Pengikut

Khamis, 12 Februari 2009

Ribut Mula Melanda, Tsunami mungkin Menjelma

Aduh!! Perjalanan aku ke ofis memang sepoi-sepoi Bahasa. maklum la, baru abis bercuti. Aku bercuti selama 3 ari dan balik ke Kampung.

Sampai saja di ofis, ada 7 surat mesyuarat dan memo program. Mesyuarat Festival Teater Melaka, Mesyuarat Kem Pelajar, Mesyuarat Jabatan, Mesyuarat Pertandingan lukisan, Mesyuarat Program Kym.

Nasib baik surat mesyuarat Festival teater Melaka dan lepas. Tapi tak best la sebab dah lepas. Aku nak sangat-sangat dengar dan meyertai mesyuarat ni. Tapi yang aku tak puas hati, surat ni bertarikh 29 Januari lagi. Tapi surat tu baru masa cuti sampai kat aku. Sedangkan mesyuarat pada 6 Februari. Masa tu aku tak cuti lagi. Kenapa baru hari ni aku dapat. Inilah antara kerenah dan skima birokrasi. Lepas ni nanti ada ler yang menuding jari ke arah aku sebab tak pegi taklimat tu.

Tekanan makin terasa. Seperti ribut yang melanda. Mesyuarat itu ini yang perlu aku sertai. Projek persembahan teater aku pun tak berjalan lancar lagi. Latihan sekangkang kera baru. Ditambah lagi dengan program lain. Kalau pergi mesyuarat saja tak pe ler jugak. Keluar je dari mesyurat boleh fikir benda lain. Tapi masalahnya, bila abis mesyuarat, kena fikir dan rancangkan program dan jawatan yang dibincangkan dalam mesyuarat tu.

Ok, takpe. Kan aku yang mulakan semua ni. aku jugak yang menjejakkan kaki ke sini. So, aku kena teruskan. Kena bersemangat. Aku kena lakukan mengikut kemampuan aku.
Alang-alang mandi biar bersyampoo, alang-alang masuk kandang laga lembu, biar dapat wat balik daging lembu untuk di masak...

Pasal Festival teater lak...aku terbaca Entry Kak Lenny. Mekar Budaya akan sertai lagi. Aku rindu. Aku nak join. Tak kira apa part aku nak gak.

Tapiiiiii!!!!...aku tak boleh. Aku dah jadi hak milik MElaka. Hak Milik Kolej Yayasan Melaka(KYM). KYM telah mengarahkan aku untuk antar peserta ke pertandingan Peringkat Melaka. Suruh aku pergi mesyuarat dan uruskan apa yang patut sehingga dapat menyertai.

So aku tengah fikir tindakan yang aku harus lakukan. Dari mana harus aku mula. Teater apa yang akan aku buat? Macam mana ngan produksi aku? Macam mana ngan pelakon aku? Semangat khalayak di sini berbeza dengan geng-geng aku di Mekar Budaya dan di UM dulu. Diaorang tak tau apa-apa proses pasal teater. yang diaorang tahu hanya nak buat teater dan nak berlakon. Bila jumpa je aku mesti diaorang tanya takder watak ke untuk dia. Kenapa tak tanya untuk jadi bahagian pengurusan ke aper ker...

Inilah ragam hidup aku sekarang ni. Aku kena tempuhi juga. Semoga aku akan lebih sebati dengan cara kerja dan suasana sebegini.

5 ulasan:

wawimohamad berkata...

bro.. kalu kesempatan.. aku jugak nak terlibat dengan produksi... walaupun aku ni kayu yg tak boleh berlakun.. tapi Melaka itu jauhnya.. kalaulah ia dekatkan senang... boleh gak aku tolong... bulan 5 ni statt cuti dua bulan.. tapi dah berpakat nak naik KL.. nak kerja part time kat sana... nak timba pengalaman... hmmm.. kan best gak kalu leh tolong kan... x kisahlah walaupun x dapat income pun.. just hepi n dihargai... hehe... hmm dulu aku nak gak jadi artis.. penyanyi ke.. tapi suara dah jadi suara katak.. nak belakon?? drama je bolehlah.... nak hafal skip full cam teater, haram.. hmm... tapi aku nie kan student industri.. ape kes leh ne,.. sori ar,,,

wawimohamad berkata...

lupa nak habaq... bro aku skrang pun ngah tsunami level 14... dah nak naik giler... dah lah assmtn belum lagi siap2.. masa tak cukup.. nak bagi kat komitment kat kelab lagi.... dah lah skrang ni dah 3 jawatan penting.... macam2 masalah arr..... kan mase skolah rendah dulu best gak... pie sekolah sebb nak dapat duit sekolah... kan. kan...hmmm tapi skrang everthg chce...

Tanpa Nama berkata...

ooo ... buat untuk KYM. tak pe, teruskan laa malau. kitorang menyokong sambil mengumpat kau di sini hahahahahah .... ada jugalah hikmahnya kita tunggang langgang buat festival dulu sebab rupanya skrg ko pulak kena handle.

Good luck dan buat sehabis baik. Kalah menang tu lantok lerrr ....

Tanpa Nama berkata...

Allo wawi..ok jer kalo ko nak datang tolong. Tapi memang tak dapat income ler. Ini satunya projek teater tak berduit. Satunya lagi projek student. Tapi kalau nak cari pengalaman n nak cari awek (hihihii...)..boleh je datang. Boleh lepak umah aku.

Sori ek Kak Lenny. Saya bukan menderhaka tau. Jangan pulak ader yang kata menderhaka...ala..tutttt...macam..tuttt.. Apapun semoga Mekar trus Mekar. Kalau ader masa, saya akan g suport dengan kompang nanti. Doakan group Melaka dan Mekar dapat jumpa di Kebangsaan. Dapatler kita kampungkan perkampungan teater nanti.

gpmsUUM berkata...

aku tak kisah bro... ringan tulang... asalkan dihargai... awek tu penting gak... hehe... tapi dah cukup 4.. mane lagi nak letak??? ke nak buat simpanan??? ha??? bro ko tau tak lawan web baru aku???


http://zawawimohamad.110mb.com

blog kelab yg aku buat:

http://gpmsuum.blogspot.com
http://fasiyab.blogspot.com
http://gpmsuum.ning.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...