Pengikut

Selasa, 13 April 2010

Sehingga Hujung Tahun

Dalam bidang lakonan, masih banyak yang perlu dipelajari. Semasa di bangku sekolah dulu aku dah mula berlakon di atas pentas. Setiap kali majlis akhir tahun asrama dan pengawas, kami akan mengadakan drama pentas. Salah seorang pelakonnya adalah aku. Malah setiap kali malam kebudayaan perkhemahan unit beruniform juga, kami akan adakan sketsa. Pada masa itu, kami lakukannya disebabkan keseronokan. Sekadar nak berlakon. Belum kenal apa itu ruang lakon, apa itu teater dan apa itu blocking.

Menjejakkan kaki ke Pusat Kebudayaan Um adalah langkah seterusnya untuk aku mendekatkan diri dalam bidang lakonan. Sebelum aku mengisi borang UPU untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama) benda utama yang bermain dalam fikiran aku adalah nak jadi pelakon. Kebetulan semasa zaman sekolah menengah dulu, aku merupakan peminat kepada drama Pendekar Kundur. Dalam drama tersebut adanya Eman Manan yang mana menjadi idola aku pada masa itu. Aku belajar seni persembahan sebab nak jadi seperti Eman Manan.

Aku belum puas sebagai pelakon. Tahap lakonan aku rasanya masih di bawah negatif per sepuluh. Belum jinak dalam mentafsir watak.Belum ampuh membentuk karakter. Kali pertama aku berlakon semasa di Um dulu adalah semasa kelas Asas Lakon. Berlakon dalm klas Lakon. Kemudian aku membantu senior aku untuk kelas pengarahan mereka. Senior aku tu persembahkan skrip mayat untuk tujuan pengarahannya. Sejak itu aku mula berlakon beberapa produksi senior dan membantu projek akhir mereka. Untuk final projek aku juga, aku dinilai sebagai pelakon. Orang baik iaitu karya Ali Jusoh merupakan naskah yang agak berat bagi aku. tapi rasanya aku dah buat semampu yang aku mampu.

Semasa aku belajar dulu teringin juga aku untuk berlakon monolog atau drama. tapi rasa takut dan tidak yakin menguasai diri aku. Sehinggalah aku kini berada di Melaka dan buat julung kalinya aku memberanikan diri untuk menghasilakan sebuah projek monolog sempena Festival Teater peringkat negeri Melaka. Alhamdulillah rezekiku murah, monolog tersebut menjadi Johan di Melaka dan aku lebih bangga lagi apabila terpilih antara 5 monolog terbaik di Malaysia.


Penglibatan aku dalam pelbagai produski teater banyak mengajar aku tentang nikmatnya teater. Satu perasaan kerja yang tidak ada pada kerja lain. Bermula dengan produksi rakan-rakan senior, kemudian mebantu produski UM kemudian membawa aku untuk terlibat dengan produsi di luar. Bidang Seni Teater banyak mengajar aku untuk menjadi manusia lain yang sebenarnya semua sifat manusia lain ada dalam diri kita.

AKu belum puas. rasanya aku ingin kembali ke kerja yang ntah apa-apa kerja yang aku lakukan dulu sebelum masuk ke KYM. Aku cemburu dengan rakan-rakan ku di KL seperti Wan dan Wazir, kerana mereka banyak peluang untuk terlibat dengan teater. Jemputan menyertai produksi Selendang Sakti terpaksa aku tolak dengan hati yang berat. Sebab masa dan jarak.

Ditambah pula sekrang ni masalah dengan orang seni di Melaka yang aku tak pasti dia paham seni ke tak. Ini yang membuatkan aku bertambah untuk berkarya di tempat lain.

Pertanyaan dari family aku juga adakalanya satu cabaran untuk aku. Tempoh sehingga hujung tahun ini untuk aku merubah hidup sendiri dirasakan mustahil untuk aku lakukan. Aku selesa di sini. Aku seslesa dengan suasana kerja. Tapi ada sesuatu yang membuatkan aku tak selesa. SESUATU.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...