Pengikut

Jumaat, 21 Ogos 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN


Selamat berpuasa kepada semua teman seIslam. Seomaga kehadiran ramadhan akan dipergunakan dengan sepenuhnya. Spenuhnya dengan erti kata hal-hal yang positif yang tidak menggugat pahala puasa.

Memang lama saya tak update blog ni. Kekangan masa yang sibuk dengan hal-hal kerja dan hal-hal luar. Banyak juga program dan aktivit yang telah saya lakukan sepanjang tidak mengUPDATE blog ni.

AKAN DATANG.



Pada awal Disember nanti akan diadakan satu persembahan teater bagi penilaian untuk ke kebangsaan. Kolej Yayasan Melaka akan mewakili Melaka dalam dua kategori iaitu Kategori Monolog dan kategori NGO/ IPT. Bagi kategori monolog, saya terlibat sepenuhnya sebagai pengarah dan pelakon. Namunsaya dinasihatkan untuk mengambil salah satu part samada pengarah atau pelakon. Ini kerana, bagi monolog, agak mustahil untuk kita mengarah sambil berlakon. Kita tidak mampu untuk mengarah diri sendiri walaupun sehebat mana kita. Walhal Khalid Saleh pun mengambil pengarah lain untuk mengarah monolognya. Inikan saya yang cetek lakon dan cetek teater.

Satu lagi kategori adalah bagi kategori IPT/NGO. Untuk kategori ini, KYM akan mempersembahkan teater GEJOLAK. Teater ini adalah merupakan Skrip Ikhwan Zakaria olahan sedikit oleh Team Adi Alam untuk disesuaikan dengan Konsep Persembahan.

Kami tidak target untuk menang dalam pertandingan ini. Rasanya agak berat untuk kami melangkah ke dalam 4 kumpulan terbaik Festival Teater Malaysia 2010. Juara peringkat negeri yang lain lagi hebat dari kami. Juara KL, Juara Selangor, Juara Pulau Pinang, Juara Negeri Sembilan, Juara Pahang, Juara Kedah, Juara negeri lain lagi senoir dan hebat. Kami baru nak kenal teater.

FESTIVAL FILEM MALAYSIA ke 22.

Pada 4 Ogos 2009 berlangsungnya Festival Filem ke 22. Program ini telah diadakan di Negeri Sabah Negeri di Bawah Bayu. Saya turut serta sebagai delagasi bagi mewakili KYM. Pada asalnya agak malas untuk saya ke sana. Tapi disebabkan tiada pilihan dan bagi mewakili student yang mendapat pencalonan akhir dalam kategori Animasi, jadi saya pun pergi. Bukan senang orang nak bagi tiket flight dan hotel percuma. Pada awalnya rasa seronok berada di sana. Dan pada awalnya saya diberitahu saya hanya berada di sana sehingga 6 Ogos sahaja. Tapi apabila saya ke FINAS untuk mengambil tiket, rupanya saya kena berada di sana sehingga malam penutup. Hati saya berat. Sebab ianya terlalu lama. Dengan kelas yang saya terpaksa tunda dari sehari ke sehari dan kerja-kerja lain yang belum siap.

Sepanjang berada di sana ingin rasanya saya terbang balik ke Semenanjung. Bukan disebabkan Sabah. Tapi disebabkan terlalu lama. Lebih lima hari. Sabah memang menarik dan indah. Cuma pengisisan FFM 22 yang kurang menarik. Tidak semua program dapat diikuti. Sesetengah program sudah ada jemputan khas. Jadi banyak masa free. Lepak bilik, tidur, makan, tengok wayang. Itu je. Ada la gak saya beranikan diri dengan Farah ke Bandar KK dengan menaiki bas dan pick-up. Kebanyakan program dilebihkan kepada artis. Jadi, saya bukan artis. Kena wat program sendiri. Program sendiri saya adalah berkeliaran di One Borneo, habiskan senarai tayangan wayang di GSC one Borneo, bila penat, balik tido.

Apapun ada gak pengalaman menarik sepanjang berada di sana. Dapat berjumpa dekat dengan orang industri hiburan, dapat kenal perangai artis muda yang berlagak hebat, dapat tengok mutiara di Pasar Filipina dan dapat makan hotel free.


FESTIVAL TEATER 2009 PERINGKAT MELAKA


Tarikh : 22 Julai hingga 1 Ogos 2009
Anjuran Jabatan Kesenian Negara Negeri Melaka.
Tempat : Taman Budaya Melaka
Kejayaan :

Kategori Monolog (DENYUT)

Johan Keseluruhan
Pengarah Terbaik

Kategori NGO/IPT –

Gejolak
Johan Keseluruhan (RM1000)
Sinografi Terbaik (RM300)
Pengarah Terbaik (RM300)
Pelakon Wanita Terbaik (RM300)

Pandai-Pandai Tupai Melompat
Pelakon Lelaki Terbaik (RM300)





Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...