Pengikut

Khamis, 25 Februari 2010

PERTANDINGAN MEREKA CIPTA LOGO KELAB

Salam.

Pengenalan.

Aku sekarang ngah mempergiatkan Kelab teater di KYM. Nama Kelab Teater tu adalah AURA PRODUCTION STMS. Jadi untuk peringkat sekarang ni, aku nak menjemput kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk design hingga siap logo AURA PRODUCTION. Nanti logo ini akan digunakan logo rasmi AURA PRODUCTION. Logo ini juga akan dipaparkan di baju produksi, setiap poster event, buku program, facebook kelab dan yang seangkatan dengannya.

Syarat

Takder syarat ketat. Yang penting mesti ada design.
Penyertaan terbuka untuk orang luar dan KYM. Bebas,
Rekaan mestilah asli. Tidak ciplak.
Tema-bebas. Yang penting ada nampak seni skit dan nampak aura productionnya.
Tarikh tutup adalah pada tarikh yang akan diberitahu nanti. Kalau boleh cepat la. Sebab nak print baju cepat-cepat.

Hadiah.

Design paling terbaik akan diberikan :
Wang Tunai sebanyak RM55.55.
Sehelai baju produksi.
Sijil penghargaan yang bertandantangan Dekan STMS.

* 10 design terbaik juga akan diberikan sijil penghargaan. Duit takder la. Melainkan ada sponsor masuk selepas ini.

Keputusan.

Keputusan untuk logo terbaik akan ditentukan oleh penasihat Kelab dan sokongan melalui laman Facebook Kelab Teater. Setiap logo akan dipaparkan di facebook tersebut.

Cara hantar.

Hantar jer ke dalam facebook Kelab teater KYM dengan menaip KELAB TEATER KYM dalam ruangan search di facebook.

Bagi yang nak hantar ke e-mail boleh jugak. Hantar je ke malau_77@yahoo.com atau teater_77@yahoo.com.

Sebarang pertanyaan sila ajukan dalam facebook atau dalam blog ni atau dalam e-mail.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...