Pengikut

Ahad, 20 Mac 2011

POSTER SEMPENA DTS DRAMA SHOWCASE



Ini adalah merupakan sebahagian poster pementasan teater yang akan berlangsung sepanjang program DTS : Drama Showcase 2011. Projek ini mengumpulkan beberapa buah teater dan dramatari yang keseluruhan dilaksanakan oleh para pelajar yang mengambil Diploma Teknologi Seni Teater di Jabatan Seni Teater, School of Media Technology And Arts, Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka.

Projek ini menggabungkan beberapa projek untuk penilaian para pelajar dalam beberapa subjek seperti Teknik Asas Pengarahan, Teknik Asas Lakonan, Pencahayaan, Pengurusan Pentas, Pengurusan Produksi Seni, Penerbitan Tv dan Audio. Jabatan Seni Teater menggalakkan pelajar melakukan sendiri keseluruhan proses persembahan dari mencari skrip, membentuk produksi, mengadakan latihan, mengadakan promosi, rekaan poster dan grafik.


Jadual keseluruhan : Klik DTS : DRAMA SHOWCASE 2011







3 ulasan:

Pegawai Khalwat berkata...

Alamak, clash plak ngan program keje aku.

MALAU berkata...

Huhu..rezeki tak sampai kali ini buat PK. Show ini terpaksa di lakukan sepanjang minggu kerja kerana kekosongan tempat dan ini merupakan sebahagian dari penilaian pelajar. Bila buat masa cuti, budak zaman sekarang laju jer nak balik kg.

Pegawai Khalwat berkata...

Biasalah tu. Sama juga di sini. Yang ada jiwa teater cuma sekerat dua. yang lain semua nak marjah saja.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...