Pengikut

Jumaat, 19 Ogos 2011

MAJLIS BERBUKA PUASA DTS-SMART

Buat kali ketiganya sepanjang aku berada di Kolej Yayasan Melaka, jabatan aku menganjurkan majlis berbuka puasa. Tanggal 18 Ogos 2011, kami warga pendidik dan kakitangan SMART berkumpul di Dewan Kuliah 1 untuk sama-sama berbuka puasa.

Majlis ini yang juga disertai oleh para pelajar Diploma Teknologi Seni Teater menambahkan lagi kemeriahannya. Seperti kebiasaannya, pada tahun-tahun yang lepas, aku menggunakan nama Aura Creative Production dengan kerjasama SMART. Tetapi memandngkan keahlian Aura pada tahun ini agak sedikit bercelaru, aku lantas menjemput pelajar Jabatan Seni Teater di bawah jagaanku untuk majlis ini.

Mungin ada kalangan pelajar SMART yang lain berkecil hati dengan projek ini. Tapi ingin aku perjelaskan di sini, kalau boleh kami nak ajak semua pelajar SMART, tetapi mendangkan bajet yang tidak mengizinkan, jadi kami menjemput seadanya.



Majlis ini agak sederhana dan tidak se gah majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Kementerian itu dan ini, tetapi cukup bermakna bagi kami. Kami juga dapat merasai kemeriahannya. 4 orang sahaja pelajar DTS yang tidak hadir dan seorang sahaja kakitangan yang menyertai ketidakhadirannya. Mereka ada komitment lain yang harus didahulukan. Tak mengapa, majlis ini pun tidak lah segah manapun.

Untuk tatapan korang yang menatap, lihatlah gambar yang agak blur ini sebagai penghias mata. Aku yakin dengan paparan yang blur ini, dapat menggambarkan kemeriahan yang kami rasai walaupun bersederhana. Paparan gambar ini menggunakan handphone persendirian yang mempuanyai megapixelnya rendah.

Sederhana tapi meriah.

Razlan berlatih memegang baby. Dah boleh ada anak sendiri dah tu..



Kehadiran seramai 67 orang. 23 pelajar. selebihnya staff dan keluarga.

Dalam kesederhaan majlis ini, lihatlah senarai menu yang kami nikmati :

- Nasi Putih
- Daging masak rendang
- Ayam masak merah
- Sayur goreng campur
- Ulam-ulaman
- Ikan kering/ ikan masin
- Buah rambutan
- Kerabu
- Ulam-ulaman
- Sambal belacan
- Sambal tempoyak dan budu
- Kerepek
- Koktail
- Teh panas
- Orange Juice
- Ayam panggang
- Lebih dari 12 jenis kuih.
- Telur dadar

Sesetengah menu ini di bawa khas oleh para pensyarah dan kakitangan dari rumah. Meriah kan?


Sebelum waktu berbuka.



Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga Sekolah Teknologi Media dan Seni (School of Media Technology and Art - SMART) kerana menyokong program ini. Terima kasih juga kerana sama-sama membawa makanan persendirian walaupaun korang sibuk dengan tugasan dan penat bekerja.

Terima kasih juga kepada pelajar Jabatan Seni Teater kerana membantu dan sama-sama memeriahkan majlis ini. Terima kasih juga kerana bersama-sama mengumpulkan duit dan membeli kuih muih untuk majlis berbuka puasa ini.

Walaupuan sederhana, tetapi penganjuran majlis ini dapat merapatkan ukhwah di kalangan kakitangan sendiri serta keluarga dan kakitangan bersama pelajar juga.

Semoga pada tahun-tahun yang akan datang, majlis sebegini dapat diteruskan dengan lebih meriah dan ramai lagi.

Untuk gambar yang lagi menarik, sila tekan di sini.

SMART - KECIL TAPI BESAR

1 ulasan:

razlan ab razak berkata...

anak en.ramley kelihatan sangat selesa diribaan aku...menunjukkan kualiti kebapaan yang semulajadi dalam diri ini...hemoh hemoh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...