Pengikut

Khamis, 13 Januari 2011

MUZAKARAH AURA CREATIVE


Muzakarah Aura Creative atau dengan nama klisenya, Mesyuarat Agong Tahunan untuk Aura Creative.

Berlangsung pada malam ini jam 8.30 malam di Studio TV, Sekolah Teknologi Media dan Seni, KYM International, Melaka.

Muzakarah ini antara lainnya adalah membincangkan tentang penambaikan kepada pertubuhan Aura Creative. Kepada yang tak tahu, Aura Creative adalah sebuah persatuan/pertubuhan/kelab yang menjalankan kerja-kerja seni. Seni yang bukan lebih kepada keuntungan berlipat kali ganada, tetapi lebih kepada memberi pengalaman untuk ahlinya dan sebagai ruang untuk anak muda berkarya dalam seni.

Selain itu, tujuan muzakarah ini juga untuk perlantikan jawatankuasa yang baru bagi sesi 2011/2012. Perletakan jawatan dan pertukaran jwatan juga akan dilangsungkan pada malam ini dengan penuh penghormatan.

Antara lain juga, perbentangan aktiviti yang lepas dan membincangkan aktiviti yang akan datang. Dengar cerita banyak juga idea dan projek akan datang yang akan diusahakan oleh ahli-ahli Aura yang sememangnya bersemangat dari dulu lagi.

* Dijemput kepada semua yang berada di lingkungan berdekatan untuk datang ke muzakarah ini. Tidak kira sama-ada berdaftar atau tidak. Penyertaan kami terbuka kepada seluruh dunia. Asalkan semangatnya sama untuk membangunkan teater dan mendapat ilmu serta berkongsi pengalaman dengan anak-anak muda seperti kami.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...