Pengikut

Jumaat, 28 November 2008

ABQ- PART 1- (KL- MENTAKAB)




Hai, aku ABQ, Bangsa Honda. Mastautin di Malaysia. Sori aku menumpang glamour kat blog ni. Tuan blog ni adalah tuan aku. Jangan cakap kat dia yang aku skodeng glamour kat sini.


Sebenarnya aku nak cerita kat korang pasal pend
eraan yang telah dilakukan oleh tuan aku. Aduhhh...menyikasakan. tapi sekali sekala seronok gak. Ianya dapat menguji kaupayaan aku. Sebenarnya gini, minggu lepas, aku telah dipaksa oleh tuan aku untuk mengikut dia ke Mentakab. Jarak dari KL ke Mentakab lebih kurang 270 km. jauh kan? Kalau naik bas biasanya 2 jam sampai ler. kalau bawak laju lagi, setengah jam sampai gak. kalau lagi laju, tak sampai 5 minit masuk kubur...

Aku dilahirkan pada tahun 1989. Enam tahun lepas tuan aku dilahirkan. Sempat ler aku main baling taik ngan dia masa kecik-kecik..hihih, tak lah, acah je. aku bersamanya baru 2 tahun. Tuan aku yang dulu lagi teruk, selalu bawak aku panjat bukit, dah ler tak gheti nak jaga aku. Tapi aku tak kisah pun, dia orang tua. Si Malau ni orang muda. Bleh ler jaga aku skit. Lagipun masa kecik-kecik dulu pernah merempit dengan motor bapak dia.

Ok sambung balik citer aku. Gini, jam 8 pagi aku bertolak dari Damansara Damai KL. Eh silap, aku bertolak dari PJ, Umah kawan tuan aku. Sampai di Mentakab lebih kurang pukul 11. tuan aku tak bawak aku laju. Purata 80 hingga 90 je. Tapi bila dia boring, aku boleh mencecah ke 110km sejam. Itu je yang aku mampu pegi kot. Tak penah plak dia try lebih dari tu. Dulu pernah, masa aku baru di servis segala isi enjin.

Berbalik kepada cerita aku, perjalanan dari Kl-Menatakab ini memenatkan gak bontot tuan aku. maklumlah, naik aku tak macam naik BMW. BMW bleh bersandar, ader air-cond, bleh dengar lagu.

Menurut tuan aku, perjalanan kali ini adalah untuk menguji kewibawaan aku. Pernah satu ketika dulu, aku dipandu dari KL ke Kelantan. kalau tak silap aku, musim tengkujuh tahun lepas. Ye lah, seingat aku time tu ujan. Tuan aku ni jenis yang tak pikir banyak kali kalau nak wat sesuatu benda. Lebih-lebih lagi bila memandu aku. Bila dia terpikir nak travel ngan aku, dia terus buat. tapi bila dia Free ler. Macam sekarang ni, dia baru je abis job teater kat Kl. Satu lagi sikap tuan aku ni, dia tak bagitau pun kakak dia yang nak pegi ngan motor. Bila dah dekat nak sampai baru dia bagi tau. Dia buat gitu kononnya tak nak orang lain resah, risau dan pikir yang bukan-bukan. Kalau mak abah dia kat kampung tau, gerenti diaorang tak bagi bawak aku.

Perjalanan kami ke Mentakab mengambil masa hampir 3 jam. Lama gak tu.a, bawak macam semut. Semut naik van pun laju. Bukan takat, slow, sempat lagi amik gambar sepanjang perjalanan. yang aku tak puas hati tu, dia amik gambar semasa bawak aku 80 km sejam lebih. Satu tangan pegang handle, satu lagi pegang kamera. fuhh...kecut gak perut aku. ye lar takut jadi apa-apa, aku ngan dia gak yang susah. jiran sebelah tak susah.

Alhamdulillah, aku tak meragam langsung sepanjang perjalanan tersebut. Sempat gak
aku potong lori yang tengah naik bukit..hihi. Ok ler tu, dari dok ikut bontot lori naik bukit wat aper. makan asap ler.

Tuan aku sebenarnya dah standby peralatan yang sepatutnya. Ada pam. Ader spanar. ader tiub. minyak penuh. ader air mineral. Dia takut aku sakit di tengah jalan. Hello tuan..aku bukan jenis yang
wat nayer tuan. Aku ok ler.

So, dalam diam-diam aku telah mengepow gambar dalam kamera dia untuk tunjuk kat korang. aku tak sempat nak ambik semua, sebab pendrive aku full. So tengok ler ya.


LEBUH RAYA KARAK - DEKAT SIMPANG KE JANDA BAIK



DEKAT TOL BENTONG



BERHENTI ISI MINYAK KAT PEKAN KARAK






1 ulasan:

wawimohamad berkata...

bro, ingat masa-masa dok ulang alik kat pahang umah kaklong dulu. masa tu dengan kete DAK.. tapi skrang smua dah berubah kan.. dah 3 orang family kat pahang.. tapi wan pula nak pindah kelantan... hmm.. dah tak dapat nak pie umah along cam dulu sebab, abah dah tak larat nak bawa kete... kete pon dah tak de.... aku pula dah tak ada masa cuti lagi... apa pun, one day aku yang akan mandu kete bawa our parents pie jalan2.. I LOVE my family..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...