Pengikut

Rabu, 20 Mei 2009

Ada Lagi Rupanya


Bukan orang yang ada. tapi blog Selendang sakti yang aku wat masa study dulu. Blog tu pasal Teater Kanak-kanak Selendang sakti. Pada masa tu kami nak buat tour ke Taman Budaya Perak, UPSI dan Taman Budaya Negeri Sembilan. Teater ini adalah pemenang Festival Teater Makum pada tahun 2005. Pada masa tu aku masih study kat UM.


Pasal ada lagi rupanya tu maksudnya gini..aku bukak e-mail pagi ni. Pastu dapat e-mail dari site meter pasal traffic view blog ni. Aik, aku kata ada lagi rupanya dia. Blog ni aku buat pertama kali sebelum blog malauazam. Belajar-belajar buat. Namun aku hampa apabila entah macam mana, aku terlupa password untuk aku log-in ke blog Selendang Sakti. So, x bleh nak update la.



Bila aku tengok blog ni, teringat semasa zaman kegemilangan kami di UM dulu. Kami datang dari pelbagai tempat dan latar, umur yang berbeza-beza. Ada kakak, abang, mak orang, bini orang, suami orang, adik-adik, tapi kami boleh bersatu dalam produksi ni.


Kepada kawan-kawan yang rindukan kenangan Selendang sakti, jenguklah ke http://selendangsakti.blogspot.com/ . Kawan-kawan yang lain pun bolehlah jenguk untuk mengetahui informasi pasal teater ini.

2 ulasan:

CikLieYzaOnline berkata...

ada lagi rupanya..
wah..pak malau..ekau ni sggh hebat orgnya...anak seni berjiwa muda..ngee

malau berkata...

mana da hebat..biasa je...
masa ngah study aritu ler..
Sy pak pacak jer..

Eh..kata kg. Ke kat mana

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...