Akhirnya, saing rapatku berjaya menjejakkan kakinya ke mercu tertinggi dalam kamus berkasih sayang sebagai kekasih. Inilah kegembiraan yang dilaluinya di saat pancaroba menimpa diari kehidupan beliau.
Riddzuan Jusoh atau nama glamour di kalangan kami Ridz J.
Riddzuan Jusoh atau nama glamour di kalangan kami Ridz J.
Di masjid inilah Ridz J sah sebagai laki orang dengan sekali lafaz dan dia sempat berpaling ke belakang melihat isterinya sambil tersenyum. Banyak makna semasa situasi itu. Hanya mereka yang kenal Ridz J saja yang tau.
Inilah teman sekepala semasa kami sama-sama belajar dahulu. Ada 6 orang kesemuanya. Aku, Aliff, Faiz, Sabri, Ridz J, dan Nasir. Tapi pada hari itu Nasir tidak dapat bersama kerana terlibat dengan jurulatih PLKN.
Ni tempat tinggal faiz. Destinasi terakhir sebelum berpecah dengan faiz. Aku balik ke Kelantan dengan menumpang keretanya.
Inilah saja gambar yang sempat aku ambil. Tak banyak sempat di ambil kerana tugasan aku mengambil video sepanjang majlis berlangsung. Apapun Selamat Pengantin Baru buat Mohd Ridzuan bin Mat Jusoh. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Semoga persahabatan kita juga berkekalan selama-lamanya.
2 ulasan:
ohh semuanya wajah kesayangan hamba. Rindu korang semua. :(
huhu...kami masih muda remaja seperti dulu...aliff jer yang semakin SIHAT..huhu
Catat Ulasan