Pengikut

Ahad, 9 Mei 2010

TUTUP BUKU Buka Otak



Sebelum ayat ini diteruskan, izinkan saya untuk mengucapkan selamat hari ibu buat ibu saya sendiri iaitu Rokiah binti Che Mahmood. Tanpa ibu yang saya panggil 'ma' ini, tidak mungkin saya mampu menaip post ini pada hari ini. Tanpa ma, Je takkan berada pada tahap ini. Terima kasih ma.

TUTUP BUKU

3 Mei yang lepas, Aura Production KYM International baru saja selesai mementaskan Monolog Denyut di Taman Budaya Kuala Lumpur. Pementasan bersempena Manifestasi Teater Malaysia 2010 ini merupakan wakil kategori monolog bagi negeri Melaka. Persembahan monolog yang mengambil masa 50 minit ini telah dipentaskan selama dua hari bermula 1 Mei 2010 dan berakhir pada 2 Mei 2010.

Monolog Denyut oleh Aura Production ini telah berlangsung dengan jayanya walaupun beberapa halangan yang berlaku. Bermula dengan masalah perbelanjaan, pengangkutan dan masa latihan yang tidak mencukupi, akhirnya tirai monolog Denyut berjaya dilabuhkan.
Denyut berkisar tentang watak Qabil yang benci akan mata tuannya. Kasih sayang dan kebajikan yang diberikan oleh tuan Habil, tidak berjaya mengahpuskan niat Qabil untuk membunuh. Perancangan pembunuhan Tuan Habil telah dilakukan selama 7 malam berturut-turut, tetapi hanya pada malam kelapan ianya berjaya. Qabil berkali-kali mengatakan yang dia bukannya hendak membunuh Tuan Habil, tetapi kerana benci akan mata tuanya itu.
Fakta Menarik dan Tertarik :

1. Produksi ini hanya menggunakan 1 van ke KL. Dalam van tersebut adanya barang-barang, 9 orang tenaga produksi, beg pakaian, dan set.
2. Bajet yang diberikan hanyalah untuk 3 orang produksi sahaja asalnya. Tapi dengan semangat ahli produksi Aura, ianya berjaya menampung keseluruhan produksi yang melebihi 3 orang dan berjaya mementaskan hingga selesai.

3. Bantuan dari team Mekar Budaya Production adalah satu benda yang kami takkan lupakan. Jasa kalian ( Kak Lenny, abg nasri, wazir, ridz J, Adi dan yang lain) meruntunkan hati kami.
4. Aura Production kurang respect kepada mereka yang terlalu mengikut prosedur dan tak tahu menggunakan budi bicara. Ingatlah, dunia teater Malaysia kecik sahaja.

5. Bila Aura Production susah, ramai yang lari, bila nama Aura naik, ramai yang mari.

6. ramai orang tahu bercakap, tapi ramai yang tak tahu buat. Pengajaran untuk diri sendiri.

7. Aura Production merantau ke KL berbekalkan semangat ahli yang tinggi. Pengangkutan kami sendiri. Tempat tinggal rumah ahli. Terima kasih kepada family Milo dan family Syaza.

8. Pelakon hampir pitam selepas selesai saja dialog terakhir monolog dan dipapah oleh crew produksi yang berada di tepi pentas kerana terlalu banyak menggunakan energy. Mungkin juga stamina yang tak mencukupi.
9. Kami tertarik dengan satu ulasan penonton yang mengatakan monolog ini tidak layak untuk masuk Manifestasi. Tak ada aura yang memukau penonton katanya. Kami terima dengan positif dan mengaku yang persembahan kami kurang mantap. Tapi dengar cerita ada yang menulis komen pada malam itu berdasarkan emosi yang dia tidak berjaya menempatkan monolog mereka ke Manifestasi.

10. Kami terharu dengan kehadiran kumpulan yang diketuai Abang Rosli Rahman Adam bersama team Dramatis Camar Pesona. Dengan kehadiran anda, telah terbinanya jalinan ahli Dramatis dan Aura.
11. Pagi sebelum bertolak ke KL kami dapat bajet melalui seorang hamba Allah. Terima kasih kepada beliau. itupun pinjam. Akan dibayar balik lepas show.
12. Ada ahli yang datang dari jauh seperti Pulau Pinang dan Kedah kerana ingin membantu dan terlibat dalam produksi ini. Kami terharu.
13. Lain2 nanti la...

Kesimpulannya banyak perkara yang dipelajari oleh seluruh team Aura Production untuk projek ini. kami kenal siapa kawan dan siapa teman. Kami juga tahu siapa yang ingin mengambil kesempatan. Sesungguhnya jasa seluruh ahli produksi yang terlibat tidak mampu dibalas dengan wang ringgit. hanya Ucapan terima kasih daun keladi yang dapat kami dahulukan. Tanpa kalian, projek ini tidak akan berjaya.

Kredit untuk nama berikut bagi projek ini :

En. Nawi ( Dekan ) , En. Razlan, Kak Ijan, En. Malik, En. Ramlee, En. Taka, Puan Sarimah, Cik Leha, En. Iqmahl, En. Saiful, Cik Yun, En. Hasan, En. Wuu, En. Azrul Razilah, Cik Nat, Syaza, Hanif, Lan Fazlan, Shieda, Affan, Milo, Chan, Han Fasla, Miera, Fifie, Norhan, Chichi, Kak Lenny, Abg Nasri, Amad Iswazir, Ridzuan Jusoh, Adi Amza, Taman Budaya KL, Taman Budaya Melaka, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

5 ulasan:

Zyrul Eqwan berkata...

owh baru sye tahu cabaran yg Aura tempuh.. Ape2 pun Tahniah sye ucapkan ats persembahan pd mlm itu. dan saye harap Dramatis dan Aura xlost ye? hehe.. Keep in touch! see ya 22 Mei. Gejolak.

Norhan Fahmie Rayzza berkata...

gud2,,,,,
yeahhhhhhhh

MALAU berkata...

Zayrul dan fahmie..tenkiu banyak2 atas sokongan yang diberikan. Diharap kita sama-sama belajar dari pengalaman. Yang penting jangan suka mendongak ke langit. Pandanglah bumi, banyak lagi benda yang kita terlepas pandang di bumi.

milo berkata...

JEMPOL!!!

malau berkata...

JEMPOL tu apa.. saper dari JEMP0L

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...