungkin mudah, sebab berdasakan sikap kita, cuba lihat soalan berbentuk analitikal. :

A ialah pakcik kepada B dan C ialah sepupunya

1. Antara penyataan berikut yang manakah adalah tidak benar.
i. A lebih tua dari B
ii. C lebih muda dari A
iii. B lebih tua dari C

A. iii sahaja
B. i dan ii
C. i dan iii
D. i , ii , dan iii

2. Kamal telah dipilih sebagai ketua pengawas sekolah, maka dia mesti seorang pelajar lama sekolah tersebut.
Apakah andaian yang boleh dibuat berhubung kenyataan di atas.
i. Hanya pelajar lama yang mejadi pengawas.
ii. Hanya pelajar lama yang boleh jadi ketua pengawas.
iii. Hanya pengawas sahaja yang boleh jadi pelajar lama.

A. ii sahaja
B. iii sahaja.
C. i dan ii sahaja
D. i dan iii sahaja.

Seorang guru mesti memilih sekurang-kurangnya lapan pelajar iaitu, Hairul, Rosli, Mazlan, Aliff, Nina, Melur, Ilya, Melati, bagi pertandingan kawat kaki di peringkat negeri.

Jika Hairul dipilih, Rosli mesti dipilih.
Mazlan dan Aliff mesti dipilih bersama atau sebaliknya.
Jika Nina dipilih, Aliff tidak boleh dipilih
Samada Nina atau Ilya, tetapi bukan kedua-duanya mesti dipilih.
Melati dan Rosli tidak boleh dipilih bersama jika Ilya dipilih.

3. Berpandukan penyataan di atas, yang manakah antara berikut boleh menjadi senarai tepat bagi pertandingan kawat kaki.
A. Melati, Ilya, Hairul, Melur
B. Melati, Aliff, Mazlan, Melur
C. Nina, Hairul, Rosli, Melur dan Melati
D. Ilya, Mazlan, Aliff, Rosli, Melati

4. Jika Ilya tidak dipilih, penyataan berikut adalah benar kecuali:
A. Hairul terpilih
B. Nina terpilih
C. Mazlan tidak terpilih
D. Aliff tidak terpilih

Ni baru je dua contoh soalan. Banyak lagi soalan yang pening-pening. Jumlah soalan dalam bahagian ni adalah 20 soalan. Masa yang diperuntukan selama 30 minit.

Bahagian kuantitatif pula melibat pengiraan matematik yang merangkumi peratusan, pecahan, kiraan sudut, algebra, geometric yang mencakupi asas-asas matematik sekolah menengah. Dah lama saya tak asah otak dengan asas matematik. Padahal senang je. Tapi tak biasa tu yang menjadikkanya susah.

Bahagian yang saya takut gak adalah bahagian Bahasa Inggeris. BI seperti yang rakan-rakan saya tau, adalah sangat teruk. Tapi teruk bukan pada tahap dewa la. Teruk biasa2 je. Saya paham kadang2 aper yang orang cakap. Cuma nak lontar balik kat dia yang kureng skit.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...