Pengikut

Isnin, 23 Februari 2009

GEJOLAK versi MELAKA


Tentu di kalangan rakan-rakan pernah mendengar atau menonton teater Gejolak ini kan? Gejolak pernah dipentaskan dibeberapa tempat di sekitar KL. Pementasan pertama diadakan di Kolej Kediaman Dua Belas, Universiti Malaya. Pementasan ini adalah bersempena Festival Seni Universiti Malaya. Dalam pertandingan ini, Gejolak merangkul tempat pertama dan beberapa anugerah.

MAS


Kemuadian Gejolak di pentaskan di Multimedia University (MMU). Kemudian di pentaskan sekali lagi di Stor Teater DBP. Pementasan ini dilakukan oleh mahasiswa Kolej Kediaman Pertama UM.



JAY

KALI INI.... Gejolak akan dipentaskan sekali lagi. Tapi kali ini bukan di KL tapi di Melaka. Pada asalnya Gejolak kali ini saya gunakan untuk projek kelas. Setelah ditapis beberapa skrip oleh pihak atasan KYM, maka Gejolak dipilih. dalam pada kami sedang membuat latihan, kami mendapat jemputan untuk mengadakan persembahan di UiTM kampus Alor Gajah Melaka. Bak kata pepatah seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya dan kami menerima perlawaan dengan tangan terbuka. Selain membuat persembahan di sana, kami juga diberikan bajet yang sememangnya berbaloi untuk pementasan Gejolak ini.


KaR EL


MAKA bermula dari saat itu, saya dan anak murid berhempas pulas untuk membentuk satu team teater Gejolak. Sekarang kami sudah berada pada tahap 50 peratus persiapan dari segi keseluruhan produksi. Namun peratusan untuk bahagian lakonan dan pengarahan masih lagi belum mecapai peratus yang membanggakan.


LeS Zar


INFO PERSEMBAHAN

TAJUK : Persembahan Teater Gejolak

TAG LINE : Pilihan yang tiada pilihan

KARYA : iKHWAN aDI aLAM

ARAHAN : Malauazam Poyo

PELAKON : Norazida Ibrahim (Mas), Mohd Mustaqim Mohd Mustafa (Jay), Norhan Fahmi Ahmad Mahmud (KaR El) dan Laheera Anastasia Badarol Sam (LeS Zar).

TARIKH : 18 MAC 2009

TEMPAT : Dewan Bendahara , Kampus UiTM Cawangan Alor Gajah Melaka.

MASA : 8.30 Malam

MASUK PERCUMA

PENGANJUR BERSAMA : AURA Production, Jabatan Seni Teater, Sekolah Teknologi Media dan Seni, Kolej Yayasan Melaka

dan


Zealous Histronic Krew (DOMT 4A),
Fakulti Pengurusan dan Tekologi Pejabat,
Universiti Teknologi Mara,
Kampus Alor Gajah Melaka.


SINOPSIS

Manusia sering berada dalam keadaan yang diluar kawalan mereka sendiri. Keadaan ini mendesak mereka berhadapan dengan keadaan yang sama sekali tidak dipilih sebagai pilihan. Pilihan yang selalunya menidakkan kewujudan mereka. Tetapi mereka boleh memilih untuk meninggalkan kesan-kesan kewujudan yang mereka pilih.
4 orang banduan di tempatkan dalam satu sel. Sel tersebut merupakan tempat terakhir untuk mereka sebelum di hukum bunuh. Jay, Mas, Les Zar, KaR El adalah 4 banduan yang ditempatkan di pejara tersebut atas kesalahan berbeza. Jay atas kesalahan merogol, Mas pula disebabkan membunuh orang yang bunuh suaminya, Les Zar sebab membunuh ayahnya sendiri manakala Kar El hanya kerana mencuri sebiji telur.
Mereka akan dihukum dengan hukuman yang sama. Sebelum dihukum, mereka diberikan pilihan untuk memilih cara mereka mati.

PELAKON
Jay – Kasar. Seorang perogol bersiri. Masih bujang tapi tidak teruna.
Mas – Seorang Ibu. Membunuh orang yang bunuh suaminya. Berperwatakan lemah lembut.
Les Zar – Kasar dan suka memberontak. Benci kepada semua lelaki. Ayahnya merogolnya dan dia bunuh ayahnya. Dia juga bunuh semua lelaki yang mengancamnya.
Kar El – Penakut. Kelam kabut. Dimasukkan ke situ kerana mencuri hanya sebiji telur untuk diberikan kepada isterinya yang mengidam telur.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

abg zmri mengarah gejolak ek??
hoho~

Tanpa Nama berkata...

bukan mengarah..
tapi membuat..
jadi mentor..
bukan mentol..

Unknown berkata...

Salam. saudara Azam. Tahniah kerana mementaskan GEJOLAK! Saya berharap dapat dibuat pembetulan ke atas nama penulis skrip. Seperti yang saudara tahu, penulis skrip ialah IKHWAN ZAKARIA bukan Ikhwan adi alam. Ini sangat penting kerana, adi alam hanya menyunting dan mengubah 10% isi skrip gejolak. Adakah dengan mengolah skrip seseorang melayakkan si pengolah menokok namanya di sebelah nama penulis? sudah tentu tidak. Harap pementasan pada 18 april nanti sukses. Sekian terima kasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...