Bersua kembali. Salam perpaduan dan salam sayang dari malau.




Untuk pameran pula, beberapa IPT yang menyertai Gegar Belia ini. Antaranya Kolej Teknlogi Darul Naim, KIST, SHAHPUTRA, dan KYM sendiri. Selain itu, UTUSAN Malaysia, SUKMA, Persatuan Belia Kelantan, dan IKS Mara turut terlibat.


Program Gegar Belia di Kota Bharu ini telah dirancang sejak bulan Februari 2009 lagi. Program di Kota Bharu ini merupakan pengajuran yang agak mencabar kerana banyak perkara baru yang dipelajari dalam proses penganjuran tersebut. namun itu semua tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan projek ini.
Yang amat membanggakan, kami mendapat kerjasama dari persatuan-persatuan belia Kelantan dan Pejabat Belia seluruh Kelantan terutamanya Pejabat belia Kota Bharu.

Acara-acara lain yangterdapat dalam program ini adalah seperti persembahan silat tari, persembahan silat cekak hanafi, persembahan muzik tradisional, persembahan muzik mak yong, program bersama Malek Noor, dan ada ler beberapa lagi.

Harapan kami, program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan. Demi menjadikan belia terhebat dan jauh dari perkara-perkara negatif, prgram-program sebegini akan membantu. Jangan biarkan belia-belia melepak atau membuang masa atau menajdi samseng dijalanan.
Kepada belia, jadilah belia yang memberi sumbangan keuntungan bukanya membawa kepada kerugian dan kemusnahan.


Acara-acara lain yangterdapat dalam program ini adalah seperti persembahan silat tari, persembahan silat cekak hanafi, persembahan muzik tradisional, persembahan muzik mak yong, program bersama Malek Noor, dan ada ler beberapa lagi.


Harapan kami, program sebegini akan diteruskan lagi pada masa hadapan. Demi menjadikan belia terhebat dan jauh dari perkara-perkara negatif, prgram-program sebegini akan membantu. Jangan biarkan belia-belia melepak atau membuang masa atau menajdi samseng dijalanan.
Ini akan merugikan bukan sahaja kepada diri remaja terbabit, malah membawa kerugian kepada negara kita sendiri.
Belia adalah tonggak perjuangan dan penyambung kepada semangat genarasi yang sebelumnya.
Kepada belia, jadilah belia yang memberi sumbangan keuntungan bukanya membawa kepada kerugian dan kemusnahan.
Untuk seluruh warga Gegar Belia 2009, ducapkan syabas dan tahniah kerana berjaya mengadakan program sebegini. Tahniah juga kerana berjaya mengumpulkan belia-belia di Melaka dan di Kelantan.,
Terima Kasih dan Penghargaan kepada :
Terima Kasih dan Penghargaan kepada :
-Majlis Perbandaran Kota Bharu -BRi
-Pejabat Belia Negeri Kelantan
-En Wan Abdul Rahman
-Pengarah Belia Kelantan.
-Majlis Sukan Negeri Kelantan
-Jabatan Pertahan Awam Malaysia
-JPAM Kelantan
-Ibu Pejabat Polis Kelantan
-IPD Kota Bharu
-Balai Polis Kota Bharu
-Penggawa Daerah Kota Bharu
-CIk Akmal, Tesco Kota Bharu
-En. Faizal Tesco Kota Bharu
-Persatuan Belia Sri Kijang
-Persatuan Silat Cekak Hanafi Kota Bharu
-Persatuan Seni Silat tari Kota Bharu
-Radio Malaysia Kelantan
-Uncle Didi RMK
-Persatuan Motorcross Kelantan
-En. Wan Mat Ghazali
-En. Malek Noor
-En. Aziz Kanopi dari AAR Sdn. Bhd.
-Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan
-Akhbar Utusan Malaysia
-Cik Hazelin , Akhbar SInar Harian
-Melaka Hari Ini
-SUKMA
-Kolej Teknologi Darul Naim
-Kolej Islam Sains Terengganu
-Shahputra College
-Majlis Amanah Rakyat, MARA
-TELEKOM Malaysia
-Bank Islam
...dan kepada seluruh indivisu atau kumpulan yang membantu secara langsung dan tidak langsung.

2 ulasan:
tahniah Malau kerana berjaya mengendalikan program besar ini. Tengok review pun memang dah tau ini sebuah kerja yang besar dan perlu usaha yang gigih. Jadi tahniah sekali lagi.
Tapi ni cikgu BM nak tegur ya: tak boleh guna perkataan "Pempamer" sebab imbuhan pem- kalau jumpa kata adjektif dimulakan dengan huruf P dia akan melenyapkan huruf P itu. Kalau tak nanti kita terpaksa sebut pemPukul, pemPeriksa, pemPutih dan sebagainya. Jadi kena sebut PEMAMER. Walaupun kelakar bunyinya tapi itulah hakikatnya.
Sekian daripada cikgu BM.
p:s - Esok jangan lupa hantar pembetulan kerja rumah ya.
hahahahaha ....
Terima kasih pengerusi majlis.
Terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih kepada panel jemputan kita. Terima kasih kepada penganjur kerana menjemput saya menjadi salah seorang panel kepada papan penel pada hari ini. Bertuah sungguh diriku ini.
Berbalik kepada penggunaan imbuhan 'pem' dari panel Cikgu BM tadi, saya bersetuju. Saya juga ingin mengucapkan billion terima kasih kepada beliau. Ada ubi ada batas, terima kasih tak terbatas.
Saya memang seorang yang kurang fasih dalam penggunaan bahasa ni. Jadi dengan teguran itu, ianya amat bermakna buat diri saya yang kerdil ini.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Sekali lagi saya mewakili seluruh masyarakat setempat mengucapkan terima kasih kepada cikgu BM. Cikgu-cikgu yang lain macam mana ya.
Jap ya, saya nak bersin...aaaahhhhahhh
aaaarggghhh Chong weng pong!!!
Ok dah.
Say balik dulu ya.
Hadiah tu letak depan pintu umah ek.
Catat Ulasan