Pengikut

Rabu, 8 Disember 2010

AKU TAK BODOH - BORIS BOO


AKU TAK BODOH. Ceritanya simple. Tentang kisah keluarga yang berlaku di mana-mana. Cara didikan ibubapa menjadikan anak mereka liar dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan kehendak orang tua.
Roy dan Sudin anak yang baik. Tetapi menjadi tidak baik disebabkan tindakan pengajaran yang cuba diketengahkan oleh ibubapa masing-masing. Bapa Sudin ( Lakonan Nam Ron), menyangka dengan mengawal setiap pergerakan anaknya mampu menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Apa yang berlaku adalah Sudin menjadi liar dengan 'bersebab' sehingga didenda oleh cikgu, dibuang sekolah, mencuri di kedai hp dan cuba menjadi perompak jalanan.

Film ini merupakan filem adaptasi dari 'I Not Stupid Too' oleh Jack Neo di Singapura. Untuk versi Aku Tak Bodoh, filem ini diarahkan oleh Boris Boo yang juga anak didik Jack Neo.

Rata-rata lakonan para pelakon dalam cerita ini bukannya dibuat-buat. Scene dalam cerita ini dirancang dengan teliti. Lakonan pelakon tambahan atau pelakon cilik yang hanya dua tiga patah dialog juga dititikberatkan. Pelajar di sekolah dan rakan kumpulan gengstar ditonjolkan dengan cara biasa tapi penuh kawalan.

Aku suka lakonan Nam Ron dalam cerita ini. Berbeza dengan lakonan Riezman atau Amy Mastura. Nam Ron menyampaikan sesuatu maksud dialog dari dalam hati. Manakala Riezman atau Amy Mastura kebanyakan dialog sekadar di bibir atau luaran. Mungkin Nam Ron 'otai' teater, jadi pengalaman berlakon dan mengajar teater ditunjukkan sepenuhnya. Bukan sekadar dialog tapi dengan pergerakan badan, memek muka dan kawalan pernafasan yang menonjolkan perwatakan seorang bapa yang mahukan anaknya jadi lebih baik sedangkan caranya tidak baik. Nam Ron kelihatan comel apabila membelikan beg Dragonballz untuk dihadiahkan kepada Sudin. Haha..kelakar bermaksud.

Lakonan Riezman dan Amy Mastura juga membanggakan. Adakalanya sama dengan lakonan diaorang dalam cerita yang lain.

- Lakonan watak Roy dan Sudin yang membanggakan.



- Roy dan Bapanya bergaduh di taman sehingga polis datang. Kemudian polis menelefon bapa Roy yang pada sebenarnya sudah ada di situ. ...

Bila Sudin dan bapanya bergaduh di meja makan. Kemudian bapa sudin ( Nam Ron) berebut beg yang mengandungi dvd/cd dengan Sudin. Akhirnya beg terburai.



- Seronok melihat Jalaluddin Hasan bergaduh dengan Roy dan Sudin bagi mendapatkan telefon bimbit.


- Bila Jefri dan Fatin berada dalam ketakutan apabila mengetahui Fatin akan mengandung disebabkan mereka berpegangan tangan. Sungguh kelakar bila Jefri dan Fatin yang berusia 8 tahun makan seberapa banyak buah nenas bagi menggugurkan kandungan. ..haha.

- Kanak-kanak ini sungguh comel semasa proses latihan bagi pementsan mereka. Alku suka dengan kanak-kanak yang jadi pokok tu. Haha..caranya kelakar. Comel.


Kesimpulannya :
- Pergilah menonton. Tak rugi. Banyak input dan pengajaran yang cuba disampaikan secara santai.
- Memang kelakar la.
- Lakonan semua pelakon walaupaun extra memberangsagkan.
- 4/5 bintang aku berikan.
- rasa nak pergi menonton sekali lagi dan membawa pelajar-pelajar supaya mengerti akan pengorbanan ibu bapa dan hantarlah assignment tanpa alasan.
- Lain-lain info bukak la dalam www.akutakbodoh.com ...errrkkk sinopis bahasa Melayu dalam tu macam tak betul jer. saper ntah translate tu. Teruk.

3 ulasan:

kazisha berkata...

apa pendapat en.zam tentang lakonan budak yg jadi Jefri tu pulak? hehh ^_^

malau berkata...

Jefri...berbakat. Lakonannya bersahaja. Sy suka bila part dia cemas bila dapat tau yang Fatin akan mengandung sebab pegang tangan. Punyala dia gabra. Dari segi eksperesi wajah, nampak jelas dikebanyakan scene. Lebih2 lagi scene yang sengaja dilebihkan oleh pengarah seperti terkejut dan part sedih.
Tapi ada juga part yang dia terlalu selamba seperti tak ada perasaan. Lebih-lebih lagi bila dia tidak berdialog an mendengar watak lain bercakap.
Apapun dia bagus. Boleh digilap lagi.

mizah berkata...

abg zam, saya pon baru je tgk! heeee..bestttt:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...