Pengikut

Isnin, 28 Julai 2008

TAK DER FASAL, CARI PASAL, JUMPA FASHA!!

Tak der fasal, cari pasal, jumpa fasha...

Fasha mana?? Bukan Fasha Sandha, tak jumpa saper pun. saje je tulis gitu supaya ada modal untuk mulakan entri kali ini. Pagi ni aku baru sampai dari Mentakab Temerloh pahang. Mentakab tu umah kakak aku. Lepas aku jadi krew yang macam skrew tu, aku pun siggah umah kakak aku. Sampai sana, adik aku yang kat Jerantut call, suruh g habiskan durian n manggis kat umah dia. Kebetulan kakak aku ader kursus, abang ipar aku plak kerja, jadi dia pun menghantar aku bersama anak dia g umah adik aku.
Jadi aku pun duduk ler kat sana. Seronok, makan durian fresh. Tak yah bayar. Makan sampai rasa tak nak makan. Pastu makan manggis plak. Makan manggis tu kat bawah pokok manggi terus. bukan makan bawah khemah yang macam orang jual kat KL tu. Buah bleh dicapai gun tangan je. Pakai jari pun boleeeeeehhhhh...

Kat kg aku kat Kelantan pun sebenarnya banyak gak buah. sekarang ni musim buah. tapi tak sempat nak balik. Laipun duit tak banyak. Aku ni kan miskin...

Pagi ni aku sampai KL. Hantar dua orang kawan aku kat UM sebab nak g amik Jubah Konvo. Bukan main gembira lagi diaorang dapat konvo. Lebih2 lagi kawan lelaki aku tu. Maklumlah, penantian dah berakhir. Aku plak dah lama berakhir, 2006, tapi tak bermula. Keje tetap yang tak bermula. Aku freelancer ler beb!! Freelancer yang dahagakan keje... Sampai bila nak jadi freelancer.??? Orang yang tak, tau pasal freelancer, mereka akan cakap orang tu tak keje. Menganggur. Pak n mak mentua pun tak nak orang macam freelancer ni. Sebab tu kalau kita gi jumpa bakal mak atau pak mentua, yang dia tanya dulu adalah keje apa?? Dan jawapan diaorang paling nak adalah ...err keje pegawai pak cik...emmm jadi cikgu mak cik...

Sekarang ni aku kat cc. Tak yah cakap ar.. tapi dah tercakap. 3 ari dah tak bukak internet. macam2 pembaharuan ada dalam ni. Aku je yang masih berwajah lama, berpakaian lama, bermotor lama dan banyak benda yaang lama. Lama tapi yuran seumur hidup.

Ader orang suruh buat review pasal FTM 2008. Aku pun ader janji kt bawah tu nak buat review. tapi aku tak tau nak cakap ape. Alaaaahhh..korang bukak je blog http://daribawahbayu.blogspot.com/ kat dalam tu ada di review pasal FTM. Kadang2 aper yang aku pikir, sama gak ngan apa yang dia tulis...hiihi. (ayat orang malas pikir).

Dah ler, sambung lain kali plak ler....

1 ulasan:

Mohamad berkata...

wau bestnye... dapat makan buah lagi.. aku juga tersadaid jauh kat sini. nak balik mahal nye tiket.. ko takpe lah naik ketepi je.. aku lak nak kena naik bas.. bas lak tak selalu safety... kalu naik keteapi aku kena pi KL dulu nak tukar jalan lak.. kan nyusahkan aku.. aku kat kedah nie ada arr kuaga angkat... dan ayah angkat.. 2 family la.. satu aku dapat mase join bakti siswa dan satu lagi jurulatih aku yang buat aku anak dia... kiranya aku kat kelas jadi anak emas lah... tapi tak le aku nak jadi gitu...
Hmm tak pos pon kat aku durian ek.. aku beli durian dah le tak sedap.. "ma'lo" lak tu.. nasib baik tak jadi malau.. hik2.. ok aku cau dulu... oh pasal web site tu. aku pon nak kena buat untuk GPMS kat uum.. so aku tak sempat nak tolong lah.... ko habaq je kat metallism... dia tu lain sikit... bukan ramai pon patient kat klinik dia... ok bye2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...