Pengikut

Jumaat, 1 April 2011

MONOLOG IMPIAN PENGEMIS




Belum selesa badan untuk berehat ada gegaran baru harus diteruskan. Inilah kebiasaan yang harus juga ditempuhi oleh anak teater macam aku. Bukan keuntungan wang ringgit yang dikejar, tetapi lebih kepada kepuasan diri sendiri dan kepuasan ahli kumpulan yang lain.

Kali ini merupakan sebuah pementasan berskala lebih besar dari 8 persembahan minggu lepas. Bukan skala tenaga produksi atau bajet, tetapi skala penilaian lebih dari itu. Persembahan sempena penilaian tahun akhir untuk salah seorang pelajar Diploma Teknologi Seni Teater. Latihan yang dilakukan melebihi 4 bulan dan proses persediaan melebihi 6 bulan akhirnya akan dpertontonkan untuk khalayak dan untuk para penilai.

Sila lihat poster di atas untuk maklumat persembahan.


Muhamad Firdaus bin Sidek.

Muhamad Firdaus Sidek atau nama popularnya Pak Man merupakan salah seorang anak murid aku yang paling tua. Melebihi umur aku sendiri yang 10 tahun lebih muda dari dia. Banyak benda aku respect kat Pak Man. Walaupun umur aku lebih muda dari dia, tapi dia respect aku sebagai pengajar dia. Itu kelebihan Pak Man.

Untuk projek kali ini sengaja aku lepaskan dia supaya berlakon atas nama karyanya sendiri. Ada sebabnya yang mungkin pada pandangan aktivis teater yang lain tak bersetuju dengan aku. Aku ada pendapat sendiri. Bukan sekarang. Lain kali aku ceritakan pendapat aku.

Pak Man merupakan bekas pemuzik di MPO di KLCC. Berhenti dan sambung belajar untuk ke arah yang lebih baik. Ada masa nanti juga aku akan ceritakan tentang Pak Man ini.

Mohd Azrul Razilah - Pengarah Monolog ini. Sebaya aku tetapi sudah mengarah banyak teater melebihi koleksi pengarahan aku. Ada masa juga aku ceritakan tentang dia.

Kalau korang juga ada masa sila jenguk ke blog Pak Man -

http://idofiradyanieartnouveou.blogspot.com/



SINOPSIS - MONOLOG IMPIAN PENGEMIS

Ahmad Safuan miskin. Akibat kemiskinannya maka beliau menggelarkan dirinya sendiri pengemis. Dalam pada itu, Ahmad berusaha keras untuk menyembuhkan emaknya yang diserang penyakit Alzeihmer. Penyakit orang tua. Usaha keras ini dilakukan dalam empat terusan. Empat terusan ini digelar Ahmad sebagai: Aku ada empat kehidupan; dan, campur satu ─ mati. Apa macam? Setuju? Baik! Semuanya bermula kerana sebab terpaksa. Bukan kerana aku suka-suka nak jadi. Tetapi terpaksa. Terpaksa lalui semua keempat-empat kehidupan ini; dan, tetap campur satu sekali lagi ─ mati. Hidup aku selalu praktikal macam mesin, macam enjin remp-it. Dan, kesemuanya kerana nak mengubatkan penyakit mak aku.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...