Pengikut

Rabu, 28 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA

SELAMAT TAHUN BARU CINA KEPADA SELURUH UMAT CINA. Yang perasan diri dia ada ala-ala cina pun boleh jawab ucapan ni. Semoga tahun lembu jantan ni, anda dan kita semua lebih bersemangat dan tidak lembik. Jadilah macam lembu jantan. Gagah dan kasar. Tapi ingat, jangan kasar tak melulu, kang anda yang akan jadi serbuk kasar.

Sudah 3 minggu aku di Melaka. Ada time best dan ada gak time boring. Semalam aku baru balik dari KL. Sori aku tak sempat nak hebahkan kat member-member yang lain. Aku pegi sekejap je. Hilangkan boring di Melaka ni.Masa aku sampai di Melaka dari KL semalam, tol Air Keroh dan jalan Masuk ke Melaka jamm teruk. Tapi nasib baik aku ngan motor. Ramai pelancong dari luar yang masuk ke sini. Sama ada untuk melawat tempat bersejarah atau untuk berhibur di banyak tempat hiburan yang terletak di Melaka ni. Berderet-deret bar, kelab malam dan pusat hiburan yang dibuka hingga lewat malam. Inilah situasi baru yang perlu aku hadapi di Melaka ni lebih-lebih lagi pada hari minggu. Tapi jangan salah sangka lak. Aku tak jejak kai ke tempat tersebut. sekadar melalui kawasan tu je.

Pasal kelas pulak Alhamdulillah, berjalan dengan lancar. Dapat anak murid yang baik punya...dan dengar apa yang aku cakap. Tapi tak tau ler...ini baru 3 minggu aku di sini. Student kelas yang aku ajar tak ramai. Ini memudahkan pengajaran aku. Maklumlah, ilmu teori aku tak tebal sangat. Aku banyak ajar secara praktikal berdasarkan pengalaman dan ilmu yang lepas. Dah ader perubahan dalam diri diaorang dalam 2 minggu ni. Dari pendiam, diaorang dah mula berani bercakap dan bagi pendapat. Kadang-kadang aku plak yang tak sempat nak menyelit. Takper..cara gitu, selain aku mengajar, aku jugak sama-sama belajar ngan diaorang.

Pelajar untuk kelas aku tak ramai. Kadang-kadang aku buat kelas kat tempat yang aku rasa nak pergi. Bawah pokok, kat kafe, kat perpustakaan. Kadang-kadang orang lain ingat aku ni rakan-rakan budak ni. maklumler gaya aku tak macam pengajar yang lain. Muda lagi...hihihi. Poyo lak tu...

Mulai minggu lepas kami dah mulakan latihan untuk projek pementasan yang akan dipersembahkan di UiTM. Malam ni akan sambung lagi. Sebab diaorang dah cuti sakan hari raya Cina yang lepas. Aku pun dah makin bersemangat untuk menjalani latihan bersama-sama diaorang ni. Maklum ler...praktikal...

1 ulasan:

kak lenny berkata...

good luck cikgu hehehehe ... oh dah ada motorsikal ek...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...