Pengikut

Rabu, 10 Mac 2010

Jom Tengok Teater

...sekadar membantu rakan-rakan.

SRI MERSING

Friday, 12 March 2010 at 20:30
Sunday, 21 March 2010 at 15:00
Istana Budaya, Kuala Lumpur
Arahan : Rosdeen Suboh

Merah, anak Damak, singgah di Mersing dalam perjalan pulang ke Pahang, dari menuntut ilmu di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau.Beliau cuba untuk mencari jawapan mengapa ayahnya sangat melarang beliau pergi ke Mersing.Beliau hanya tahu bapanya pernah mempunyai hubungan dengan gadis yang bernama Sri Mersing.Namun, tidak pada sebahagian orang kampung terutamanya yang menyebelahi Bentayan, anak Penghulu Mersing.
Sri Mersing menceritakan kembali mengenai ayah Merah, Damak yang merantau ke Mersing bersama ibu dan adiknya, Deli.Damak merupakan seorang yang jujur dan ikhlas.Apabila Damak menyelamatkan Sri Mersing dari diculik, dia terpaksa berlawan dengan Awang Sulung.Sungguhpun kalah, Awang membuat fitnah yang memaksa Damak keluar dari kampung tersebut.Ayah Sri Mersing, Pak Malau mendapat tahu bahawa Awanglah sebenar menjadi dalang disebalik kehilangan Sri.Walaupun Pak Malau cuba memujuk Damak dan keluarganya, namun Damak tetap membawa diri dri kampung tersebut.
Merah juga menerima nasib yang sama seperti ayahnya apabila turut difitnah.Kedatangan Merah ke Sri Mersing sangat tidak disenangi oleh orang yang berkepentingan di situ tetapi disambut baik oleh orang kampung yang mengharapkan perubahan berlaku di Mersing apatah lagi Merah juga mempunyai pengetahuan agama yang baik.Nmun, Merah juga mengambil keputusan untuk pulang ke Pahang dan mencurah bakti pada anak negerinya sendiri.

TEATER SRI MERSING dengan kerjasama Istana Budaya ini akan dipentaskan dari 12 Mac hingga 21 Mac 2010..

Tiket-tiket dijual bermula Isnin, 8 Februari 2010 dimana segala pertanyaan mengenainya bolehlah menghubungi talian 03-41498600 atau layari www.ticket2u.biz. Harga tiket RM150, RM120, RM80, RM50, RM30, RM20.

MELATI PUJAAN TUMASEK




Start Time:
Friday, 12 March 2010 at 17:55
End Time:
Saturday, 13 March 2010 at 20:55
Location:
Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur


In an effort to popularise Bangsawan, The National Department for Culture and Arts with cooperation from the Kuala Lumpur City Hall, undertakes the 'Popularizing Bangsawan' program. Every second week of the month from Mach to Disember 2010. Performances are between 90-120 minutes. Ticket charge (RM 5.00), for further information :
Phone : 03-20523600
Website : www.jkkn.gov.my

lagi maklumat atau info tentang persembahan terbaru anda boleh klik laman ini :

http://mekarbudaya.blogspot.com/

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...