Pengikut

Jumaat, 10 April 2009

Wayang Pacak oleh Kelab Pencinta Filem KYM

Semalam berakhirnya tayangan wayang pacak. Percubaan pertama. Projek pertama Kelab Pencinta Filem Kolej Yayasan Melaka. Kelab ini baru sahaja ditubuhkan pada bulan lepas. Masih lagi dalam proses pembentukan organisasi. Kelab ini merupakan kelab di bawah seliaan ataupun di bawah pemantauan FINAS. Anak angkat ler. Projek semalam diadakan adalah bagi membentuk kerjasama dalam kelab ini. Untuk menguji sejauh mana ianya dapat dilaksanakan.

Santai...namun inilah percubaan yang berjaya buat kami. Aku hanyalah sebagai penasihat kelab. Membantu mana yang patut. Ahli kelab yang terdiri dari student yang banyak buat kerja. Kami di pihak pensyarah hanya membantu mana yang perlu. Kerja kuat Miera sebagai pengerusi kelab dan dibantu oleh ahli yang lain amat membanggakan. Untuk mengadakan projek baru bukannya senang, namun mereka berjaya juga untuk mengadakannya.

Wayang pacak..seperti zaman dahulu, kita akan sama-sama membentangkan tikar dan sama-sama menyaksikan wayang yang dipasang pada hari tayangan. Biasanya ianya dilakukan di padang atau dikawasan lapang. Kita akan berkumpul ramai-ramai bersama ahli keluarga dan rakan-rakan sekampung berhibur sambil menonton. Seronok dan menyeronokkan. dapat berkumpul ramai-ramai dapat mengeratkan silaturahim antara kita.

Wayang pacak KYM anjuran Kelab Pencinta Filem ini dilakukan di atas padang rumput berdekatan pondok pengawal. Terima kasih kepada yang sudi datang walaupun filem yang ditayangkan sudah lapuk atau pernah ditayangkan. Ada yang baring, ada yang bersantai, ada yang bergelak ketawa, ada yang bakar sampah, ada yang mengambil gambar, ada yang bawak bantal busuk dan bermacam-macam lagi gelagak semasa menonton.

Malam pertama tayangan, lebih 25 orang yang datang menonton. Filem KAMI. Filem remaja. Malam kedua filem susuk, ramai yang bercadang nak datang, tapi masalah pertindihan dengan jadual kelas, penutup orientasi dan jauh dari kolej menjadi halangan. Namun kehadiran yang melebihi 26 orang amat membanggakan kami. Mungkin projek wayang pacak dua akan lebih ramai yang hadir. Untuk percubaan pertama kami berjaya. kami berjaya memecahkan kesunyian malam KYM seperti yang dibertitahu oleh CEO baru KYM Datuk Saroni Judi semasa perjumpaan pertama beliau dengan kakitangan sekejap tadi.

Harapan kami, pada masa akan datang ianya akan lebih meriah dan lebih hebat. Mungkin akan dibuka gerai jualan di sini. Dan harapan juga ianya menjadi rutin mingguan atau bulanan di sini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...