REVIEW SEMINAR ROAD TO HR - 11 FEBRUARI 2017 – HOTEL PREMIERA KL
.
Isi sepanjang seminar Oleh Tuan
Abdul Basit,
Byond Success.
.
Berapa ramai kat sini yang alami masalah berikut :
✘ Tiada masa untuk keluarga
✘ Dia bos dan dia kuli
✘ Hantar barang, ambik barang, beratur di pejabat pos, bungkus barang, ambil order dan sebagainya dibuat seorang diri.
✘ Siapa yang sales banyak tapi untung negatif?
✘ Nak kaya seorang diri
✘ Ego lagi tinggi dari ilmu
.
OK. Kalau anda ada ciri ciri berikut dan nak keluar dari kepompong tu
maka anda boleh teruskan pembacaan. Tapi jika anda sudah selesa dengan
keadaan anda sekarang dan anda sudah rasa ilmu penuh di dada, berhenti
baca. Ianya sangat panjang dan merugikan masa anda.
.
Saya
bukanlah orang yang layak untuk bercakap soal kejayaan dan kekayaan.
Sebab tiada ukuran fizikal yang boleh tunjukkan. Saya Cuma ada keinginan
dan sedang berusaha ke arah itu. Saya pernah bekerja dengan orang lain
dan tekad berhenti kerja dua tahun yang lepas tanpa ada modal untuk
meneruskan perniagaan. Pernah gagal dalam percubaan. Saya cuma ada
semangat untuk jadi lebih baik. Cukup ke? Semangat tak cukup tanpa ada
ilmu. Setahun lebih saya berniaga secara dengan membayar cukai keEGOan.
Sejak akhir akhir ini saja baru ego itu ditolak ke tepi. Jadi jangan
jadikan saya sebagai panduan dalam proses itu.
.
Namun anda
boleh ambil segala isi yang saya dapat masa Seminar Road To HR untuk
menjadi sebahagian dari panduan dan renungan. Selamat membaca dan sama
sama muhasabah diri.
.
Siapa Tuan Abdul Basit ni? Kaya sangat
ke dia? Power ke? Baiklah saya terangakan mana yang saya tahu. Tuan
Abdul Basit merupakan seorang anak muda yang berijwa kental. Lebih muda
dari saya tapi jiwanya lebih besar dari saya. Ilmunya lebih tinggi dari
saya. Egonya lebih rendah dari saya. Seorang yang humble. Ketika saat
perenggan pertama post ini ditulis, beliau telah like dan komen satu
video yang saya letakkan dalam Instagram. Video semut menarik lipas yang
saya ambik depan pintu bilik air rumah saya. Teramat bangga dan
beruntungnya saya bila individu status lebih hebat dari saya komen balas
di Instagram saya yang biasa ini. Anda boleh rujuk instagram saya
dengan nama Malauazam Mohamad. Jadi itulah Tuan Abdul Basit.
.
Insan ini pernah rugi berjuta juta ringgit akibat kesilapan masa lalu.
Kemudiannya bangkit dengan semangat ‘terbang tinggi’. Dalam berusaha
mencari kesilapan diri akhirnya dia berjumpa guru yang terbaik yang
berjaya merubah beliau menjadi seseorang hari ini. Dalam proses itu juga
beliau berjumpa dengan sahabat, rakan kongsi dan penyeri hidup yang
banyak menyokong beliau. Akhirnya hari ini beliau berdiri selaku
Pengerusi Eksekutif kepada Byond Group of Companies yang merangkumi
Byond Holding Sdn Bhd, Byond Success Sdn Bhd dan Byond Printing Sdn Bhd
dan dalam proses membentuk sayapnya ke arah yang lebih besar lagi.
.
Pemilik nama Abdul Basit Abdul Rahim ini menjadi ikon pengurusan masa
kini yang mana berjaya membantu ramai usaha berjaya dan kaya. ‘Guru
Pengurusan Bisnes’ sudah sinonim dengan panggilan itu dan terbukti buat
diri beliau dan ribuan anak muridnya. Pernah susah dan bangkit. Pernah
jatuh dan naik. Pernah susah dan bangkit ubah.
.
Panjang pulak
pengenalan. Tapi itu antara keterujaan saya bila dapat berjumpa depan
depan dan berada dalam kelas Tuan Abdul Basit ini. Selama ini hanya
melihat melalui Facebook dan Media sahaja.
.
Baiklah kita masuk kepada apa yang saya dapat sepanjang seminar sehari tu :
.
✔ Tidak penting siapa yang mulakan. Tetapi yang jauh lebih penting ialah siapa yang ada bersama kita.
.
✔ Selama ini saya takut untuk ambil staff bekerja. Takut tak mampu
bayar gaji dan meletakkan lebih baik saya buat benda lain atas nilai
bayaran gaji tersebut. Itulah kesilapan terbesar saya. Sebab itu banyak
benda yang saya buat sendiri. Saya kuli dan saya bos. Saya beratur di
pejabat pos seharian. Saya ke bandar untuk ambil barang. Saya COD barang
customer sendiri yang jauh dari lokasi asal saya. Sampai bila macam tu?
.
