Bagi kawan-kawan yang ada di sekitar Permatang Badak kuantan, anda bolehlah berkunjung ke kedai ini yang hanya tak sampai seminit dari Sekolah Rendah Permatang Badak Kuantan. Kedai ini beroperasi dari jam 9.30 pagi hingga jam 9.30 malam setiap hari kecuali hari Jumaat dan Ahad.
Tokey kecik di dalam dan tokey besar di luar sedang makan tengah hari.
VinOne adalah gabungan nama abang dan adik aku selaku penggerak utama syarikat. Vin mewakili Mohd Zawawi Mohamad manakala One mewakili Mohd Zakuan Mohamad.
Inilah tuan punya kedai. Mohd Zawawi Mohamad. Merangkap adik aku. Hebat dalam rekacipta laman web dan mampu meng'hack' laman web atau facebook orang lain. Tapi dia tak buat walaupun dia mampu. Lulusan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Teknologi. Tidak mahu mencari kerja lain kerana ingin membina empayar sendiri. Dan inilah hasilnya VinOne Enterprise.
Antara perkhidmatan yang disediakan ialah seperti merekacipta laman web, membaik pulih komputer, menjual peralatan komputer, menyediakan perkhidmatan printing seperti baju t-shirt, baju korporat, mug, banner, dan lain-lain seperti yang tertera dalam papan tanda kedai.
Jadi sesiapa yang nak melawat kedai dia atau nak dapatkan perkhidmatan mereka, anda bolehlah ke kedai di alamat berikut :
VinOne Enterprise
Y-83C Lot 4205,
Permatang Badak,
25150 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5361711
anda juga boleh melayari laman facebook di : http://www.facebook.com/groups/185880724766596
atau layari laman web : http://vin1shop.com/ (laman ini dalam proses naik taraf, tapi anda masih boleh layari)
atau : http://www.vinone.com.my/
2 ulasan:
Thanks bro!
sama-sama..brooo
Catat Ulasan