Pengikut

Ahad, 11 Mei 2008

NOSTALGIA -Kenangan Terindah (PART IV)

MELATI DAN MELUR
Karya dan Arahan Marlenny Deen Erwan
Melati dan Melur ini dipersembahkan sempena Festival teater Peringkat Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur 2007. Persembahan untuk pertandingan ini dibawakan dengan jayanya oleh Kumpulan Mekar Budaya. (Mekar Budaya Production).
Sengaja saya mengembalikan nostalgia bagi diri saya sendiri, tenaga produksi Melati dan Melur dan sesiapa yang datang menonton pada malam persembahan kumpulan kami.
Bagi kami sendiri, banyak kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang membuat latihan sehinggalah kepada malam persembahan. Kenangan pahit maung yang kami alami tidak mungkin dapat dilupakan oleh kami. Ianya akan terus dijadikan pengajaran dan pengalaman untuk menghadapi situasi yang sama di masa hadapan.
Gambar Proses Latihan .....
Latihan sepanjang hampir 2 bulan lebih ini menjadikan kami seperti sebuah keluarga. Kami ada adik, abang, kakak, ibu, ayah, sahabat, cikgu. Kami akrab sebagai sebuah kumpulan dan keluarga. lihat saja hasilnya pada malam persembahan iaitu pada 30 JUN 2007 jam 8.30 malam di Auditorium taman Budaya KL. Apa yang lebih membanggakan, kami akrab sebagai sahabat baik sehingglah ke hari ini. Sebut sahaja Melati dan Melur otak terus berputar ke saat kami bersama.
Kak Isma a.k.a Melati..

Melati di tangan Kak Isma (Ismaliza Ishak) memang menjadi. Saat baru mengenalinya saya sangkakan dia sombong. Tapi rupanya tidak. Dia seorang yang baik, tidak kedekut ilmu. Banyak yang saya peroleh darinya. Dia graduan ASK (ASWARA kini). Jadi saya sebagai orang baru, saya banyak belajar darinya. Gambar di atas sebenarnya saya design khas untuknya. Seperti yang anda lihat, majoriti adalah gambar beliau. Bukan pilih kasih tapi ..... tak sempat nak buat yang orang lain punya. Saya punya pun tak der la...

Sebenarnya saya nak buat setiap orang dalam Melati dan Melur, tapi memandangkan tangan saya ada dua belah, mouse plak ada satu je, maka tak sempat untuk saya siapkan. Sekarang ni plak saya dah sampai kg. masa saya design gambar part IV ni, saya buat kat KL. Gambar yang lain ada kat komputer di KL....

Rakan lakon lain juga tidak dilupakan. Zuriah sebagai MELUR, Ridz J (Ridzuan jusoh) sebagai ROSLI, Sharafina Abdullah sebagai EMAK, Iswazir sebagai MAZLAN, Jaa Rased sebagai SHERRY LILY, Aliff, Nina, dan Ilya. Korang semua memang power. Saya seronok kerja dengan korang semua. Kalau diberi peluang, saya ingin mengadakan produksi lagi bersama kalian.

Candid SHOW TIME and HARI MASUK PANGGUNG...


JASAMU DIKENANG- BELAKANG TABIR...

Tanpa orang belakang tabir, tak der maknanya Produksi Melati dan Melur ni. Tanpa korang jugak, pelakon kat depan pentas seperti patung saja. Kak Lenny sendiri sebagai pengarah. banyak mengajar saya dan rakan lakon lain bahawa bukan senang nak jadi pelakon teater. juga mengajar kami mengenali hidup berkeluarga dalam teater. Abang Nasri, orang kuat di belakang pengarah. Malah orang kuat di belakang kami. Idea bernas dan teknik teater banyak diberikan oleh beliau. Intan yang bertungkus lumus menguruskan kami. menjaga kebajikan kami dan team.Tidak lupa kepada Farah, sumbangan anda sangat besar. selain itu kepada Along Purple dan Remy nazrin yang menghidupkan lakonan kami dengan rekaan set yang simple tapi gempak. Wahhh.. sudah jadi macam ucapan sampaikan salam plak...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...