✔ Orang bisnes yang buat kerja sendiri biasanya syok sendiri. Sebab
itulah banyak masuk dan entah ke mana untungnya. Itu juga berlaku dekat
saya sebelum ni.
.
✔ Sebab itu juga kita perlukan team.
Perlukan pekerja. Untuk agihkan tugas agar menjadi ringan, pantas dan
banyak lagi benda yang kita boleh buat. Rezeki penambahan pekerja sama
juga dengan konsep rezeki anak. Allah akan agihkan juga rezeki buat kita
sama ada dalam bentuk nilai, masa, tenaga, atau idea. Jadi jangan takut
untuk ambil pekerja. Percaya pada rezeki Allah dan teruskan usaha.
.
✔ Kita sering mengadu kekuarangan atau ketiadaaan MASA. Dua tahun
berniaga, memang tak cukup masa. Tiga tahun juga tak cukup. Lima tahun
tak cukup. Turun pagi balik petang. Keluar subuh, balik anak dah
nyenyak. Itu ke yang kita nak selamanya?
.
✔ Sebenarnya kita
boleh beli MASA. Bagaimana? Kita tambah staff. Jika ada seorang staff,
kita dah ada masa tambahan 8 jam masa biasa bekerja. Jika dua orang maka
dan 16 jam masa tambahan. Jadi dengan agihan tugas dapat menjadikan
kita ada masa untuk memikirkan hal yang lain.
.
✔ Buang ego.
Tingkatkan ilmu. Menurut Tuan Abdul Basit, ilmu yang semakin banyak
menjadikan ego kita semakin rendah. Jadi jangan pernah takut untuk
membayar yuran kebijaksanaan. Itu lebih baik dari menanggung rugi cukai
kebodohan.
.
✔ Kenapa pekerja berkualiti tak masuk ke syarikat
kita. Jawapannya ialah sebab kita sendiri yang tak berkualiti. Kita
sendiri yang tak nak up kan ilmu kita.
.
✔ Sebagai pemilik
kita perlu lebih fokus kepada konsep K.E.M.B.A.N.G. Anda boleh dapat
detail pecahan kepada akronim tersebut dengan menyertai Seminar akan
datang.
.
✔ Pemilik yang sibuk beratur di pejabat pos atau
yang bertahun kerjanya membungkus plastik pos menjadikan syarikatnya
sukar berkembang.
.
✔ Makin kurang MASA kita maka makin kurang
pendapatakan kita sebenarnya. Sehari hari dirasakan sekejap saja masa
berlalu. Beberapa kerja saja mampu dilakukan sehari hari. Sebab itu kita
Cuma mampu fokus kepada kerja kerja production tanpa sempat untuk buat
kerja marketing, sales dan juga akaun.
.
✔ Sebelum ni kita
lebih kepada Thing To Do. Mulai hari ini tukar ke Thing To Delegated.
Agih kerja. Jangan pulun sorang. Matilanak!
.
✔Kerja kena ada dateline. Wajib ada. Jangan sekejap kerja sekejap ke ‘lain’. Maka ke laut lah kita.
.
✔ Kerja kena ada speed dalam team. Bentukkan staff bekerja ikut
speed. Bukan ikut suka. Yang ni kena masuk seminar untuk detail.
.
✔ Kos menjaga pelanggan sedia ada 6 kali lebih murah berbanding
mendapatkan pelanggan baru. Jadi ingat!. Simpan data dan sentiasa bina
hubungan yang baik.
.
Cukup la rasanya sampai di situ. Tu baru
20 % dari apa yang saya dapat dari Seminar Road To HR tu. Banyak sangat
info, tips dan ayat manis mulut dari Tuan Abdul Basit. Berbaloi dengan
bayaran yang dikenakan. Malah rasa tak patut murah sangat.
.
Antara tips lain yang anda dapat ialah :
♛ Kenapa pentingnya ambil pekerja.
♛ Ketakutan ambil pekerja.
♛ Agihan masa seorang pemilik bisnes.
♛ Cara kerja dalam team.
♛ Teknik mantapkan team
♛ Menguruskan masalah dalam team
♛Kesalahan ambil pekerja
♛Dan banyak lagi sttrategi lain.
.
Jadi saya sarankan buat sahabat yang ada dilema di atas untuk sama sama
sertai seminar ini. Boleh follow FB Tuan Abdul Basit atau Facebook
Byond Success. Anda tak rugi. Malah rasa rugi sebab baru tahu.
.
Saya doakan kita semua berjaya dan kaya. Akhirnya kekayaan ini dapat
dikongsi dengan yang lain dan dapat sama sama bangunkan bangsa dan agama
kita.
.
Doakan saya juga untuk kumpul duit dan dapat masuk
Advance Road To HR. Kalau saya berjaya pergi maka itu adalah kegembiraan
dan kejayaan terbesar saya dalam bisnes agar dapat saya terbang lagi
tinggi. Saya nak keluar dari MUFLIS diri.
.
Sekian. Moga bermanfaat.
.
Komen DONE jika anda berjaya baca sampai habis. Anda calon kejayaan dan kekayaan.
.
#roadtohr #r2hr #seminar #byondsuccess #Abdulbasit #gurupengurusanbisnes #terbaik #mogamurah rezeki