Pengikut

Selasa, 20 Januari 2009

Terima Kasih ALLAH S.W.T, Tuhan yang SATU

Assalamualaikum.

KAli ini, saya melemparkan khabar dari Melaka Bandaraya Bersejarah. 'Melawat Melaka bererti anda melawat Malaysia'. Itulah moto dan kata keramat dari Melaka.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T, akhirnya impian saya untuk berkecimpung dalam bidang teater dengan lebih tragik tercapai. Inilah pencarian saya selama ini. Memang selama ini saya banyak buat kerja seni samada belakang atau depan tabir. Tapi tugas kali ini merupakan tugas idaman saya.

Saya menjadi pengajar dan pelajar di sini.
Sekarang saya berada di No.1, Jalan Bukit Sebukor, Kolej Yayasan Melaka. Saya ditempatkan di Sekolah Teknologi Media dan Seni (STMS) dan diberi tugas dalam jurusan teater.

TAK PERCAYA...YA KE...BIAR BETUL...inilah beberapa perkataan yang dapat saya gambarkan apabila diterima masuk ke sini. Ye lah, saya masih muda dalam bidang teater ini. Saya baru 5 tahun dalam bidang seni ni. Banyak yang kena belajar. Sebab tu saya kata, saya jadi pengajar dan pelajar di sini. Di samping mengajar teater, banyak lagi yang saya perlu belajar.

Selama ini saya banyak buat kerja secara praktikal sehingga kadangkala terlupa pasal teori. Tapi hari ini, saya terpaksa membelek buku-buku dan nota-nota yang saya tinggalkan 2 tahun yang lepas. Memang perit dan memang tertekan...ye la, sebab kena baca. Apakan daya, untuk hasil pengajaran yang mantap dan seimbang antara teori dan praktikal, saya kena baca dan study gak.

Hari ini masuk minggu ke 2 saya di KYM ni. Banyak benda baru yang saya belajar dan banyak benda baru yang saya tak tau lagi. Apapun saya tak kan putus asa.

Mula-mula saya tak tau gak apa yang nak diajar. Tapi Alhamdulillah, berkat sokongan orang sekeliling terutamanya Puan Ros dan Kak Lenny, dan rakan yang lain, saya dah tau sikit sebanyak. Pengalaman saya yang lepas juga banyak membantu. Saya pernah jadi jurulaih teater dan penolong pengarah masa kat UM dan lepas konvo aritu. Ader ler skit2 pengalaman. Tapi secara praktikal ler. Tapi bidang ni kena banyak praktikal kan. Kalau tau teori dan tau cakap je, tapi tak tau nak wat, tak bleh gak. Bahaya untuk kesihatan pelajar kita. Selain tu pengalaman terlibat dengan lebih 30 produksi kecik dan besar boleh membantu saya.

Saya mengajar kelas Teknik Asas Pengarahan, Teknik Asas Lakon dan Teknik Rekabentuk Pentas. Dari segi praktikal INSYAALLAH saya mampu, cuma sekarang ni saya kena mantapkan teori saya. Ader je masa free, saya baca buku dan nota pasal teater. Kadang2 bila dan sampai rumah pun saya baca lagi. Tidur pun dikelilingi nota dan buku. Banyak gak buku yang baca saya. Adakala dalam bilik, adakala depan tv, tapi kat dapur tak tidur lagi la.

Sanpai saja di KYM ni, saya sudah diberi tugas untuk mengarah satu teater. Teater ni akan dipentaskan di UiTM Melaka pada 18 Mac 2009. Disamping tu, teater ni juga akan jadi penilaian markah untuk pelajar-pelajar saya yang tak sampai 20 orang pun. Sikit kan...seikit ler best, tak le pening ngan kerenah diaorang.

Setelah puas fikir dan kaji skrip sekeliling utntuk pelajar saya yang berkapasiti sikit, saya bercadang untuk buat skrip Melati dan Melur. Skrip ni saya pernah terlibat depan tabir dan belakang tabir. jadi ini memudahkan tugas saya nanti untuk berkreatif. Tapi ada sedikit masalah apabila cadangan saya belum mendapat persetujuan. Ini kerana rata-rata orang KYM nak skrip yang absurd. Mereka tak nak Realisme. Mereka kata, realime dah biasa dipersembahkan di sini. Absurd lagi senang dan mencabar ler. Ntah ler, apa dalam fikiran diaorang pasal absurd pun saya tak tau. Tapi saya akan cuba sebaik mungkin. Saya dah beri kepada bahagian atasan untuk pilih skrip yang nak dipentaskan. tapi pengarah ada kuasa memilih kan? sebab dia yang nak mengarah. Tapi kena ikut kata penerbit gak. Pengarah kerja dengan penerbit. lain la kalau pengarah yang terbit sendiri. Apapun saya tengah tunggu keputusan dari pihak atasan. Lepas raya Cina nanti akan dimulakan latihan. Sebulan je tinggal beb!!!

Apapun saya enjoy dengan kerja saya. Yang kurang enjoynya, saya kena jalan kaki selama lebih kurang 30 minit setiap pagi dan petang untuk datang dan balik ke KYM dari rumah saya. Bas ada, tapi tak menentu. Malas nak tunggu. Teksi pun ada, tapi cekik darah. Naik je teksi dah RM 10, tu belum bagitau kat mana nak pegi lagi tu.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...