Pengikut

Selasa, 2 Oktober 2012

FELDA UNITED VS KELANTAN : SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 2012

  Pertama kali aku menjejakkan kaki ke Stadium Hang jebat sejak bertapak di Melaka 4 tahun yang lalu. Pertama kali juga aku menyaksikan perlawanan bola sepak Kelantan di Melaka ini. Tanpa diduga, akhirnya sampai jua aku di stadium ini. sangkaan awal, tidaklah ramai orang ke sana, tapi ternyata tekaan itu tidak tepat sama sekali. Kerusi di Stadium hampir memenuhi ruang stadium.

Perlawanan pada malam ini merupakan peringkat suku akhir pertama antara Felda United dan Kelantan. Dengan berbekalkan tiket yang diberikan oleh Natrah dan tambahan 1 lai tiket yang dibeli di sana, maka menyusurlah aku bersama Jay dan Ema sebagai peneman sorak. Mereka dipaksa untuk menjadi sebahagian penyokong Kelantan...haha.


Aku ke sana menaiki motorsikal. Atas nasihat si Nizam laki kepada Natrah. Katanya , jangan guna kereta, nanti jem. Betul katanya. Memang jemm sepanjang jalan masuk dan parking di stadium Hang Jebat Melaka. Dengan menaiki motor, aku cuma mengambil masa tidak sampai 20 minit di stadium tersebut. Banyak gerai dibuka di sekeliling stadium. Terutamanya di pintu masuk bahagian penyokong Kelantan. Banyak gerai yang menjual jersi dan barangan cenderamata pasukan Kelantan. Aku sempat membeli mafla sebagai penambah koleksi sedia ada.



Tiba di pintu masuk stadium iaitu tempat tiket di koyak sebahagian, sudah berpusu-pusu penonton beratur untuk masuk. Dengan pintu yang sekangkang kera, menjadikan keadaan berasak-asak di pintu masuk. Ramai.


Akhirnya perlawanan tamat dengan Kelantan berjaya mengalahkan Felda United dengan jaringan 2 berbalas 1. Berbaloi. aku ke sana menyaksikan perlwanan itu.












Sila lihat sebahagian video yang sempat aku rakam menggunakan kamera yang aku pinjam dari Jay J-Bond. Kaliti gambar kurang ok sikit dan bergoyang. Sebab semangat bila Kelantan berjaya jaringkan gol.

 
 Jaringan pertama yang sempat aku rakam menggunakan kamera Jay J-Bond.

Jaringan kedua oleh Indra Putra yang juga aku rakam mengunakan kamera Jay J-Bond

SEMOGA KELANTAN BERJAYA MELANGKAH KE PERINGKAT SEPARUH AKHIR DAN SEKALI LAGI BERJAYA KE FINAL PIALA MALAYSIA 2012.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...