Pengikut

Khamis, 16 April 2009

BILA AKU MASUK STUDIO

Gambar photo ini adalah hak milik En. Malek, Ketua Jabatan Media, Sekolah Teknologi Media dan Seni KYM. Jurufoto juga adalah En. Malek.

Ini adalah studio rakaman suara / audio kepunyaan Sekolah Teknologi Media dan Seni Kolej Yayasan Melaka. Aku menggunakannya untuk rakaman voice over bagi teater kelas aku. Tak sangka KYM mempunyai prasarana yang lengkap sebegini. dan pelajar juga bebas menggunakannya mengikut kekosongan jadual dan keperluan.

Semasa di UM dulu kami (KELAB LAKON ASTAR-KELAKAR) biasanya menggunakan 2 Tone Studio di Wangsa Maju milik abang Bard Muffins (Kumpulan Muffins). Abang Bard baik orangnya. membantu kami dengan kadar yang membanggakan. Dah lama tak jumpa abang Bard. Selain membuat rakaman, kami juga sering menggunakan khidmat beliau untuk compose kan muzik latar. Antara teater yang menggunakan khidmat beliau ialah...Gejolak, Orang Baik, Detik, Arca, Sepasang sayap Bidadari dan projek-projek bukan teater.

Apabila sampai di Melaka ni, aku tak tahu ke mana hala untuk aku tuju apabila ingin membuat muzik latar. Ada...tapi aku tak jumpa orang yang boleh mencapai hasrat kami seperti Abang Bard lakukan. Setakat ni Abang Bard yang mampu memenuhi hasrat kami agar ianya tercapai.

Namun, tak sangka juga di KYM ada studio rakaman, walaupun tak sehebat 2 Tones Studio. Tapi cukup dan lebih dari cukup untuk membuat rakaman suara. Aku harap selepas ini aku berkesempatan untuk membuat rakaman sendiri menggunakan peralatan yang ada. Barulah aku boleh jadi orang seni serba boleh. INSYAALLAH.






3 ulasan:

wawi berkata...

Aku pun nak cuba ada studio sendiri... aku nak record suara aku... ha ha... dah lama aku bercita-cita... yang penting aku bebas nak melalak... tak ada sesape nak marah.... cuma skrang ngah tak ada duit nak beli semua peralatan... ha ha ha... tapi aku tak akan jadikan angan mat jenim... aku dah maju banyak tapak... aku akan maju lagi..

kalau pak malau boleh, aku pun boleh kerana..... pak malau adalah abang aku.... hu hu...

CikLieYzaOnline berkata...

kajang pak malau kajang berlipat,
pi la bukak stdio sndiri cepat2....!!!
jom kita jd partner...ngeeee...

go2 cayok!!!!!

MALAU berkata...

Wahai pak wawi..memang aku nak bukak studio sendir..tapi tunggu kaya dulu ler..tunggu dan doakan aku kaya ek. Aku bukak studio pat blah butir (14)..wi ko mu so. Nok ko dok..hahaha...

Cik Liezya...nak bukak studio gak ek..meh ar....kita bukak studio tv..hihii...sewa satu corner..pastu letak sebijik tv. Jemput orang datang tengok tv..sejam tengok 30 sen..lama-lama kaya ler..dapat le bukak studio rakaman plak. sambil2 diaorang tengok tv..kita jual gula2 ataupun burger...hahahahaha...hihii..amacam orait x idea kepala otak pak malau...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...