Pengikut

Selasa, 22 November 2011

MALAYSIA JUARA BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011

Pasukan Harimau Malaya meraikan gol Assarudin pada minit ke 35

Akhirnya sang Garuda jatuh terdampar dek kerana cakaran Harimau Malaya


Inilah kebanggan seluruh rakyat Malaysia. Khairul Fahmi Che Mat kelahiran Kelate ambo terrrrr...

Alhamdulillah. Debaran sepanang perlawan bola sepak antara Malaysia vs Indonesia semalam berakhir dengan kegembiraan dan kejayaan amat bermakna. Sebenarnya laluan Malaysia hingga ke peringkat final bukannya mudah. Awal-awal lagi diletakkan dalam kumpulan yang mempunya cakaran cukup hebat seperti Indonesia, Singapore dan Thailand

Apa yang lebih memberi cabaran adalah apabila Sukan Sea kali ini diadakan di Indonesia. Begitu banyak kontreversi dan juga provokasi dilakukan oleh pihak penyokong dan media di sana. Dengan menaiki perisai Barracuda, tidak sedikitpun menghalang HARIMAU MALAYA membawa balik pingat emas ke tanah air tercinta iaitu Malaysia.

Tandukan ala kadar dari Indonesia pada seawal minit kelima meresahkan Harimau Malaya pada asasnya. Di tambah dengan jurusan demi jurusan yang dihantar oleh pasukan Indonesia pada minit awalnya. Namun semua itu tidak mematahkan semangat Harimau Malaya untuk mengasak dan memberi cakaran hebat untuk Sang Garuda.

Akhirnya muncul jua gol yang ditanduk oleh Assarudin secara perlahan tapi penuh dramatik pada minit ke 33. Fuhhh...mantap. Hasil sepakan dari kanan yang dilakukan oleh ketua pasukan Badrol Bakhtiar.

Seri 1-1 memaksa permainan di bawa hingga ke masa tambahan. Sterusnya debaran makin kencang apabila terpaksa dikerah hingga ke sepakan penalti. Namun segalanya telah tersurat. Khairul Fahmi Che Mat berjaya menepis sepakan penalti pihak lawan. Gol terakhir juga berjaya meranapkan angan-angan Indonesia apabila penjaga gawang Indonesia tidak berjaya menepis sepenuhnya sepakan penalti yang diambil oleh Badrol Bakhtiar. Bola meleret penuh manja ke gawang itu jua.

Jadi sebagai rakyat Malaysia, aku berbangga dengan kejayaan ini. Aku sayang Malaysia. Semoga bola sepak negara kita terus maju dan terus berjaya hingga ke peringkat Piala Dunia.

* Nak tengok berita yang lain, anda boleh jer taip tajuk yang sama macam tajuk di atas dalam ruangan google search.

* Nak tengok video juga dah berlambak. Taip je dengan tajuk yang sama atau sila tekan ini. Kalau nak tengok penalti yang mendebarkan sila tekan ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...