Pengikut

Khamis, 3 November 2011

BENGKEL FILEM PENDEK ANJURAN FINAS DAN KLIS

Kepada : SELURUH WARGA MALAYSIA
Daripada : Mohd Zamri Bin Mohamad
Tarikh : 3-November-2011
Perkara : BENGKEL FILEM PENDEK ANJURAN FINAS DAN KLIS

Pihak FINAS dan KLIS akan mengadakan bengkel bagi membentuk dan menyiapkan sebuah filem pendek. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan memberi penerangan mengenai Festival Filem Pendek bertaraf dunia yang akan diadakan di Malaysia daRr 30hb Januari 2012 nanti

Tujuan bengkel ini juga adalah untuk menggalakkan penggiat seni golongan muda menceburi bidang perfileman dengan bermula membuat filem pendek. Tanpa kita sedari juga, filem pendek boleh dilakukan menggunakan kamera video yang terdapat di handphone kita.

Sehubungan dengan itu, FINAS telah memilih KAYM sebagai salah satu destinasi penjelajahan bengkel ini. Maklumat bengkel adalah seperti berikut :

Tarikh : 12 November hingga 13 november 2011
Masa : dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang sahaja.
Tempat : KOLEJ ANTARABANGSA YAYASAN MELAKA, NO 1, JALAN BUKIT SEBUKOR, 75150 MELAKA.
Peserta : Terhad untuk 30 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat. Terbuka untuk staff dan pelajar dan aktivis luar
Yuran penyertaan : RM30 sahaja.

Peserta yang terlibat akan diberikan sijil khas dari FINAS yang mana mereka ini akan layak memohon geran dari FINAS untuk membuat filem pendek. Geran ini akandiberikan pada setiap bulan sebanyak RM50ribu bagi yang layak dan ada sijil khas ini.

Sebarang maklumat lanjut dan pendaftaran boleh terus berhubung dengan saya di talian sambungan SMART atau 0102496174.

Sekian terima kasih.

MOHD ZAMRI BIN MOHAMAD
JABATAN SENI

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...