Akhirnya produksi Adinda melabuhkan tirai penggambaran pada hari semalam. Seronok mereka apabila tugasan berjaya diselesaikan tanpa sebarang masalah besar melanda. Kesemua tenaga produksi berjaya melakukan kerja masing-masing. Perjalanan juga berjalan dengan lancar berpandukan jadual yang telah dibuat lebih awal sebelum turun lokasi.
Saya turut serta mengambil tempias kegembiraan mereka. Kemasukan saya bersama tenaga produksi tidaklah sebesar peranan mereka yang lain. Saya cuma pak pacak yang diberikan beberapa dilaog. Kepercayaan yang diberikan oleh pengarah Wan Afzam Daud amat bermakna buat saya yang kerdil ini. Seronok berada bersama diaorang walaupun tak selalu turun lokasi. Terima kasih daun keladi, kalau ada jemputlah saya lagi. Extra lalu lalang pun takper. Sebab saya dah lama tak terlibat secara giat seperti yang pernah saya buat sebelum datang ke Melaka ni.
Berdebar yang amat apabila kali pertama berada di sebelah otai Khir Rahman. Ya lah, kalau nak dibandingkan saya dengan dia, memang jauh lagi yang perlu saya tempuh. Apapun banyak yang saya pelajari dari produksi Adinda ni. Sedikit sebanyak pengalaman dalam produksi kali ini boleh membantu saya untuk terus berada dalam industri tidak kira dalam bidang teater atau drama tv.
Mulanya agak takut untuk menuturkan dialog saya di antara dialog dia. Berdebar tak henti-henti. Tapi atas kepercayaan dan sikap profesional Khir Rahman telah membuat keadaan tidak selesa di pihak saya beransur-ansur hilang. Walaupun dia ada nama besar, tapi sikap mesra dan friendly itu sangat membanggakan saya. Saya jangka dia seorang yang sombong sebab selalu tengok dia selalu bawak watak yang serius )kadangkala kelakar), tapi sebaliknya dia seorang yang mudah didekati dan dia juga mendekati kita.
Krew, belakang tabir dan segala yang ada di belakang kamera sangat-sangat friendly. Mereka boleh diajak berborak semasa scene berhenti Tehat. tidak sombong. Terbaikkkkk!!
Dengan selesainya penggambaran Adinda itu, maka berakhirnya sesi bersama diaorang. Saya perlu kembali kepada tugas saya yang asal iaitu bersama pelajar teater dan kolej tempat saya bekerja. Lepas ni ada beberapa lagi projek teater akan muncul dan perlu laluinya. Sekejap lagi juga akan bertolak ke KL bagi bersama produksi yang akan membuat persembahan sempena Festival Teater Malaysia 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan