Pengikut

Khamis, 24 November 2011

TERBARU DAN TERKINI

1- Cetakan mug untuk kawan aku. Dia berada di KL. Suruh cetak mug kenangan untuk dia. Dia ni penyokong kuat pasukan bola sepak Kelantan The Red Wariors. Di mana ada game Kelantan, dia pasti akan turun. Memang kira dia ni penyokong tegar pasukan bola sepak Kelantan. Jadi aku tolonglah design untuk dia menggunakan backgroun penyokong pasukan bola sepak Kelantan. yang lelaki dalam gambar bulat bersama dia tu Mustafa Kamal. Pelakon filem atau drama tu la. Masa dia ambil gambar ni adalah pada perlawanan akhir piala FA yang lepas kat Bukit Jalil. Aku yang tolong amik gambar untuk dia. Sebab aku jugak ada di situ bersama dia. Aku pergi dengan dia la..huhu.


2- Ni pulak design Banner untuk Warung mak dia di kg. Yang ni dah lama dia suruh buat. tapi disebabkan kesibukan, lamabat sikit siap. Lagipun banner aku tak cetak sendiri. Aku cetak dengan orang lain. Untuk design banner ni aku tak buat. Ini adalah hasil tangan kreatif Mr. Takara. Dia ni kawan sekerja aku di SMART KYM. Memang mamat ni terrer giler bab2 melukis dan design ni. Dia mengajar di Jabatan Animasi tempat aku kerja.

Pasal banner ni pulak, kalau ada saper yang nak tempah dengan aku, bolehlah bagitau kat aku. Harga sekaki yang aku kenakan adalah sebanyak RM2.50. Kalau rasa nak buat bagitau. Tak nak takper. Aku tak paksa. Harga tu hanyalah untuk print sahaja. Tak termasuk harga design. Harga design pulak antara RM20 hingga RM50 bergantung kepada susah senang rekaan yang anda nak. Harga pos pulak aku bagi free untuk Melaka, Johor dan Negeri Sembilan. Ni pun aku buat untuk sementara sahaja. Sebab seperti yang aku cakapkan, banner aku tak mampu cetak sendiri. Aku hantar kedai.



3- Yang kat bawah ni pulak takder kena mengena ngan cetakan. Hanya untuk suka-suka. Baru sekajao tadi aku siap design benda ni . Yang dalam gambar ni mesti korang kenal kan. Jay Iswazir. Pemenang pelakon terbaik untuk Pilih Kasih musim kedua yang lepas. Dia ni kawan serumah aku merangkap junior aku masa study kat KL dulu.

Design yang aku buat ni aku baru belajar teknik dia. Nama teknik yang aku gunakan ni adalah teknik Halftone. yang mana gambar boleh dibuat dalam bentuk titik-titik sama ada besar atau kecik. Aku design benda ni dalam photoshop. Yang aku buat ni sekadar asas jer. Tu yang nampak tak kemas dan detail lagi.


4- Perkhidmatan yang aku sediakan sekarang ni adalah :

- Cetakan gambar ke atas baju.
- Cetakan sebarang bentuk tulisan di atas baju
- Cetakan gambar ke atas mug
- Cetakan gambar ke atas pinggan
- Cetakan gambar ke atas Puzzle
- Cetakan gambar ke atas mouse pad
- cetakan gambar ke atas mozek
- Kalau nak buat sticker kereta simple-simple juga boleh.

5- Selain cetak mencetak ni jugak aku ada jual patung bantal yang comel-comel. aku ambil kat Kelantan. Aku jual kat mudah dan guna facebook. Alhamdulillah permintaan setakat ni memberangsangkan. Harga pulak aku tak letak tinggi-tinggi. Sekadar ambil kos minyak kereta, pos, pembungkusan dan promosi. Antara patung yang aku jual ialah :
- Sponge bob - RM18
- Strawberry - RM20
- Sin Chan - RM 5
- Ulat bulu pelangi - RM16
- Kura-kura warna biru, pink dan coklat - RM16
- Bola kecik sebesar segenggam tangan - RM 6.

klik sini untuk melihat senarai gambar barang dan harga - http://www.facebook.com/groups/263404910360480/

Kalau ada sebarang pertanyaan tentang apa yang aku cakapkan, korang boleh terus call ke nombor untuk syarikat iatu 010-2496174.

Kalau nak tengok post-post lain tentang bisnes aku ni, korang boleh scroll cari post yang lama-lama kat bawah ni.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...